HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro 3 pilihan lokasi bergambar di Ikebukuro
3 pilihan lokasi bergambar di Ikebukuro

3 pilihan lokasi bergambar di Ikebukuro

Last updated: 19 Mei 2020

Nikmati jalan-jalan cari makan dan membeli belah di kawasan Ikebukuro. Kami telah memilih 3 lokasi wajib untuk bergambar ketika berkunjung ke Ikebukuro. Lokasi-lokasi ini boleh dinikmati bersama dewasa dan kanak-kanak, jadi anda disyorkan untuk datang dan bergambar bersama-sama keluarga.

Tempat berjumpa yang menjadi kebiasaan di Ikebukuro

Tempat berjumpa yang menjadi kebiasaan di Ikebukuro

Patung burung hantu "Ikefukuro" yang terletak di pintu tiket utara di stesen JR Ikebukuro adalah merupakan tempat temu janji yang terkenal. Ianya mudah diingati kerana merupakan gabungan perkataan "Ikebukuro" dan "fukuro" (burung hantu) dan dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana ianya terletak di dalam stesen dan tidak dipengaruhi faktor cuaca, ia sentiasa meriah dengan pengunjung.

  • Ikefukurou Statue
    • Address The Ikebukuro Station yard, 1, Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
    • Phone Number 03-3988-2914

Bergambar sambil bermain mesra dengan kucing-kucing yang comel!

Bergambar sambil bermain mesra dengan kucing-kucing yang comel!

Kafe kucing terkenal sebagai tempat menenangkan fikiran di mana anda dapat bergaul mesra dengan kucing-kucing dengan bebas. Nekobukuro ini lebih menonjol di kalangan kafe yang lain dengan idea rekaan dalaman yang unik. Ianya dibina dengan menggambarkan masyarakat kucing, serta terdapat hiasan menarik seperti Nekobukuro-eki. Pengunjung akan disambut oleh 12-15 ekor kucing. Anda disyorkan untuk berkomunikasi dan bergambar dengan kucing ketika waktu makan mereka, iaitu 2 kali sehari.

  • Nekobukuro
    ねこぶくろ
    • Address 1-28-10, Higashiikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0013, Japan

Bergambar sebagai watak hero dari komik JUMP

Bergambar sebagai watak hero dari komik JUMP

J-WORLD TOKYO merupakan taman tema dalam bangunan di mana pengunjung boleh merasai dunia dari karya komik JUMP. Di samping dapat bermain denga tarikan dari karya ONE PIECE, Dragon Ball, NARUTO, dan sebagainya, pengunjung boleh menikmati makanan bermotifkan watak anime di sudut makanan. Terdapat pelbagai lokasi bergambar disediakan di dalam taman ini, jadi marilah bergambar dengan gaya watak kegemaran anda.

  • J-WORLD TOKYO
    J-WORLD TOKYO
    J-WORLD TOKYO
    • Address Sunshine City World Import Mart Building 3F, 3-chome, Higashi-Ikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-8630
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-5950-2181
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari