HOME Shibuya Khao man kai (atau dikanali sebagai nasi ayam Hainan) sedap yang boleh didapati di kawasan metropolitan.
HOME Akihabara Khao man kai (atau dikanali sebagai nasi ayam Hainan) sedap yang boleh didapati di kawasan metropolitan.
HOME Ueno Khao man kai (atau dikanali sebagai nasi ayam Hainan) sedap yang boleh didapati di kawasan metropolitan.
Khao man kai (atau dikanali sebagai nasi ayam Hainan) sedap yang boleh didapati di kawasan metropolitan.

Khao man kai (atau dikanali sebagai nasi ayam Hainan) sedap yang boleh didapati di kawasan metropolitan.

Update:

Khao man kai ialah makanan yang berasal dari Thailand dan menjadi sangat popular di Jepun. "Khao" bermaksud nasi, "man" bermaksud minyak, dan "kai" bermaksud daging ayam dalam bahasa Thailand. Makanan ini merupakan makanan yang terkenal di Thailand dan dihasilkan dengan cara memasak nasi dengan menggunakan ayam yang telah direbus bersama air rebusan ayam tersebut. Pada kali ini, saya akan memperkenalkan restoran yang menyediakan hidangan khao man kai yang sebenar yang juga boleh didapati di Jepun.

Restoran khou man kai yang digemari semua

Restoran khou man kai yang digemari semua

Restoran yang pertama ialah "Kaithong". Restoran ini juga dikenali sebagai "pink khao man kai" di Bangkok, Thailand, disebabkan oleh warna pakaian seragam pekerja kedai ini yang berwarna merah jambu. Restoran yang berasal dari negara kelahiran khao man kai itu telah membuka salah satu cawangannya di Shibuya. Kaithong cawangan Tokyo ini hanya menyediakan hidangan khao man kai sebagai menu utama. Sememangnya kedai khusus untuk menikmati khao man kai. Daging ayam yang direbus dengan cermat dengan suhu yang bersesuaian menghasilkan daging yang lembap dan lembut. Dipadankan dengan sos asli yang dihasilkan melalui campuran miso (pes kacang yang diperap) Thailand, cuka dan kicap cuka hitam. Gabungan bawang putih, halia dan lada merah memberikan rasa pedas yang sedap serta menambah selera makan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menambah sendiri daun ketumbar mengikut kesesuaian masing-masing.

  • Gaitohn Tokyo
    ガイトーン Tokyo
    • Address 3-15-2, Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0002

Tokyo Khao man kai yang boleh dipadankan mengikut kesesuaian

Tokyo Khao man kai yang boleh dipadankan mengikut kesesuaian

Restoran kedua ialah "Tokyo Khao man kai". Tujuan restoran ini dibuka adalah untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati khao man kai yang lazat walaupun berada di Tokyo.
Pemilik kedai adalah seorang yang sangat cerewet malah sanggup mempelajari sendiri teknik penyediaan khao man kai yang sebenar di sebuah gerai di Bangkok, Thailand. Daging ayam disediakan dengan cara merebus keseluruhan seekor ayam keluaran tempatan untuk memastikan keenakannya diserap sempurna. Nasi pula disediakan dengan menggunakan beras Indica yang ditanam di Niigata dan dimasak bersama air rebusan ayam, minyak bawang putih, gula dan garam. Khao man kai di restoran ini menggunakan beras dan ayam keluaran tempatan dan selamat dimakan. Hidangan sampingan seperti telur goreng, halia, lada hijau dan sebagainya turut disediakan dan ini membolehkan pengunjung berpeluang menikmati khao man kai mengikut selera masing-masing. Terdapat tiga jenis pilihan sos iaitu sos merah pedas, sos hitam manis dan sos lemon (sos asli buatan restoran tersebut). Selain itu, sos kurang pedas juga ada disediakan untuk mereka yang tidak tahan dengan kepedasan atau golongan kanak-kanak. Sememangnya restoran yang sesuai dikunjungi oleh segenap lapisan masayarakat

  • Tokyo Kaomangai
    東京カオマンガイ
    • Address 3-7-8, Uchikanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0047

Restoran masakan Thailand yang diusahakan oleh keluarga Thailand

Restoran masakan Thailand yang diusahakan oleh keluarga Thailand

Restoran ketiga ialah "Shiya Tomyamkhung Pochana" yang berkonsepkan suasana santai seperti di rumah dan diusahakan oleh keluarga dari Thailand. Pengunjung berpeluang menikmati rasa khao man kai yang sebenar dengan penyediaan oleh tukang masak yang berasal dari Thailand. Pekerja di restoran ini juga semuanya berasal dari Thailand akan memberikan layanan yang mesra kepada para pengunjung. Dengan suasana dalam restoran yang dihiasi barang perhiasan dari Thailand dan dendangan lagu Thailand, pengunjung berpeluang menikmati perasaan seolah-olah berada di Thailand. Penyediaan khao man kai dengan menggunakan rempah dan bahan perasa dari Thailand memberikan rasa asli dalam masakan. Keenakan daging ayam yang lembut dapat dirasai dengan hanya satu suapan. Nasi yang dimasak dengan menggunakan beras Jasmin bersama air rebusan ayam pula menghasilkan tekstur yang cantik dan rasa yang manis setiap kali dikunyah. Disediakan bersama sos manis pedas asli, pasti akan membuatkan pengunjung makan sehingga menjilat jari.

  • Tairesutoran Shiyah・Tomuyamukun・Pohcyanah
    タイレストラン シヤー・トムヤムクン・ポーチャナー
    • Address 3F DB Ueno, 6-16-7, Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini