HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi Berehat Sambil Menikmati Jamuan Ringan Di Kafe Dan Membeli Belah Cenderahati Di Muzium Snoopy
Berehat Sambil Menikmati Jamuan Ringan Di Kafe Dan Membeli Belah Cenderahati Di Muzium Snoopy

Berehat Sambil Menikmati Jamuan Ringan Di Kafe Dan Membeli Belah Cenderahati Di Muzium Snoopy

Date published: 29 Jun 2016
Last updated: 14 September 2017

Selepas mengisi masa anda di bahagian pameran Muzium Snoopy, apa kata anda berehat seketika di STORE BROWN'S untuk mencari cenderahati edisi terhad atau singgah sebentar di Cafe Blanket bagi menikmati makanan dan minuman bertemakan Peanuts!
Sila ambil perhatian bahawa pengunjung mesti menempah tiket ke muzium terlebih dahulu sama ada di Kedai Serbaguna Lawson, atau melalui laman web Lawson. Sila semak laman web rasmi Muzium Snoopy untuk maklumat lanjut.

Photo:© Peanuts Worldwide LLC

Membeli Belah di BROWN’S STORE!

Membeli Belah di BROWN’S STORE!

Di BROWN'S STORE, pelbagai barangan cenderahati edisi terhad seperti alat tulis, baju dan makanan boleh didapati di sini! Anda juga boleh mendapatkan edisi terhad permainan dalam kapsul hasil kerjasama antara pihak muzium dan syarikat permainan terkenal Kitan Club dengan harga 500 yen per kapsul (termasuk cukai).
Salah cenderamata yang popular adalah rantai tali istimewa atau ‘strap’ berharga 700 yen(tidak termasuk cukai), pengunjung boleh membelinya dan diikat ditelefon pintar, atau digunakan sebagai rantai kekunci. Selama 365 hari, setiap rantai tali istimewa ini mempunyai reka bentuk gambar Snoopy yang berbeza-beza setiap hari,. Anda juga boleh memilih berdasarkan tarikh lahir anda atau edisi khas Snoopy musim perayaan seperti Halloween, Krismas, dan lain-lain.

Namun,harus diingatkan bahawa barangan tersebut mungkin habis dijual.
Barang-barang pameran dan barang-barang yang dijual bertukar secara berkala.

Berehat Sebentar Di「Cafe Blanket」

Berehat Sebentar Di「Cafe Blanket」

[Cafe Blanket] dihias dengan indah dengan suasana yang amat selesa. Dinding kafe pula dicat dengan menggunakan warna biru cair membangkitkan rasa keriangan seakan membaca komik Peanuts yang biasa dibaca setiap hari ahad.
Purata harga minuman adalah 850 yen, manakala pencuci mulut dan makanan dalam lingkungan 1300 ~ 1500 yen(tidak termasuk cukai). Anda juga disyorkan untuk mencuba menu istimewa [My Favorite Peanuts] berharga 1530 yen (tidak termasuk cukai) iaitu kombo sandwich dibuat dengan ayam mentega kacang, lobak merah istimewa, keju Camembert, kentang goreng dan lain-lain. [Itoshino Peanuts.] juga adalah menu yang terhad.

Minuman, Kek, Dan Snek Yang Berwarna-Warni!

Minuman, Kek, Dan Snek Yang Berwarna-Warni!

Selain makanan utama
Walaupun berada di Jepun, setiap menu di sini mempunyai sentuhan Amerika seperti Beagle Scout S'more Milkshakes 880 yen, Bubble Lucy Lemonade 830 yen, Dessert Pizza, Snoopy`s Favorite 1350 yen~ dan lain-lain, semuanya mempunyai rasa manisan dari Amerika Syarikat!
Pilihan yang paling popular adalah karakter Snoopy yang dilukis pada pancake, krim putar, mentega kacang maple dan lain-lain menjadi set [Café Blanket Pancake] 1280 yen (gambar kiri). Selain itu, simbol Charlie Brown yang merupakan corak baju yang menjadi milkshake [Charlie Brown] 880 yen (gambar kanan) dan lain-lain idea comel membuatkan menu menjadi lebih menarik untuk dinikmati!
(Semua harga tidak termasuk cukai)

Namun,harus diingatkan bahawa barangan tersebut mungkin habis dijual.
Barang-barang pameran dan barang-barang yang dijual bertukar secara berkala.

  • Snoopy Museum Tokyo
    スヌーピーミュージアム
    • Address Roppongi 5-6-20, Minato-ku, Tokyo, 105-0000, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari