Odaiba merupakan tempat yang penuh dengan tarikan. Setelah puas berjalan-jalan, pasti anda berasa lapar. Pada waktu ini, apa kata anda berehat sebentar sambil menikmati manisan. Artikel ini akan memperkenalkan kedai-kedai manisan yang mendapat perhatian di kawasan Odaiba.
Rasa yang sangat enak! "Kukuruza Popcorn"
Kedai popcorn yang berasal dari Seattle, "Kukuruza Popcorn" sangat popular di Jepun. Antara menu yang paling terkenal adalah "Hawaiian Salted Caramel". Anda pasti tidak boleh berhenti apabila makan popcorn karamel klasik yang diselaputi garam laut merah jambu dari Hawaii ini. Selain itu terdapat lebih daripada 30 jenis popcorn, antaranya adalah "Truffle Fromage Porcini", iaitu menu untuk orang dewasa yang sesuai dinikmati bersama arak.
-
KuKuRuZa popcornKuKuRuZa popcorn
- Address 1-7-1, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 135-0091, Japan
Yogurt beku "Pinkberry" yang berkhasiat
Kedai yogurt beku yang berasal dari California ini pertama kalinya telah dibuka di Odaiba. Ia merupakan kedai kegemaran para selebriti dari Hollywood dan sangat popular di kalangan orang Jepun. Yogurt beku yang halus ini menggunakan susu tanpa lemak dan mempunyai kemanisan yang sederhana. Bahan tambahan seperti buah yang sedap, biskut dan bijirin boleh dipilih mengikut citarasa sendiri.
-
Pinkberryピンクベリー
- Address 1-3-15, Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064, Japan
"Nana's green tea" yang menggunakan teh hijau
Kedai di mana anda boleh merasai pelbagai jenis hidangan berunsurkan teh hijau seperti minuman, ais krim dan parfait yang menggunakan matcha dan hojicha yang berkualiti. Kedai "ala Jepun" ini juga diterima baik oleh pelancong luar negara. Menu terhad kedai ini adalah "Matcha Kinpaku Cream Latte" yang ditaburi dengan serbuk emas. Rasa kejepunan ini sangat disukai sama ada sejuk atau panas sejak dari dahulu lagi di Jepun.
-
nana's green teanana's green tea
- Address 1-1-10, Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064, Japan
Manisan "Brigela" yang panas dan sejuk
Kedai "Brioche Con Gelato" menjual brioche asli yang diapit dengan gelato. Dua lapisan iaitu brioche panas dan gelato sejuk merupakan kombinasi yang sangat sesuai.
-
BrigelaBrigela
- Address 1-6-1, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 135-0091, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Tokyo Disney Sea®
Theme Parks
Chiba Suburbs
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Kappabashi Street
Old Towns (Shitamachi)
Asakusa
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
Naritasan Shinshoji Temple
Temples
Narita
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Ryokan (rumah inap)
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Mengenali kecantikan Jepun melalui “wagashi” (kuih tradisional Jepun)
-
Evolusi roti yang unik di Jepun
-
Tempat di Roppongi yang boleh anda nikmati walaupun selepas pukul 9 malam!
-
Merasai pengalaman "gyaru" di Ganguro Cafe , Shibuya