Ebisu merupakan sebuah bandar yang terkenal sebagai bandar yang penuh bergaya dan bandar yang paling ingin didiami. Ia juga dikenali sebagai "bandar orang dewasa" yang tidak terpengaruh dengan hiruk-pikuk kota walaupun berdekatan dengan Shibuya, sebuah bandar yang dipenuhi golongan muda. Memperkenalkan pelan perancangan mengelilingi Ebisu selama 3 jam!
Pertama sekali, "Yebisu Garden Place"

Ia hanya mengambil masa selama 5 minit ke sini jika anda menggunakan "laluan bergerak pejalan kaki" dari JR Line atau Tokyo Metro Hibiya Line stesen "Ebisu". Terletak di kawasan bekas perusahaan bir Sapporo, ia juga mempunyai pelbagai kemudahan di sini seperti bangunan pejabat, pusat membeli-belah, pawagam, muzium dan restoran. Ia merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan golongan yang mempunyai sensitiviti yang tinggi kerana mempunyai banyak bangunan kebudayaan dan berhampiran dengan Daikanyama iaitu pusat perkembangan pelbagai perkara yang terkini. Ia juga dikenali sebagai bandar budaya untuk mereka yang ingin mempunyai komitmen dalam kehidupan seharian.
Penggemar bir di "Museum of YEBISU BEER"

Nama bandar Ebisu diambil daripada salah satu produk bir dari Yebisu Beer iaitu "Ebisu Beer" pada tahun 1928. Sejarah dan latar belakang Yebisu Beer boleh dipelajari di muzium ini yang mengandungi barangan berharga dan gambar-gambar pada zaman tersebut. Sesiapa sahaja boleh memasuki muzium ini tanpa dikenakan sebarang bayaran. Selain itu, terdapat juga lawatan berkumpulan di dalam muzium ini yang dikenakan bayaran sebanyak 500 JPY. Selain diajar tentang cara menuang bir sebanyak 3 kali, para pengunjung juga boleh merasai keenakan bir tersebut. Bagi mereka yang kurang menggemari bir, minuman ringan juga ada disediakan. Di samping itu, disyorkan supaya merasai sosej ala Jerman yang dijual di "Testing Saloon" yang terdapat di sini.
Kaya dengan rasa Jepun di "Japanese Ice OUCA"

Ia merupakan sebuah kedai aiskrim yang penuh dengan ciri-ciri Jepun. Aiskrim yang terkenal di sini adalah aiskrim yang mempunyai perasa mengikut musim melalui bahan-bahan bermusim yang dikumpulkan oleh pengusaha kedai dari setiap tempat di Jepun. Terdapat aiskrim yang diinovasi daripada bahan-bahan yang dikumpul dan terdapat juga yang menggunakan sayur-sayuran bermusim. Pilihan aiskrim yang banyak dan kelihatan amat sedap di sini mungkin menyebabkan agak susah untuk anda membuat pilihan, tetapi jangan khuatir kerana anda boleh memilih sehingga 3 jenis perasa bagi aiskrim bersaiz biasa dan 4 jenis perasa bagi aiskrim bersaiz besar! Jika berkongsi bersama-sama orang lain pula, pasti lebih banyak perasa yang boleh dicuba.
-
Japanese Ice OUCAジャパニーズアイス櫻花
-
Address
1-6-6, Ebisu , Shibuya-ku, Tokyo, 150-0013, Japan
View Map
-
Address
1-6-6, Ebisu , Shibuya-ku, Tokyo, 150-0013, Japan
Hidangan yang menyelerakan di "NADiff a/p/a/r/t"

"NADiff A/P/A/R/T" adalah sebuah bangunan 4 tingkat di Ebisu. Terdapat buku-buku Jepun dan Barat, koleksi gambar dan seni lukis di kedai aras bawah dan B1 (aras 1 tingkat bawah tanah). Di aras bawah tanah pula, terdapat sebuah galeri yang mengumpulkan ramai orang dewasa yang mempunyai sensitiviti yang tinggi apabila seminar atau acara persembahan diadakan pada waktu-waktu tertentu. Marilah mencari barangan yang sesuai dengan diri kita semasa di sini.
-
NADIFF APARTNADIFF APART
-
Address
1F, A/P/A/R/T, NADiff, 1-18-4, Ebisu , Shibuya-ku, Tokyo, 150-0013, Japan
View Map
-
Address
1F, A/P/A/R/T, NADiff, 1-18-4, Ebisu , Shibuya-ku, Tokyo, 150-0013, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Lawatan & Aktiviti Popular
Recommended places for you
-
Panduan Pas Sehari Tokyo: 20 Tiket Dibandingkan Merentas JR, Metro, dan Kereta Swasta
-
[MOVIE] Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura
-
Mencuba pakaian
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
9 Family-Friendly Hotels with Comfortable Family Rooms in Asakusa
-
10 Open-air bath Onsen Ryokans in Hakone for Ultimate Relaxation
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo














