HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Tempat yang 'hidup' di Ikebukuro walaupun selepas jam 9 malam
Tempat yang 'hidup' di Ikebukuro walaupun selepas jam 9 malam

Tempat yang 'hidup' di Ikebukuro walaupun selepas jam 9 malam

Last updated: 9 Jun 2020

Kawasan sekitar pintu masuk Nishiguchi dan Higashiguchi serta kawasan sekitar stesen Ikebukuro, sentiasa riuh-rendah dan meriah pada waktu malam dengan kedai makan dan pusat karaoke. Selain itu, oleh kerana terdapat perhentian bas untuk ke kawasan luar bandar pada waktu malam, terdapat banyak tempat rehat sementara menunggu bas berlepas dan juga kedai untuk membeli kudapan untuk dimakan di dalam bas semasa di dalam perjalanan nanti.

Cafe and Dining ground H (asshu)

Cafe and Dining ground H (asshu)

"Kafe dengan makanan yang sedap" merupakan konsep kafe ini. Kepakarannya adalah penkek jenis Souffle yang bersaiz tebal tetapi rasanya amat ringan di dalam mulut. Seunit "Penkek beri-beri" berharga 880 JPY. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan menu Barat seperti nasi hayashi iaitu omurice (nasi tomato yang dibungkus telur dadar) yang dihidangkan dengan sos istimewa. Oleh kerana pesanan terakhir boleh dibuat sebelum jam 11 malam, kedai ini juga disyorkan jika ingin makan di lewat malam.

  • Cafe and Dining ground H
    Cafe and Dining ground H(asshu)
    • Address Ikebukuro PARCO8F, 1-28-2, Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022

SEGA Ikebukuro GiGO

SEGA Ikebukuro GiGO

Ia merupakan sebuah bangunan hiburan yang dikendalikan oleh pengusaha permainan Sega. Para pengunjung boleh berhibur dengan pelbagai mainan terkini seperti permainan kad dan permainan berangkaian, dari aras 1 bawah tanah sehinggalah ke aras 7. Tumpuan utama adalah di aras 6 dan 7 yang merupakan aras khas untuk purikura (gambar berpelekat segera). Para pengunjung boleh bergambar sambil memakai baju anime atau watak kartun kerana pakaian tersebut boleh disewa di sini. Pusat ini beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

  • SEGA Ikebukuro GiGO
    セガ池袋 GiGO
    • Address B1F-7F, TECH35 Bld., Higashiikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0013

Seijo Ishii Echika Ikebukuro

Seijo Ishii Echika Ikebukuro

Kedai ini terletak di "Echika Ikebukuro" yang merupakan tempat berkumpulnya kedai-kedai di tengah-tengah ruang legar laluan Tokyo Metro Fukutoshin. Ia merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang menjual produk bermutu tinggi terutamanya produk dari bahagian Kanto Jepun. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai produk dari seluruh dunia dan setiap tempat di Jepun yang mempunyai keaslian tersendiri, kesedapan dan kualiti yang tidak perlu dipertikai lagi setelah melalui pemilihan yang teliti. Kudapan dan pencuci mulut tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet, pewarna tiruan dan perasa tiruan yang dibuat dari dapur pasar raya ini sendiri juga amat terkenal. Kompleks ini beroperasi sehingga jam 11 malam.

  • Seijo Ishii Echika Ikebukuro
    成城石井Echika池袋店
    • Address Echika Ikebukuro, Ikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari