Shinjuku Ni-Chome adalah kawasan mesra LGBTQ di Tokyo. Dalam deretan-deretan restoran dan bar di Shinjuku Ni-Chome yang mesra di kalangan warga asing ini, di sini kami ingin memperkenalkan restoran dan bar yang disyorkan.
Hiasan dalaman yang elegen menghiasi setiap sudut di Bridge.
Bridge, kedai popular di Shinjuku Ni-Chome yang mempunyai suasana bar yang tenang ini turut dikunjungi golongan gay lingkungan umur 30 an-40 an yang datang minum setelah habis waktu kerja. Di sini adalah sesuai untuk menghisap rokok dan menghirup udara segar di luar sambil berbual.
Mari nikmati suasana yang elegen!
Hiasan kayu pada hiasan dalaman dan cahaya lampu yang malap melahirkan suasana yang tenang bagaikan berada di rumah sendiri. Buku-buku mengenai adab-adab gay dan BL, album foto dan sebagainya kemas tersusun di rak buku, di samping itu, ruangan ini pasti menarik minat mereka yang meminati seni.
Minuman yang disyorkan di Bridge.
Menurut pelayan bar, wain merupakan minuman paling popular di kalangan pengunjung. Selain menawarkan pelbagai jenis minuman beralkohol, Bridge juga menawarkan servis penyimpanan botol arak yang juga merupakan adat istimewa Jepun. Tidak ramai pengunjung asing yang membuat penyimpanan botol arak kerana tidak berada lama di sini. Jadi, pastikanlah wain yang dipesan dihabiskan terus pada waktu itu, ataupun boleh juga dikongsi bersama rakan-rakan.
Ia juga beroperasi sebagai kafe pada hari Ahad.
Bagi pengunjung yang tidak minum minuman beralkohol tetapi ingin merasai suasana Bridge yang luar biasa, bar akan berubah menjadi kafe pada setiap Ahad (Isnin jika Ahad merupakan cuti perayaan) pada jam 2 petang hingga 6.30 petang, oleh itu cubalah kunjungi kedai ini pada masa tersebut. Nikmati manisan dan snek yang dihidang bersama kopi ataupun teh. Suasananya yang tenang ini sesuai untuk mereka yang datang buat pertama kalinya.
Dialu-alukan pada setiap masa!
Di Bridge, anda dapat merasai suasana tenang seakan-akan berada di rumah sendiri. Ia merupakan bar gay tapi masih mengalu-alukan semua golongan LGBTQ. Jemputlah singgah ke kedai ini sekiranya datang ke Shinjuku kerana mereka mempunyai staf yang boleh berbahasa Inggeris!
-
BridgeBridge
- Address SENSHO Bld.6F, 2-13-16, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022, Japan
Campy Bar
Campy Bar terletak di jalan utama Shinjuku Ni-Chome, dan popular di kalangan drag queen sejak pembukaannya pada beberapa tahun lepas di Shinjuku Ni-Chome. Pengunjung yang mengunjungi kedai ini merangkumi peringkat umur yang luas iaitu sekitar 20an-70an yang terdiri daripada golongan gay, lesbian, biseksual, straight dan lain-lain lagi. Ia mempunyai suasana POP yang menimbulkan kemesraan. Campy Bar merupakan bar yang menarik dan ceria. Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sebab-sebab yang membuatkan bar ini ceria, cubalah membuat pertanyaan terlebih dahulu. Pilih seorang daripada drag queen dan cubalah berbual dengannya.
Berehat sebentar di kaunter.
Hampiri ruangan kaunter dan mari nikmati suasana yang sangat tenang di kaunter bar. Dikelilingi dengan poster yang berkilauan dan drag queen, bar yang tidak mengira tema ini membuatkan kunjungan anda pasti berbaloi.
Minuman yang disyorkan di Campy bar.
Campy Bar mempunyai menu Inggeris dan amat membantu ketika membuat pesanan tetapi kedai ini juga biasanya mempunyai minuman yang disyorkan. Jom kita tanya pada ratu yang berada di belakang kaunter. Jawapan yang diberikan mungkin berbeza bagi setiap individu tetapi kebanyakan jawapan adalah "Amaretto Jinjure" ataupun "Zubrowka Tonic". Kedua-dua minuman ini popular di kalangan orang 20 an-30 an. Bersesuaian dengan suasananya yang bewarna-warni, jus ataupun jus sayuran yang dicampur dengan minuman alkohol yang diminati juga boleh dipesan.
Tidak akan bosan berada di Campy Bar!
Staf-staf yang berkerja di Campy Bar ini masing-masing mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsi. Ada di kalangan mereka ini yang boleh berbahasa Inggeris, tetapi adalah lebih baik jika bawa bersama kawan Jepun supaya masalah bahasa tidak menjadi halangan, begitu juga dengan caj perkhidmatan dan bil kad kredit. Walaupun ianya jarang berlaku, tetapi sila ambil perhatian bahawa kad kredit dari luar negara mungkin tidak dapat digunakan. Jika semua masalah di atas dapat diselesaikan, bolehlah anda menikmati minuman yang menarik bersama ratu dengan suasana yang tenang di dalam bar tersebut.
-
Campy! BarCampy! Bar
- Address Musasino Bld.1F, 2-13-10, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Cara menerokai Golden Gai yang disyorkan!
-
Suasana malam di Tokyo
-
Izakaya (pub) Cheer Girl yang menyeronokkan walaupun pergi bersendirian.