HOME Shinjuku Jom terokai Shinjuku buat pertama kalinya!
Jom terokai Shinjuku buat pertama kalinya!

Jom terokai Shinjuku buat pertama kalinya!

Update:

Shinjuku adalah merupakan sebuah bandar yang menerima ramai pengunjung dan juga tempat untuk merasai budaya Jepun. Di sini terdapat banyak lokasi yang wajib dikunjungi. Antaranya adalah kawasan tumpuan membeli-belah seperti pasaraya dan kedai barangan elektronik, kawasan hiburan seperti di Kabukicho, dan lain-lain lagi. Artikel ini akan memperkenalkan lokasi-lokasi yang wajib diterokai ketika berkunjung ke Shinjuku!

  1. 1
    Jika ingin menikmati suasana tenang di Shinjuku
  2. 2
    Jika ingin bermain permainan video terbaru!
  3. 3
    Tempat untuk menikmati alam semulajadi di Shinjuku
  4. 4
    Jadikan makanan lazat sebagai cenderamata
  5. 5
    Barangan kosmetik dan makanan ringan pada harga yang berpatutan!
1

Jika ingin menikmati suasana tenang di Shinjuku

Jika ingin menikmati suasana tenang di Shinjuku

TOKYO OPERA CITY yang terletak di kawasan Nishi-Shinjuku merupakan kompleks yang menempatkan kedai-kedai makanan, dewan konsert, galeri seni, dan lain-lain lagi. Pengunjung dapat menikmati pemandangan bandar Shinjuku dari restoran pemerhatian yang terletak di tingkat 54. Pelbagai konsert dan pameran turut diadakan di sini.

2

Jika ingin bermain permainan video terbaru!

Jika ingin bermain permainan video terbaru!

Taito Station adalah merupakan sebuah pusat permainan yang terletak di pintu selatan Stesen Shinjuku. Antara permainan video yang terkenal adalah permainan video muzik di mana alat muzik dimainkan seiringan dengan lagu. Permainan-permainan video popular seperti permainan kren (permainan yang menggunakan kren untuk mengambil barang), perlawanan, dan lain-lain juga terdapat di sini. Selepas puas bermain dengan permainan-permainan video terkini ini, mari mengambil gambar kenangan di mesin gambar pelekat "Purikura"!

  • Taito Station
    タイトーステーション 新宿南口ゲームワールド店
    • Address 3-35-8 Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo 160-0022, Japan
3

Tempat untuk menikmati alam semulajadi di Shinjuku

Tempat untuk menikmati alam semulajadi di Shinjuku

Pengunjung boleh menikmati pemandangan taman-taman ala Jepun, Inggeris, dan lain-lain lagi di Shinjuku Gyoen dengan hanya berjalan sedikit sahaja dari Stesen Shinjuku. Lokasi yang terkenal dengan pohon Sakura ini juga turut menerima pengunjung hanami (tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga Sakura) yang ramai pada musim bunga. Ianya dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang, dan dikenakan bayaran masuk sebanyak 200 JPY. Sila beringat bahawa tidak dibenarkan untuk membawa masuk arak, dilarang meminum arak, dan dilarang menggunakan barangan permainan ataupun sukan di dalam taman ini.

4

Jadikan makanan lazat sebagai cenderamata

Jadikan makanan lazat sebagai cenderamata

Lorong Shinjuku-dori yang menempatkan pelbagai kedai fesyen terkenal wajib dikunjungi ketika membeli belah di Shinjuku. Jika ingin membeli cenderamata berbentuk barangan makanan, anda disyorkan untuk berkunjung ke tingkat 1 bawah tanah di bangunan utama pasaraya ISETAN. Terdapat pelbagai pilihan di pasaraya ISETAN ini, antaranya adalah makanan Jepun seperti wagashi (kuih tradisional Jepun) dan teh Jepun, kedai-kedai chef pastri terkenal di sudut manisan, arak-arak terkenal di dunia, dan lain-lain lagi. Bento (makanan bekal) dan lauk-pauk turut dijual di sini, sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tengah hari.

5

Barangan kosmetik dan makanan ringan pada harga yang berpatutan!

Barangan kosmetik dan makanan ringan pada harga yang berpatutan!

Don Quixote yang terletak di pintu masuk Bandar Kabukicho ini menempatkan pelbagai barangan seperti barangan makanan, barangan kosmetik, barangan keperluan harian, dan sebagainya yang boleh didapati pada harga yang berpatutan. Luangkanlah masa anda untuk mencari barang yang diingini di kedai ini yang padat dengan barangan jualan seperti berada di dalam pagar sesat. Cenderamata yang sederhana juga sangat sesuai untuk dipilih di sini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini