HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Gunung Takao Bukan sekadar untuk mendaki! Marilah menikmati kawasan kaki Gunung Takao dengan sepenuhnya!
Bukan sekadar untuk mendaki! Marilah menikmati kawasan kaki Gunung Takao dengan sepenuhnya!

Bukan sekadar untuk mendaki! Marilah menikmati kawasan kaki Gunung Takao dengan sepenuhnya!

Last updated: 22 Jun 2020

Gunung Takao terkenal sebagai gunung yang mudah didaki. Selain daripada itu, anda juga boleh cuba berkunjung ke pelbagai lokasi dalam lingkungan 5 minit berjalan dari stesen kereta api di tapak Gunung Takao.

Bangunan stesen kereta api dengan gaya seni moden

Bangunan stesen kereta api dengan gaya seni moden

Bangunan stesen kereta api elektrik Keio, "Takao-san-guchi" telah diperbaharui pada April 2015. Arkitek terkenal dunia dari Jepun, Kuma Kengo-san bertanggungjawab dalam rekaannya. Beliau juga terlibat dalam pembinaan Kabuki-za (dewan teater kabuki) serta Bangunan Perdagangan Tokyo iaitu KITTE. Rekaan yang menitikberatkan keharmonian dengan alam sekitar ini sangat serasi sekali dengan pemandangan sekitar. Bumbungnya direka berasaskan imej "Takao-san Yakuo-in", sebuah kuil lama yang terletak di Gunung Takao. Ianya dibina dengan teknologi pertukangan kebanggaan Jepun menggunakan kayu cedar. Kayu cedar digunakan oleh kerana kemahsyuran "Deretan Pokok Cedar Gunung Takao-san" sebagai monumen semulajadi bandaraya Tokyo"

Pelbagai barangan comel di "kaede"

Pelbagai barangan comel di "kaede"

Kedai "Kaede" yang terletak di sebelah kanan daripada pintu tiket ini turut diperbaharui bersama dengan bangunan stesen kereta api. Kedai ini menggunakan kelebihan lokasinya itu dengan menjual barangan keperluan mendaki dan juga bekalan makanan. Terdapat juga bekas minuman berlogokan Gunung Takao yang pastinya ingin dimiliki sebagai cenderahati.

  • Kaede
    楓Kaede
    • Address Takaosanguchi Station, Takaomachi, Hachioji-shi, Tokyo, 193-0844

"TAKAO 599 MUSEUM" yang elegan

"TAKAO 599 MUSEUM" yang elegan

TAKAO 599 MUSEUM, muzium dengan bangunan besar yang indah berdinding kaca dan dikelilingi oleh padang rumput yang dijaga rapi ini terletak di lorong persimpangan di antara stesen kereta api "Takaosanguchi" dan stesen kereta kabel "Kiyotaki". Bangunan yang merupakan bekas tapak Muzium Sains Alam Sekitar Takao ini telah diguna semula dan ditambah dengan ruang yang lebih santai seperti taman bagi membolehkan pengunjung menikmati kepelbagaian ekosistem Gunung Takao berkelas dunia dari perspektif baharu.

Pameran utama di sini terdiri daripada 16 buah papan pameran putih "NATURE COLLECTION" yang menakjubkan. Muzium ini juga mempamerkan hidupan di sekitar Gunung Takao, seperti bunga dan tumbuhan yang telah disaluti dengan resin akrilik, serta animasi "stop motion" serangga. Kesemua pameran ini kelihatan seperti hidup dan mempunyai nilai keseniannya tersendiri. Pengunjung yang takut akan serangga juga akan tidak kekok untuk menikmati keindahan pameran ini.

Salah satu tarikan lain adalah pameran gambar berteknologi tinggi "NATURE WALL". Replika haiwan sumbat yang dahulunya merupakan koleksi di bekas Muzium Sains Alam Sekitar Takao seperti monyet Jepun, musang merah, musang terbang gergasi Jepun, dan lain-lain turut dipamerkan di dinding putih ini . Dinding ini kemudiannya dipancarkan dengan imej empat musim Gunung Takao-san menggunakan pancaran pemetaan (projection mapping). Pameran ini memang sangat mempersonakan.

Pameran imej tersebut disediakan oleh studio rekaan visual "WOW inc" yang berpusat di Tokyo, Sendai, dan London. Seni ini memaparkan kehidupan haiwan yang berpaksikan pokok yang timbul di tengah-tengah dinding. Pancaran pemetaan ini ditayang sekali setiap satu jam.

Bersebelahan dengan pameran utama ini pula adalah 599CAFE, di mana keindahan alam semula jadi Takao dapat dinikmati di sebalik kaca. Meja dan kerusi di sini dibina menggunakan kayu sipres dari Daerah Tama. Di sini pengunjung dapat menikmati manisan dan hidangan ringan seperti Parisian Hotdog, serta adunan kopi Takao yang dibru dengan kaedah sifon.

Menu terkenal di sini adalah "Miruku no Ouginritsu Fromage Cake" yang menggunakan susu "Miruku no Ouginritsu" yang dihantar terus dari ladang susu Isonuma yang terletak di Bandar Hachioji. Kek yang ini terdiri daripada dua lapisan krim keju segar dan krim keju bakar ini sangat lembut bagaikan cair apabila dimasukkan ke mulut, dengan kesedapan yang tidak terhingga.

Kedai muzium "599SHOP" ini menjual pelbagai barangan murah dan bergaya seperti beg eko berlogokan TAKAO599MUSEUM, pembaris kayu daripada Daerah Tama, pelekat, dan lain-lain. Pelbagai barangan baru yang lain turut akan ditambah di masa hadapan.

Kemudahan higaeri onsen (kolam air panas semula jadi Jepun) di "Gokurakuyu"

Kemudahan higaeri onsen (kolam air panas semula jadi Jepun) di "Gokurakuyu"

Akhir sekali, memperkenalkan kemudahan "higaeri onsen" (kolam air panas semula jadi tanpa perlu bermalam) yang terletak bersebelahan stesen "Takaosanguchi" iaitu Keio Takaosan Onsen/ Gokurakuyu. Air panas semula jadi yang berasal dari mata air bawah tanah dengan kedalaman kira-kira 1,000m ini berwarna putih keruh dan berasa lembut apabila disentuh. Di sini ada disediakan "rotenburo" (kolam mandi terbuka) binaan batu yang dibahagikan kepada air yang kurang panas iaitu suhu ditetapkan pada 40 darjah dan air yang lebih panas pada suhu 43 darjah untuk pilihan pengunjung. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai "ofuro" (kolam mandi) terkenal yang boleh dinikmati sambil menghayati pemandangan Gunung Takao mengikut perubahan musim.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari