HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Festival Universiti terkenal berkumpul di Shinjuku! [Laporan Acara]
Festival Universiti terkenal berkumpul di Shinjuku! [Laporan Acara]

Festival Universiti terkenal berkumpul di Shinjuku! [Laporan Acara]

Date published: 14 Oktober 2016
Last updated: 26 Oktober 2016

Pada tanggal 24hb September, “Acara PR Kolaborasi Festival Universiti” telah dijalankan di Shinjuku MOA Jalan 4 berdekatan pintu timur stesen Shinjuku, dan di Kabuki-cho Cine-City Plaza. Kami akan melaporkan kepada anda kemeriahan Festival Universiti yang berlangsung di universiti-universiti di Jepun setiap tahun!

Apakah itu Festival Universiti?

Apakah itu Festival Universiti?

Festival Universiti adalah sebuah acara yang dikendalikan oleh pelajar pada bulan Oktober hingga November sebagai aktiviti kokurikulum di universiti. Jawatankuasanya terdiri daripada pelajar, dan pelbagai acara dan aktiviti seperti pembukaan gerai-gerai, penyampaian penyelidikan melalui seminar, pertandingan Mr. dan Mrs. Cantik, dan lain-lain akan berlangsung untuk memeriahkan keadaan. Kebanyakan daripada Festival Universiti ini mempamerkan kelebihan universiti atau kawasan setempat masing-masing untuk dilihat oleh bukan sahaja pelajar, akan tetapi juga bekas pelajar dan penduduk setempat.

Festival Universiti yang terkenal di Tokyo berkumpul untuk PR!

Festival Universiti yang terkenal di Tokyo berkumpul untuk PR!

Bersempena dengan musim Festival Universiti di musim luruh, acara ini telah dirancang oleh 6 buah universiti di dalam bandar Tokyo dengan tujuan agar anda boleh mengalami kemeriahan dan daya tarikan festival universiti. Projek yang terkenal daripada setiap universiti dipamerkan disini. Terdapat juga pelancong daripada luar negara yang datang melihat aktiviti-aktiviti ini.

Alami budaya dan tradisi daripada pelbagai negara!

Alami budaya dan tradisi daripada pelbagai negara!

Terdapat 7 gerai temasuklah “Gerai Karikatur”, lukisan percuma oleh pelajar sekolah seni (Joshibi University of Art and Design), gerai untuk mempelajari eksperimen sains, “Kelas Eksperimen” (Tokyo University of Science), gerai menulis nama menggunakan kaligrafi Cina “Kelas Kaligrafi” (Kelab Pelajar Cina), dan lain-lain.
Rina Sugiyama, pelajar Tokyo University of Foreign Studies yang membuka gerai “Menulis Nama Menggunakan Huruf-huruf di Dunia” berkata, “Terdapat pelawat daripada negara-negara Asia seperti Vietnam datang ke gerai saya. Saya berasa amat gembira kerana berpeluang untuk berkomunikasi dengan mereka,”

Tarian dan Persembahan Alat Muzik Tradisional

Tarian dan Persembahan Alat Muzik Tradisional

Acara ini dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian oleh kelab menari Waseda University “Getappers”, tarian “copy dance” oleh unit idola Sophia University “SPH mellmuse” dan pelbagai lagi di pentas istimewa. Tambahan pula, dengan persembahan permainan alat muzik traditional Jepun, “Biwa”, oleh pelajar daripada negara Cina, pusat bandar Shinjuku diselubungi dengan suasana elegan.

Lawati Festival Universiti yang akan bermula pada musim luruh ini!

Lawati Festival Universiti yang akan bermula pada musim luruh ini!

Acara ini akan berlangsung pada hujung minggu atau cuti umum di dalam bulan Oktober hingga November di kebanyakan daripada hampir 60 buah universiti di bandar Tokyo. Kami syorkan anda untuk melawati tempat-tempat ini jika anda berada di Tokyo!
Jadual Festival Universiti yang utama adalah seperti berikut.
• Aoyama Gakuin University Kampus Aoyama “Festival Aoyama” 28hb-30hb Oktober
• Waseda University Kampus Waseda/Toyama “Festival Waseda” 5hb-6hb November
• Keio University Kampus Mita Festival Mita 17hb-20hb November
• Tokyo University Kampus Komaba “Festival Komaba” 25hb-27hb November

Apakah itu “&Tokyo”

Apakah itu “&Tokyo”

Ini adalah logo “&TOKYO” yang diperkenalkan didalam poster acara PR kali ini. Logo ini direka dengan tujuan untuk mempromosikan “Jenama Tokyo” sebagai sebuah kawasan pelancongan, dalam usaha untuk menjadikan bandar Tokyo sebuah bandar pelancongan nombor satu di dunia. Terdapat 5 jenis “&”, dimana setiap satunya menggambarkan “ikatan” yang tercipta di Tokyo seperti “&” yang berwarna merah mengkudu menggambarkan UNIQUE, manakala ungu cair pula menggambarkan EXCELLENT.
Dengan gambaran “Festival Universiti ialah acara yang penuh dengan semangat serta memberi impak besar kepada bandar. Satu symbol buat Tokyo yang dinamik”, projek Festival Universiti kali ini menggunakan tema “EXCITING” dengan warna kuning.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari