HOME Shinjuku 5 tempat pilihan untuk menikmati pemandangan malam
HOME Roppongi 5 tempat pilihan untuk menikmati pemandangan malam
HOME Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) 5 tempat pilihan untuk menikmati pemandangan malam
5 tempat pilihan untuk menikmati pemandangan malam

5 tempat pilihan untuk menikmati pemandangan malam

Update: 30 September 2016

Tokyo terdapat pelbagai wajah yang berbeza di antara waktu siang dan malam. Pemandangan malamnya juga adalah satu kemestian untuk dinikmati. Kami akan memperkenalkan 5 tempat pilihan untuk menikmati pemandangan malam Tokyo, dari menara yang terkenal sehinggalah ke bilik pemerhatian yang masih lagi belum dikenali orang ramai.

Bilik pemerhatian di bangunan Tokyo Metropolitan Government

Bilik pemerhatian di bangunan Tokyo Metropolitan Government

Bangunan Tokyo Metropolitan Government ini terletak di Shinjuku. Dari bilik pemerhatian yang terletak di tingkat paling atas bangunan ini, Anda boleh menikmati pemandangan bandar neon tokyo, bandar yang tidak pernah tidur. Masuk adalah percuma dan akses ke sini juga adalah amat senang. Marilah menikmati permandangan dari cahaya keemasan di waktu senja hingga sinaran neon malam di sini.
Sumber gambar: Tokyo

Dek pemerhatian di Roppongi Hills

Dek pemerhatian di Roppongi Hills

Terletak di Roppongi, "Roppongi Hills" juga terkenal sebagai tempat menikmati pemandangan malam. Keindahan malam "Tokyo City View" yang boleh dirasai dari tingkat 52 bangunan ini adalah keunikannya. Para pengunjung juga boleh bersantai sambil menikmati hidangan di kafe dan restoran yang terdapat di sini. Anda juga boleh melihat bintang-bintang dari "Sky Deck" yang terdapat di atas bumbung yang berketinggian 270m dari aras laut.

World Trade Centre Building

World Trade Centre Building

Terdapat dek pemerhatian "Seaside Top" di tingkat 40 dalam bangunan World Trade Centre. Tempat yang agak terasing ini membolehkan anda menikmati keindahan lampu neon dari Tokyo Tower yang terletak di sebelahnya. Anda juga boleh menikmati cahaya lampu yang datang dari bangunan-bangunan pencakar langit, shinkansen (kereta api laju) dan monorel serta bot pelancong di Tokyo Bay yang beroperasi pada waktu malam.

Odaiba Marine Park

Odaiba Marine Park

Odaiba Marine Park merupakan tempat yang terkenal bagi penduduk Tokyo sebagai tempat bersantai. Ia juga terkenal sebagai tempat keluar bersama kekasih kerana suasana romantik dari pemandangan rainbow bridge (jambatan pelangi) dan limpahan cahaya lampu dari bangunan-bangunan pencakar langit. Semasa musim panas, persembahan bunga api dari kawasan berhampiran boleh dilihat dari sini selain daripada bot perlancongan yang beroperasi pada musim panas.

TOKYO SKYTREE(R)

TOKYO SKYTREE(R)

Anda boleh melihat pemandangan luar biasa di dek pemerhatian yang berketinggian 350m dari aras tanah dan laluan pemerhatian yang berketinggian 450m dari atas tanah. Oleh kerana tempat ini terkenal, Ia amat sesak dengan orang ramai terutamanya pada hari minggu. Di sini juga terdapat "Fast Skytree Ticket" yang mempunyai masa menunggu yang lebih singkat khas untuk pelancong luar negara. Oleh itu, amatlah digalakkan untuk anda menggunakan kemudahan ini.
(C)TOKYO-SKYTREE

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini