"Tempura" terkenal sebagai hidangan istimewa di Tokyo dari era Edo. "Tempura Jepun" telah dicipta untuk mengeluarkan umami (rasa yang lazat) bahan tersebut dengan menggabungkan pelbagai teknik masakan bergoreng dari luar negara.
"Kaneko Hannosuke" adalah set makan tempura yang terkenal
Kedai yang terletak di antara deretan kedai mewah Nihonbashi Honcho di Ginza ini adalah terkenal sebagai kedai khusus yang menyediakan hidangan tempura dan sentiasa mempunyai barisan pelanggan yang panjang. Tempat duduk di sini bercirikan gaya kaunter, tempura yang baru digoreng akan dihidangkan terus kepada pelanggan. Menu yang terkenal iaitu "tempurameshi (980 JPY)" boleh dinikmati pada harga yang berpatutan walaupun kedai ini terletak di antara deretan kedai mewah Nihonbashi Honcho. Set ini mengandungi 9 jenis tempura yang dihidangkan bersama nasi dan sup miso (pes kacang soya) asari (sejenis kerang seperti lala). Malah tiga jenis jeruk yang disediakan boleh dimakan tanpa had.
-
Tenpurameshi Kaneko Hannosuke天ぷらめし 金子半之助
- Address 1-4-3, Nihonbashi, chuou-ku, Tokyo, 103-0032, Japan
"Tenshigeru" adalah tempura gaya edo yang berterusan sejak 130 tahun.
Ditubuhkan ada awal tahun 1885 oleh Shigesaburo Okuda. Sama seperti ketika penubuhannya pada masa itu ia adalah kedai khusus untuk tempura yang berpegang kepada rasa gaya Edo di mana tempuranya digoreng menggunakan minyak bijan. Kedai ini masih menggunakan bangunan yang sama yang dibina pada tahun 1947. Terdapat 9 buah tempat duduk di kaunter dan sebuah bilik gaya Jepun yang boleh memuatkan 8 orang yang turut terdapat unggun api. Oleh kerana tempura tersebut bercirikan era Edo, tempahan awal diperlukan kerana tempura yang digoreng menggunakan minyak bijan ini biasanya amat popular. Terdapat 3 jenis set makan tengah hari (dari 6480 JPY), dan 2 jenis set makan malam (dari 9720 JPY).
-
Tenmoてん茂
- Address 4-1-3, Nihonbashi-Honcho, chuou-ku, Tokyo, 103-0023, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
6 pilihan menikmati kelazatan rasa kedai-kedai lama di Asakusa
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !