HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ebisu / Naka-Meguro Nikmati dengan sepuasnya ruang seni yang dikelilingi kehijauan!
Nikmati dengan sepuasnya ruang seni yang dikelilingi kehijauan!

Nikmati dengan sepuasnya ruang seni yang dikelilingi kehijauan!

Last updated: 11 Mei 2017

Taman Kajian Alam Semula Jadi terletak di kawasan kediaman eksklusif Tokyo iaitu di Shirokanedai dengan keluasan 4 buah Tokyo Dome dan di dalamnya terdapat hutan seluas 60,000 meter persegi yang tidak pernah disentuh menjadikan ia beberapa oasis yang masih kekal di kota raya. Memperkenalkan pelan lengkap untuk merasai keindahan Art & Cafe di muzium seni selain berjalan menikmati kehijauan hutan.

"Taman Kajian Alam Semula Jadi dan Muzium Sains Negara"

"Taman Kajian Alam Semula Jadi dan Muzium Sains Negara"

Pintu masuk Institut Kajian Alam Semula Jadi ini terletak 10 minit jarak berjalan kaki dari Stesen Shirokanedai dan Stesen Meguro berhadapan Jalan Meguro. Asalnya di sini adalah kediaman kepada sebuah keluarga berpengaruh yang dibina sekitar 400 hingga 500 tahun yang lalu, kemudian tempat ini dijadikan kediaman daimyo Takamatsu, gudang serbuk letupan tentera dan menjadi Shirogane Gyorochi (kediaman diraja) hingga sekarang. Suatu masa dahulu, orang awam tidak dibenarkan masuk dan menyebabkan ia kaya dengan keindahan semula jadi. Pada tahun 1949 ia telah diisytiharkan sebagai monumen semula jadi dan kemudiannya dijadikan sebagai Tapak Bersejarah.

Apabila anda melangkah selangkah ke dalam kawasan taman, pemandangan bandar yang selama ini menjadi tatapan anda berubah dengan sekelip mata! Terharu seketika dengan keindahan hutan yang subur dan padat itu. Walaupun taman ini dilengkapi dengan lorong-lorong dan laluan untuk bersiar-siar, namun pokok-pokok dan alam hijau dibiarkan kekal tanpa had. Anda berpeluang menikmati hutan semula jadi yang bukan dibuat oleh manusia.

Dengan mengambil kira keluasan plot kawasan, bilangan peserta lawatan sambil belajar dihadkan kepada 300 orang, oleh itu tidak akan ada rasa sesak ketika melawat. Individu yang tidak gemar dengan tempat yang meriah dan sibuk juga pasti boleh meluangkan masa dengan selesa. Di pertengahannya terdapat tempat berehat dan bilik air disediakan, disyorkan agar anda mengunakannya untuk berehat ketika bersiar-siar

Jika anda terus berjalan ke hadapan, akan muncul pokok yang amat besar di depan mata pula kali ini! Ini adalah "pokok pain orochi" yang dianggap mempunyai kulit pokok seperti orochi (ular besar), dikatakan usia pokok ini mencecah 300 tahun. Adalah susah untuk dipercayai pokok berusia sebegitu lama masih kekal di dalam bandar sebegini! Dari celahan pokok-pokok dihujani dengan kilauan sinaran matahari, anda dapat rasai kehangatan dan tenaga alam semula jadi pada kulit badan anda.

Tempat yang jelas kelihatan pada pandangan mata setelah keluar dari hutan ialah taman botani air dengan paya dan kawasan lembap yang meluas, dan anda boleh bersiar-siar dengan santai di jambatan kayu yang dibina di atasnya. Ia akan membuatkan anda hendak menarik nafas dengan dalam dan merenggangkan seluruh badan dengan sepenuh hati di dalam alam semula jadi seperti ini.

Pemulihan hati dan mata di "Tokyo Metropolitan Teien Art Museum"

Pemulihan hati dan mata di "Tokyo Metropolitan Teien Art Museum"

Setelah selesai bersiar-siar di dalam taman, bergeraklah menuju ke Tokyo Metropolitan Teien Art Museum di sebelahnya. Muzium seni ini yang mula dibuka pada tahun 1983 adalah pameran seni yang menggunakan bekas mahligai Asaka-no-miya Art Deco yang dibina pada permulaan zaman Showa, dan galeri seni dengan taman halaman harmoni dan kaya dengan kehijauan yang sukar dijumpai dalam bandar. Pada bulan November tahun 2014, pengubahsuaian bangunan lama telah dibuat dan ia dibuka semula dengan terbinanya bangunan baru lengkap dengan kafe dan galeri. Di hadapan muzium tersedia halaman rumput yang luas. Di laman rumput ini anda boleh membentang pelapik dan makan di situ tanpa sebarang masalah.

Teruskan berjalan di hadapan laman rumput, anda akan sampai ke bekas mahligai Asaka-no-miya yang merupakan bangunan utama muzium seni ini. Bangunan ini ialah struktur bersejarah yang ditempah oleh pasangan suami isteri Asaka-no-miya pada tahun 1933 setelah berasa kagum dan tertarik dengan kecantikan gaya di Art Deco pada zaman kegemilangan Perancis. Di dalamnya, gaya Art Deco yang sebenarnya telah dihasilkan semula dengan penuh keterujaan oleh pereka Jepun dan Perancis serta pekerja-pekerja handalan. Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bangunan ini adalah hasil kerja berseni yang penuh dengan perkara yang bermakna untuk dinyatakan. Bangunan utama dan bangunan baru bersambung di dalamnya, tetapi bayaran tambahan dikenakan untuk memasukinya.

Setelah habis membeli cenderamata, berehatlah di Cafe du Palais berhadapan dengan kedai muzium. Sambil merenung pemandangan yang luas terbentang di luar cermin tingkap, anda boleh pulihkan kepenatan sehari suntuk dengan bersantai di sini. Di samping itu, lebihan tiket muzium seni diperlukan untuk menggunakan kafe. Berhati-hati agar tidak kehilangannya.

Barang yang terkenal di kafe ini adalah kek sifon original (flavor of the season/lemon & elder flower) dan kopi campur (TEIEN BLEND). Kek sifonnya mempunyai tekstur yang lembut dan gebu serta rasa ringan di mulut, keserasian dengan "specialty coffee" iaitu Horiguchi Coffee yang dibancuh apabila ada tempahan adalah sangat menakjubkan. Set dengan 3 benda iaitu sandwic dan kek sifon bersama kopi atau teh hitam adalah disyorkan apabila perut terasa sedikit lapar. Teh hitam yang digunakan juga dihasilkan dari daun teh yang berasal dari kedai khusus teh veteran BETJEMAN & BARTON dari Perancis.

Pandangan dari dalam kedai sangat menawan, namun jika cuaca dalam keadaan baik, disyorkan untuk anda mengambil tempat duduk di teres luar. Dengan langit yang luas dan dikelilingi dengan kehijauan, anda berasa seolah-olah telah datang ke muzium seni di dataran tinggi, tidak salah lagi anda dapat meluangkan masa dalam suasana yang baik dengan perasaan jiwa bebas yang menakjubkan!

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari