HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa [MOVIE] Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura
[MOVIE]  Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura

[MOVIE] Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura

Last updated: 26 Januari 2021

Di bahagian luar kedai dipaparkan pelbagai jenis sampel makanan diperbuat daripada resin yang seolah-olah kelihatan seperti makanan yang betul. Sudah semestinya sample makanan ini merupakan salah satu keunikan negara Jepun bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di ke negara ini.

Pengalaman Membuat Sampel Makanan

Pengalaman Membuat Sampel Makanan

Hanya segelintir orang sahaja yang mengetahui cara pembuatan sampel makanan. Pada kali ini, saya berpeluang untuk membuat sampel makanan di Kappabashi. Bandar ini memang terkenal dengan peralatan memasak seperti pinggan, penyepit, periuk, pisau dan yang lain-lain yang mana anda boleh dapatkannya semuanya di sini. Dan semestinya sampel makanan merupakan salah satu barang yang terdapat di sini dan tempat yang saya kunjungi kali ini adalah kedai bernama Ganzo Shokuhin Sanpuru-ya yang memang sangat popular di sini. Saya telah mencuba untuk membuat tempura dan juga membuat salad yang sedikit sukar berbanding tempura.

Mempelajari Teknik Pembuatan Tempura

Mempelajari Teknik Pembuatan Tempura

Di dalam kelas, kami menggunakan lilin yang telah dipakai 30 tahun yang lalu semasa proses pembuatan sampel makanan. Sekarang, lilin sudah tidak digunakan tetapi telah bertukar kepada penggunaan resin vinil dalam pembuatannya. Jadi, bagaimana proses pembuatan sampel makanan? Mula-mula saya membuat tempura. Lilin yang telah dicelup dengan warna kuning digantung di dalam air yang suam-suam panas daripada ketinggian muka bertujuan untuk menjadikan kulit luaran kepada tempura. Kemudian sediakan udang, pusingkan beberapa kali udang yang berada di dalam air yang suam-suam panas tadi. Proses membuat bentuk ini perlu dilakukan dengan teliti. Ini merupakan pengalaman pertama saya membuat sampel makanan, maka secara tidak sengaja kulit luaran untuk udang telah terlebih membuatkan tempura kelihatan terlampau besar.

Campurkan Lilin Untuk Membuat Dua Bentuk Original

Campurkan Lilin Untuk Membuat Dua Bentuk Original

Untuk membuat salad adalah sedikit lebih rumit. Lilin putih dan lilin hijau dialirkan secara selari ke bahagian dalam dan bahagian luar yang mana pembentukan ini dilakukan di dalam air panas. Sedikit demi sedikit lilin tadi telah tersebar di dalam air panas lalu membentuk seperti daun. Kemudian bahagian putih dilentur berbentuk bulat untuk proses akhir pembuatan salad. Ini merupakan proses yang sangat sukar. Namun begitu, pengajaran yang disampaikan ‘sensei’(pengajar) begitu berkesan dan akhirnya saya berjaya membuatnya.

Sejarah Sampel Makanan

Sejarah Sampel Makanan

Tidak diketahui sehingga sekarang siapakah orang pertama yang membuat sampel makanan. Lebih kurang 100 tahun yang lalu, sampel makanan mula dipaparkan di bahagian pameran restoran. Pada ketika itu, makanan barat mula memasuki Jepun dan di kompleks membeli belah, di tingkat yang menempatkan restoran juga (pada ketika itu dikenali sebagai [Okonomi Shokudou], sampel makanan ini dipamerkan di bahagian hadapan restoran apabila makanan barat ini mula mendapat penerimaan orang Jepun.

Bukan Hanya Sampel Makanan! Sampel Macam Ini Pun Ada

Bukan Hanya Sampel Makanan! Sampel Macam Ini Pun Ada

Di kilang syarikat ini yang terdiri daripada 130 orang pekerja, setiap hari mereka bekerja keras menghasilkan sampel makanan. Dengan menggunakan tangan, berus dan penyembur(spray) untuk memberikan warna pada sampel supaya kelihatan lebih lazat daripada makanan yang sebenar. Syarikat ini juga, selain daripada menghasilkan sampel makanan, turut mempunyai pengalaman membuat model tumbuhan Alpine, dan model ikan paus mengikut skala yang sebenar sepanjang 16m. Secara keseluruhannya, pengalaman saya membuat sampel makanan ini telah meninggalkan memori indah dan cenderamata yang amat bermakna bagi saya tentang negara Jepun.

  • Ganso Shokuhin Sample-ya
    元祖食品サンプル屋 合羽橋店
    • Address 3-7-6 Nishi Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0035
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari