HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku 3 lokasi bergambar pilihan di Shinjuku
3 lokasi bergambar pilihan di Shinjuku

3 lokasi bergambar pilihan di Shinjuku

Last updated: 16 Jun 2020

Stesen Shinjuku yang merupakan terminal utama laluan kereta api Yamanote Line, kereta api yang mengelilingi kawasan pusat bandar Tokyo, pasti kerap digunakan untuk tujuan melancong, menukar kereta api, dan sebagainya. Marilah bergambar di kawasan pusat bandar Tokyo, iaitu Shinjuku ini sebagai kenangan! Pengambaran pada waktu malam juga disyorkan kerana pemandangannya amat cantik!

Apabila disebut tentang Shinjuku, tentulah Kabukicho!

Apabila disebut tentang Shinjuku, tentulah Kabukicho!

Kabukicho merupakan kawasan hiburan yang terkenal di Tokyo. Pintu gerbang yang terdapat di Ichibangai menjadi simbol bandar ini. Warna merah yang banyak digunakan pada gerbang ini bagaikan menjadi simbol kemeriahan Kabukicho. Pengunjung disyorkan supaya bergambar dari jarak yang jauh sedikit daripada gerbang ini berbanding daripada bergambar di bawahnya.

Cinta akan berputik!

Cinta akan berputik!

Objek bermotifkan perkataan "LOVE" yang besar di Shinjuku i-Land Tower. Ianya dikenali sebagai simbol Shinjuku i-Land yang terletak di Nishi-Shinjuku. Karya ini merupakan hasil daripada artis dari Amerika yang bernama Robert Indiana. Terdapat khabar angin yang mengatakan jika dapat melepasi di antara huruf "V" dan "E", maka cinta akan berputik. Marilah mencubanya sambil mengambil gambar kenangan!

Pemandangan dari dek pemerhatian khas di Bangunan Kerajaan Bandaraya Metropolitan Tokyo

Pemandangan dari dek pemerhatian khas di Bangunan Kerajaan Bandaraya Metropolitan Tokyo

Dek pemerhatian khas yang terdapat di Bangunan Kerajaan Bandaraya Metropolitan Tokyo yang terletak di Nishi-Shinjuku boleh digunakan secara percuma. Oleh kerana ianya berada pada ketinggian 202 meter, anda akan dapat melihat Gunung Fuji dengan jelas ketika cuaca cerah. Ianya dibuka sehingga jam 23:00 malam, jadi lokasi ini merupakan lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan malam dari Shinjuku. Pengunjung dibenarkan masuk sehingga jam 22:30 malam.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari