HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa Kappabashi, 5 kedai pilihan yang mengagumkan
Kappabashi, 5 kedai pilihan yang mengagumkan

Kappabashi, 5 kedai pilihan yang mengagumkan

Last updated: 7 Julai 2020

"Kappabashi shotengai" dikenali sebagai tempat yang mempunyai segala-galanya yang berkaitan dengan peralatan masak dan kedai makan. Terdapat lebih daripada 170 buah deretan kedai di dua belah jalan raya sepanjang 800m. Kepelbagaian pilihan peralatan masak yang menakjubkan tersedia seperti peralatan terbaik yang digunakan oleh tukang masak profesional dan juga peralatan yang biasa digunakan di rumah.

Kedai peralatan masak dan makan yang terkenal dengan simbol patung tukang masak gergasi

Kedai peralatan masak dan makan yang terkenal dengan simbol patung tukang masak gergasi

Sebuah kedai borong peralatan masak dan makan yang terletak di sebelah selatan pintu masuk lorong pekan peralatan Kappabashi. Patung "Jumbo cook" yang terletak di atas bumbung bangunan ialah simbol bagi lorong pekan peralatan Kappabashi. Kedai tersebut menyediakan pelbagai pilihan pinggan mangkuk dan peralatan makan bagi makanan Jepun, makanan Barat dan makanan Cina serta shikki (perkakas kayu) dan produk kayu, dan siri hidangan khas untuk kanak-kanak yang merupakan produk original juga diminati ramai. Mencari barangan tawaran hebat di dalam kedai yang semak seperti hutan juga menyeronokkan.

Watoki (pinggan mangkuk tembikar Jepun) daripada seluruh Jepun dengan harga yang berpatutan!

Watoki (pinggan mangkuk tembikar Jepun) daripada seluruh Jepun dengan harga yang berpatutan!

Sebuah kedai yang bernama "Wanoutsuwa Dengama" yang membeli secara langsung daripada kilang tembikar di seluruh Jepun seperti Arita, Kutani, Mashiko dan Mino, ialah kedai khas menjual watoki. Selain pinggan mangkuk yang diperbuat melalui kemahiran dan lukisan tradisional watoki, kedai itu menjual produk istimewa dari kilang tembikar yang terkenal, cawan mug, mangkuk, pinggan kecil untuk kegunaan seharian dan sebagainya. Barangan tawaran hebat disusun berhampiran pintu masuk maka marilah melihatnya.

Replika makanan kelihatan seperti makanan sebenar yang mengejutkan!

Replika makanan kelihatan seperti makanan sebenar yang mengejutkan!

Pada mulanya, "Replika makanan" digunakan untuk memperkenalkan menu kedai makan dengan senang. Kebelakangan ini, ia diminati oleh kaum muda dan pelancong dari luar negara kerana produk tersebut diperbuat dengan teliti menyerupai yang sebenar, katanya "kawaii (comel)". Di sebuah kedai yang bernama "Ganso Shokuhin Sample Ya" menjual bukan hanya replika makanan, tetapi produk original seperti magnet yang serupa dengan sushi, rantai kunci menyerupai biskut beras dan kit kraft tangan "Sampurun".

Edowagashi (manisan tradisional Edo) bergaya lama yang sangat cantik dan enak

Edowagashi (manisan tradisional Edo) bergaya lama yang sangat cantik dan enak

"Edomukashi kashi Asakusaumegen" ialah kedai manisan yang terletak di belakang lorong Kappabashi dan telah beroperasi lebih daripada 100 tahun. Di dalam kedai, terdapat manisan Jepun bergaya lama dan bernostalgia yang dibuat dengan pes kacang merah dan ubi. Kedai ini menggunakan bahan-bahan yang terpilih seperti kacang dari Hokkaido, ubi keledek dari Kyushu, Shikoku, Chiba dan sebagainya yang terbaik pada setiap musim. Ia mementingkan cara memasak yang tidak berubah sejak penubuhan kedai, dengan menggunakan tangan manusia dalam setiap proses, seperti membuat "an (pes kacang merah)" dengan menggunakan periuk kecil. Mana-mana manisan tradisional Jepun yang dibuat dengan mengambil masa yang banyak sudah pasti cantik dan sedap.

  • Asakusaumegen
    江戸昔菓子 あさくさ梅源
    • Address 3-10-5, Nishiasakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0035, Japan

Banyak peralatan yang menambahkan keseronokan memasak!

Banyak peralatan yang menambahkan keseronokan memasak!

"Kamaasa Shoten" ialah kedai peralatan masak yang mula beroperasi pada tahun 1908. Di dalam kedai, terdapat pelbagai peralatan dipamerkan seperti pisau, 'Nanbutekki' (sejenis produk besi), cerek, periuk kecil, kuali leper, penapis yang dibuat daripada buluh, pemarut dan sebagainya yang digunakan oleh para profesional serta untuk penggunaan harian di rumah. Barangan terpilih yang cantik dan berkualiti, yang semakin lama digunakan semakin serasi dengan tangan disediakan dengan banyak. Anda juga disyorkan untuk membelek dan menyentuhnya dengan tangan sendiri ketika anda memilih yang sesuai bagi anda.

  • Kama-Asa
    • Address 2-24-1, Matsugaya, Taitou-ku, Tokyo, 111-0036
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-3841-9355
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari