Terdapat pelbagai jenis kedai di Ginza termasuklah kedai-kedai lama, kedai barangan berjenama dari dalam dan luar negara, kedai barangan kasual dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga kedai ternama yang dapat membuatkan pengunjung merasai kesan sejarah terletak di lorong belakang yang terpisah daripada Chuo-dori (Ginza-dori). Sekiranya datang membeli-belah di Ginza, pengunjung disyorkan agar membeli barangan yang menggambarkan ciri-ciri Ginza seperti barangan edisi terhad yang sotisfikated.
Membuat "buku nota" kegemaran di Ginza
"ITO-YA" ialah kedai khas alat tulis yang mula beroperasi pada tahun 1904. Terdapat 2 buah cawangan ITO-YA di Ginza iaitu "G.Itoya" yang menyediakan pelbagai jenis alat tulis dan "K.Itoya" yang mengendalikan pen dakwat, alatan seni dan sebagainya. Di tingkat 4 G.Itoya, terdapat sudut "Note Couture" yang menyediakan perkhidmatan membuat buku nota dengan menggunakan muka depan, kertas dan gelang penyambung pilihan sendiri. Perkhidmatan yang menggembirakan ini bukan sahaja sesuai untuk kegunaan sendiri malah boleh dijadikan sebagai cenderamata dari Ginza.
-
-
Address
2-7-15 Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
View Map -
Nearest Station
Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
2 minutes on foot
- Phone Number 03-3561-8311
-
Address
2-7-15 Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
Roti dari restoran bertaraf 2 bintang yang dijual di Wako
Wako Annex terletak di barisan yang sama dengan bangunan utama Wako. Di kedai kek dan coklat yang terletak di tingkat 1 bangunan ini ada menjual roti dari "ESqUISSE" yang terkenal sebagai restoran yang amat sukar untuk mendapatkan tempahan. Pada setiap pagi, roti original ESqUISSE seperti croissant, roti kosong dan sebagainya ditambah dengan 4 jenis roti edisi terhad Wako berjumlah 8 jenis yang baru dibakar, akan dihantar ke sini. Semuanya diminati ramai dan ada kalanya habis terjual.
-
-
Address
4-4-8, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
View Map -
Nearest Station
Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
- Phone Number 03-5250-3102
-
Address
4-4-8, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
Biskut yang akan disukai melangkaui abad
"Shiseido Parlour" mula beroperasi pada tahun 1902 dengan memperkenalkan "soda fountain" pertama di Jepun. Di kedai yang terletak di tingkat 1 cawangan Ginza, terdapat pelbagai jenis manisan edisi terhad yang hanya dijual di sini. Manisan yang terkenal di sini ialah "biskut bakar Hana Tsubaki" (hanya dijual di kedai tertentu). Pembuatannya adalah dengan menggunakan bahan-bahan terpilih seperti mentega kultur yang harum, tepung gandum buatan Hokkaido dan telur yang segar, dan ianya dibakar satu per satu oleh tenaga pekerja yang berpengalaman. Biskut yang telah diisi ke dalam bekas tin berwarna hitam atau nama lainnya "Kuro-kan" ini amat sesuai untuk dijadikan cenderamata yang istimewa.
-
Shiseido Parlour資生堂パーラー 銀座本店ショップ
- Address Toukyouginzasiseidou Bld.1F, 8-8-3, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan
Batu permata yang berkualiti dan elegan
Star Jewelry yang mula beroperasi pada tahun 1946 di Motomachi, Yokohama, merupakan kedai pertama di Jepun yang menjual perhiasan tindik. Jenama "GINZA COLLECTION" yang menggunakan emas putih dan mutiara Akoya merupakan antara barangan kemas berkualiti tinggi buatan Jepun yang hanya boleh didapati di kawasan Ginza (kedai cawangan Ginza dan Ginza-Matsuya). Gambar menunjukkan rantai berlian, dari kiri, Pt950, K18YG, K18WG mutiara Akoya.
-
Star Jewelryスタージュエリー 銀座店
- Address 6-8-3, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan
Castella (sejenis kek Jepun yang berbentuk segi empat panjang) yang menggunakan madu dari Ginza
"Ginza Mitsubachi Project" adalah satu program penternakan lebah di bandar Ginza yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan simbiotik dalam ekosistem Ginza dengan penggunaan madu yang diambil dari lebah yang dipelihara. Lebah yang dipelihara di atas bumbung bangunan di Ginza menghasilkan madu, dan madu tersebut telah digunakan untuk membuat pelbagai produk kerjasama seperti makanan, kosmetik dan sebagainya. "Ginza no Mitsubachi Castella" juga merupakan salah satu produk kerjasama yang dibuat bersama kedai manisan yang telah beroperasi lebih daripada 100 tahun iaitu Bunmeido. Castella yang diperbuat daripada bahan-bahan terpilih termasuk madu Ginza ini mempunyai tekstur yang lembap dan rasa yang manis serta hanya boleh didapati di gedung serbaneka Matsuya cawangan Ginza sahaja. Tempoh konsumsi ialah selama 12 hari, produk ini juga terkenal sebagai cenderamata.
-
-
Address
3-6-1, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-8130
View Map -
Nearest Station
Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-3567-1211
-
Address
3-6-1, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-8130
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
100 tahun gah beroperasi kedai lagenda Nihombashi
-
Marilah membeli barangan Jepun di Kishimojin dan Waseda!
-
5 pilihan cenderamata yang hanya boleh dibeli di Stesen Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam