Tokyo Disneyland (R) sememangnya terkenal dengan hospitaliti berkualiti tinggi merangkumi persembahan, perarakan dan perkhidmatan. Menerusi tips-tips berikut, nikmati saat-saat indah ibarat mimpi bersama teman-teman DIsney!
(C) Disney
Pertama sekali, sesi bergambar kenang-kenangan di pintu masuk
Sebaik sahaja memasuki kawasan taman, pengunjung akan disambut oleh watak-watak Disney di pintu masuk utama. Watak yang akan menyambut adalah bergantung kepada hari kunjungan. Di bahagian kanan dan kiri pintu masuk, pengunjung berpeluang beramah mesra sambil bergambar bersama karekter-karekter pilihan.
3 tarikan disyorkan
Tokyo Disneyland adalah begitu luas. Pengunjung kali pertama dinasihatkan untuk bermula dengan memeriksa tarikan klasik. Kami mengesyorkan 3 tarikan, dari satu yang boleh membuat anda menjerit, penerokaan hutan,hingga ke program yang di huraikan dengan teliti.
Ke dunia filem! "Star Tours"
Alami dunia "Star Wars" dalam imej 3D melalui simulasi penerbangan! Nikmati perjalanan angkasa yang tidak menentu, kuat dan mendalam dengan watak-watak popular biasa. Sistem ini memilih pelbagai senario yang telah disediakan untuk setiap adegan. Oleh itu, terdapat lebih daripada 50 corak bergantung kepada kombinasi senario! Anda pasti teruja apabila dapat mengalaminya pada hari anda pergi nanti.
(C) Disney (C) & TMLucasfilm.Ltd.
Star Tours The Adventures Continue
スター・ツアーズ:ザ・アドベンチャーズ・コンティニュー
Penuh dengan keseronokan "Splash Mountain"
Sebuah bot kayu bergerak ke atas dan ke bawah dalam dunia filem Disney "Song of the South".
Secara tiba-tiba, Bot menjunam jatuh ke bawah melalui air terjun yang mempunyai ketinggian 16m dan kecerunan maksimum 45 darjah.
Splash Mountain
スプラッシュ・マウンテン
"Jungle Cruise" pengembaraan sebenar
Ini adalah lawatan ekspedisi hutan yang dapat melihat pelbagai haiwan liar seperti gajah, buaya, singa, dan sebagainya, menaiki bot dengan kapten yang ceria dan berani. Persiaran di waktu malam juga disyorkan di mana hutan diselubungi dengan lebih misteri dan mendebarkan.
Jungle Cruise:Wildlife Expedition
ジャングルクルーズ:ワイルドライフ・エクスペディション
Jangan ketinggalan! Pertunjukan dan Perarakan
Anda juga mungkin mahu menikmati pertunjukan dan perarakan sambil menikmati tarikan. Anda akan mempunyai peluang untuk melihat secara dekat pelbagai hiburan yang dibentangkan oleh watak-watak Disney. Mari kita semak hiburan yang perlu dilihat.
Cahaya yang tak terkira "Perarakan Elektrikal"
"Tokyo Disneyland Electrical Parade Dream Lights" adalah perarakan penuh impian pada waktu malam di mana bintang Disney bersinar dengan cahaya dan muzik. Watak-watak dari filem seperti "Aladdin" dan siri "Toy Story" akan menghiasi taman pada waktu malam dengan menakjubkan. (C) Disney / Pixar
Tokyo Disneyland・Electrical Parade・Dreamlights
東京ディズニーランド・エレクトリカルパレード・ドリームライツ
Membuat anda tersenyum "Happiness Is Here"
Ini adalah perarakan berwarna warni penuh dengan keseronokan dengan tema pelbagai "Kebahagiaan". Di ketuai oleh Goofy, rakan-rakan Mickey Mouse, Puteri Disney dan pari-pari menciptakan dunia warna-warni yang indah.
Happiness is Here
ハピネス・イズ・ヒア
Makan dengan watak-watak Disney!
Tokyo Disneyland menawarkan pelbagai masakan. Walaupun dalam bidang gourmet, tiada kelemahan. Sesiapa yang menikmati hidangan yang lazat di salah satu restoran dengan perkhidmatan mewah, akan tersenyum tanpa ragu-ragu!
“Restoran Crystal Palace”
Ini adalah sebuah bangunan gaya-rumah hijau yang menggabungkan reka bentuk yang popular pada lewat era abad ke-19 Victoria. Restoran ini menawarkan pelbagai masakan antarabangsa.
Selama 120 minit dari pembukaan taman, watak-watak Disney datang ke restoran untuk memberi salam pada setiap meja. Tiada apa-apa selain daripada sarapan pagi yang gembira.
Crystal Palace Restaurant
クリスタルパレス・レストラン
“Restoran Teras Polynesian”
Restoran ini menawarkan masakan gaya Polynesian dan mempunyai suasana tropika sepenuhnya. Semasa persembahan makan malam yang dikenali sebagai "Mickey Rainbow Luau", watak-watak Disney meraikan pelbagai hari peringatan. Juga makanan dan minuman yang disesuaikan dengan persembahan harus di lihat! Di samping itu, dari musim bunga 2016, pertunjukan makan malam baru "Mickey Rainbow Luau" akan bermula. Menu akan diperbaharui juga.
Polynesian Terrace Restaurant
ポリネシアンテラス・レストラン
"The Diamond Horseshoe"
Seorang pemilik restoran perempuan Slue Foot Sue menjemput kumpulan hiburan "Mickey & Company" yang diketuai oleh Mickey, dan mengadakan satu malam sahaja persembahan khas. Sambil menikmati persembahan yang turut disertai oleh tetamu, anda boleh menikmati masakan gaya Barat.
The Diamond Horseshoe
ザ・ダイアモンドホースシュー
Mempunyai detik-detik seperti mimpi
Tokyo Disneyland adalah dunia impian untuk membuat semua orang tersenyum tidak kira generasi atau negara. Mari menamatkan hari dengan bunga api yang indah yang ditembak ke langit malam, "Happiness-On-High".
-
-
Address
1-1, Maihama, Urayasu-shi, Chiba, 279-0031
View Map -
Nearest Station
Maihama Station (JR Keiyo Line)
4 minutes on foot
- Phone Number 0570-00-8632
-
Address
1-1, Maihama, Urayasu-shi, Chiba, 279-0031
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
3 lokasi hiburan pilihan di Ikebukuro
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna