HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi 5 Lokasi Wajib Dilawati Di Tokyo Midtown
5 Lokasi Wajib Dilawati Di Tokyo Midtown

5 Lokasi Wajib Dilawati Di Tokyo Midtown

Last updated: 30 Mac 2017

Tokyo Midtown mewakili tempat-tempat pelancongan popular di Tokyo. Bukan sahaja mempunyai kedai-kedai dan restoran yang moden, malah taman-taman hijau, galeri seni, Live House dan sebagainya mebolehkan anda menikmati keseronokan dengan cara yang berbeza. Berikut kami syorkan tempat-tempat yang wajib dikunjungi.

Lokasi Menenangkan Fikiran Dipenuhi Pokok dan Padang Yang Luas

Lokasi Menenangkan Fikiran Dipenuhi Pokok dan Padang Yang Luas

Tokyo Midtown yang terletak di Akasaka, bandar Minato-ku, adalah pembangunan kompleks bercampur yang dibangunkan dari bekas tapak markas tentera pada tahun 2007. Ikon yang paling popular mewakili Tokyo Midtown adalah taman hijau yang meliputi 40% keseluruhan Tokyo Midtown termasuk Hinokicho Park yang bersebelahan dengannya. Di dalam kawasan lapang yang luas ini, terdapat padang rumput dan trek jogging sepanjang 1.3km. Malah, 320 batang pokok termasuk Sakura dan Kusunoki dari bekas tapak markas tentera mewarnai alam semulajadi yang indah musim demi musim. Ia mempamerkan ekspresi yang berbeza dengan suasana malam bandar dan Roppongi.

Hotel Mewah terkemuka Tokyo

Hotel Mewah terkemuka Tokyo

Menjadi simbol kepada Tokyo Midtown, The Ritz-Carlton Tokyo Hotel terletak di dalam Midtown Tower dari tingkat bawah tanah ke tingkat dua, dan dari tingkat 45 ke tingkat 53. Terdapat 247 bilik tetamu termasuk 35 bilik suite, di tingkat 47 hingga 53. Bilik standard “Deluxe Type” pun mempunyai keluasan 52meter persegi, menjadikannya hotel dengan keluasan bilik terbesar di Tokyo. Bergantung kepada lokasi bilik, anda boleh melihat pemandangan seperti bangunan pencakar langit pusat bandar Shinjuku, Istana Maharaja, dan juga gunung Fuji. Walaupun tidak menetap di hotel ini, pelanggan masih boleh menikmati suasana kemewahan hotel di “The Lobby Lounge and Bar”. Di waktu siang, terdapat persembahan piano dan violin, dimalam hari pula Jazz band melakukan persembahan secara live, dan anda juga boleh menikmati minum petang di sini(4200 yen~termasuk cukai dan caj servis) dan Cocktail (2400yen~).
Check In: 15:00/ Check Out: 12:00, Harga: Deluxe 85,000 yen~, Restoran : Makanan Jepun 1, Makanan Perancis 1, Modern Bistro 1, Bar 1, Lounge 1.

  • The Ritz-Carlton Tokyo
    • Address 9-7-1 Akasaka Midtown Tower, Minato-ku, Tokyo, 107-6245
      View Map
    • Nearest Station Roppongi Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Oedo Line)
      7 minutes on foot

    Carian Ketersediaan/Tempah

    Kerana keadaan bagi setiap bilik mungkin berbeza sama ada dari segi bayaran terbaru atau butiran bayaran, sila pastikan di laman rakan niaga.

Muzium bertemakan Seni Purba Jepun

(c) Keizo Kioku
(c) Keizo Kioku

Bertemakan “Kecantikan di dalam Kehidupan”, “GALERIA” dibuka pada tahun 1961 di tingkat tiga Muzium Santori. Antara koleksi yang terdapat adalah lukisan, seramik, ukiran kayu, tekstil, dan lain-lain barangan antik Jepun, satu khazanah nagara, dan lebih tiga ribu warisan kebudayaan termasuk 15 yang sangat penting. Muzium ini berpindah ke Tokyo Midtown pada tahun 2007, dengan aktiviti garis panduan baru “Menyambung Kecantikan, Membuka Kecantikan”, dengan mengadakan pameran-pameran menarik. Pada setiap hari Khamis yang tertentu di waktu pameran, pengunjung boleh merasai minum teh hijau dan kuih tradisional bermusim Jepun di bilik teh yang disediakan (berbayar). ※Tiada pameran tetap.
Bayaran masuk: 1,300 yen, Masa : 10:00 ~ 18:00 (~20:00 pada Jumaat/Sabtu) Tutup: Selasa.

Waktu Malam Orang Dewasa ditemani Muzik, Panorama Malam, dan Makan Malam.

Waktu Malam Orang Dewasa ditemani Muzik, Panorama Malam, dan Makan Malam.

Kecantikan panorama malam, makan malam yang lazat, dan muzik yang mempersonakan…masa berkualiti seperti ini boleh dihabiskan di “Billboard Live Tokyo” di tingkat 4 “Garden Terrace”. Mengambil nama sempena nama “Billboard” iaitu carta muzik yang paling berprestij di Amerika, artis-artis yang melakukan persembahan juga adalah yang terkenal dan terbaik. Genre terdiri dari Jazz & Soul, R&B, Rock, J-Pop dan pelbagai lagi.

Bayaran masuk : berbeza mengikut persembahan Live, Waktu persembahan: Hari biasa 1st stage 19:00/2nd stage: 21:30~, Sabtu: 1st stage 18:00/2nd stage 21:00, Ahad/Cuti umum 1st stage 16:30/2nd stage 19:30, Tutup: mengikut aturcara Live.

  • Billboard Live Tokyo
    ビルボードライブ東京
    • Address Tokyo Midtown Garden Terrace 9-7-4 Akasaka, Minato, Tokyo, 107-0052

Chopsticks Hasil Tangan Pro Disyorkan Sebagai Cenderamata

Chopsticks Hasil Tangan Pro Disyorkan Sebagai Cenderamata

Tokyo Midtown juga menjadi tarikan kerana kompleks membeli-belahnya. Di “GALERIA 3rd Floor” terdapat hampir 100 kedai terdiri dari fesyen, interior, serbaneka, kosmetik, barang kemas dan lain-lain. Jika anda ingin mencari cenderamata Jepun, bolehlah singgah di kedai “Hashichou”. Di depan kedai ini, sentiasa ada lebih dua ribu batang Chopsticks tersusun, semuanya dibuat satu persatu oleh penukang menggunakan kayu asli dan varnish. Selain itu, mangkuk sup, pemegang chopstick, dan cawan sake berukiran juga dijual. Harga chopstick buatan tangan tukang profesional ini dijual dari harga 2,400yen.
Waktu Perniagaan: 11:00~21:00, tanpa cuti.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari