Pemandangan luar biasa Odaiba yang terletak di kawasan teluk, bukan sahaja boleh dilihat daripada pantai malah daripada pelbagai tempat seperti bangunan pencakar langit. Anda boleh melihat sepenuhnya pemandangan Odaiba yang futuristik dari bangunan pencakar langit di pusat bandar dan dari Rainbow Bridge (Jambatan Pelangi).
BBQ di "Decks Tokyo Beach"
"Decks Tokyo Beach" adalah teres terbuka yang diperbuat daripada papan dek yang merupakan sebuah pusat membeli belah. Di bumbung panorama yang terdapat di tingkat 6 pusat membeli-belah bahagian Seaside Mall, merupakan lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti barbeku sambil melihat pemandangan lautan di kawasan Odaiba Bay pada siang hari, dan melihat pemandangan malam Jambatan Pelangi pada waktu malam. Ia juga menjadi satu daya tarikan kerana makanan dan minuman boleh dibawa masuk. Selepas 29 April anda boleh datang dengan tangan kosong kerana bahan masakan disediakan sekiranya anda membuat tempahan awal. Tempahan boleh dilakukan melalui laman web atau telefon.
-
digiqBBQCAFE DECKS Tokyo BeachデジキューBBQCAFE デックス東京ビーチ店
- Address 1-6-1, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 135-0091, Japan
Gambar yang anda ingin tangkap di "Aqua City Odaiba"
"Aqua City Odaiba" adalah pusat membeli-belah yang dibina di kawasan tarikan Odaiba seperti Fuji Television, Rainbow Bridge (Jambatan Pelangi), dan Tokyo Bay. Anda boleh makan sambil menikmati pemandangan laut di restoran yang menghadap lautan yang terletak di tingkat 3 hingga tingkat 6. Anda boleh melihat matahari terbenam di kawasan dek di tingkat 6, malah pemandangan malam dengan keindahan cahaya yang terpantul pada permukaan air dan neon yang berkilauan di sepanjang teluk adalah sesuatu yang luar biasa.
Melihat bandar Tokyo di "Balai Cerap Pusat Telekom"
Terletak di tingkat 15 bangunan pusat telekom, balai cerap boleh dimasuki dari pukul 3 petang dengan bayaran (dewasa 500 JPY). Ia adalah satu tempat terbaik yang kurang dikenali sebagai tempat melihat pemandangan Odaiba yang luar biasa. Anda boleh menikmati kemewahan pemandangan malam Tokyo yang menjangkau 260 darjah sehingga pukul 9 malam (masa masuk yang terakhir adalah pada pukul 8:30 malam).
-
Telecom Center Observatoryテレコムセンター展望台
- Address 2-5-10, Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064, Japan
Mari mengambil gambar sendiri di "Megami no Terasu"
Di hadapan pintu Megami di tingkat tiga Aqua City Odaiba, di mana terdapat ruang luar yang lapang adalah tempat yang disyorkan untuk menangkap gambar. Melihat Statue of Liberty (Patung Kebebasan) dan Rainbow Bridge (Jambatan Pelangi) pada satu masa adalah pemandangan yang terbaik yang mempunyai daya tarikan. Jika anda datang ke sini, anda wajib mengambil gambar sendiri.
-
Venus Terrace女神のテラス
- Address 1-7-1, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 135-8707, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mesin jualan automatik
-
Mencuba pakaian
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
3 lokasi bergambar pilihan di Akihabara
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
3 pilihan lokasi bergambar di Shibuya dan Harajuku
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
3 pilihan lokasi bergambar di Ikebukuro