HOME Shinjuku Kedai yang perlu disinggah di Korean Town
Kedai yang perlu disinggah di Korean Town

Kedai yang perlu disinggah di Korean Town

Update: 30 November 2017

Shinokuba adalah "Korean Town" yang diwujudkan sepenuhnya di Jepun. Anda terpaksa berbaris panjang walaupun pada hari biasa di kedai makanan Korea, kedai barangan kosmetik, spa dan kedai khusus kimchi yang menunjukkan bahawa kedai Korea mendapat sambutan. Nikmati Korea dengan lebih mendalam ketika berada di Jepun.

Kelas bahasa Korea juga boleh diambil di kafe Korea

Kelas bahasa Korea juga boleh diambil di kafe Korea

Teh tradisional Korea boleh diminum di sini, menghadiri kelas bahasa Korea sambil minum teh merupakan gaya belajar yang semakin popular. Anda boleh bersantai di dalam kedai tanpa mengganggu pemilik rumah, bagi yang kerap berkunjung berkata "boleh menarik nafas lega jika datang ke sini". Terdapat beberapa jenis teh yang digunakan untuk menjaga kesihatan badan dan kulit seperti sujeonggwa, yulmu cha (teh bali), dunggulle cha dan yujacha (teh limau).

  • Kanryu Sabou
    韓流茶房
    • Address NK Bld.3F, 1-6-15, Hyakunincho, Shinjuku-ku, Tokyo, 169-0073, Japan

Terdapat lebih 2000 jenis makanan yang diimport secara terus dari Korea

Terdapat lebih 2000 jenis makanan yang diimport secara terus dari Korea

Pasar raya seluas 150 meter persegi menjual lebih 2,000 jenis barangan Korea seperti daging, beras, mee, kimchi, rumpai laut Korea dan makanan laut. Anda dapat menikmati keaslian rasa Korea ketika berada di Jepun kerana kebanyakannya diimport dari Korea. Selain daripada orang Korea yang tinggal di Jepun, ia juga mendapat sambutan dari mereka yang suka memasak kerana terdapat banyak peralatan makanan dan barangan keperluan harian.

  • Kankokuhiroba
    スーパーマーケット韓国広場
    • Address 2-31-11, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021, Japan

Mari lihat jika anda ingin menjadi "wanita Korea yang cantik"

Mari lihat jika anda ingin menjadi

Warna merah jambu dijadikan warna utama di dalam kedai, sungguh comel dan kelihatan bersih. Produk yang hangat diperkatakan di Korea ini popular di kalangan orang Jepun yang begitu mementingkan kecantikan dan juga dikalangan pelancong luar negara. Pekerjanya adalah orang Jepun dan ada juga pekerja orang Korea, mereka memberikan layanan yang sangat mesra. Kedai ini juga menjual produk penjagaan kulit seperti CC krim untuk pembetulan warna kulit atau krim lipatan kedutan

  • THE BEAUTY SHOP
    THE BEAUTY SHOP
    • Address KYOSANⅡ Bld., 1-16-30, Okubo, Shinjuku-ku, Tokyo, 169-0072, Japan

Sanggup beratur panjang demi menikmati rasa keaslian

Sanggup beratur panjang demi menikmati rasa keaslian

Kedai makanan Korea dan kedai daging bakar terletak 5 minit dari stesen JR "Shinokubo". Daya tarikan kedai ini adalah menunya yang banyak melebihi 160 jenis. Tambahan pula, kesemua 6 hidangan disertakan sekali dengan lauk sampingan. Salah satu makanan yang paling terkenal adalah samgyeopsal mentah dan samgyeopsal lada hitam. Makan tengah hari yang murah dan lazat ini sangat berbaloi walaupun terpaksa beratur panjang.

  • Delicaondoru
    Delicaondoru でりかおんどる 新大久保本店
    • Address Esukei Bld.1F, 1-3-20, Hyakunincho, Shinjuku-ku, Tokyo, 169-0073, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini