HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Dapatkannya di Tokyu Hands! 10 Produk Kecantikan Yang Terkemuka Dan Disyorkan Oleh Pakar Kecantikan
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shibuya Dapatkannya di Tokyu Hands! 10 Produk Kecantikan Yang Terkemuka Dan Disyorkan Oleh Pakar Kecantikan
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Dapatkannya di Tokyu Hands! 10 Produk Kecantikan Yang Terkemuka Dan Disyorkan Oleh Pakar Kecantikan
Dapatkannya di Tokyu Hands! 10 Produk Kecantikan Yang Terkemuka Dan Disyorkan Oleh Pakar Kecantikan

Dapatkannya di Tokyu Hands! 10 Produk Kecantikan Yang Terkemuka Dan Disyorkan Oleh Pakar Kecantikan

Date published: 21 Oktober 2016
Last updated: 27 Jun 2018

Tokyu Hands sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis produk terutamanya barangan kegunaan harian. Barangan kesihatan dan kecantikan juga sudah semestinya merupakan sebahagian daripadanya, dan setiap ciri produk yang dijual khususnya produk kecantikan akan dibantu oleh pekerja yang mahir dalam bidang kecantikan bagi memudahkan anda membuat pilihan. Pelbagai pilihan hebat dari cenderamata unik kepada produk penjagaan kulit, kakitangan di sini sedia membantu anda!

▲Tingkat 3 Tokyu Hands Shinjuku. Kaunselor Kecantikan: Yano Mizue

Seperti Pakar Penjagaan Kulit

Seperti Pakar Penjagaan Kulit

Produk yang amat popular dihasilkan semula melalui kaedah penjagaan kulit oleh pakar kecantikan – urutan roller ini disesuaikan untuk garisan wajah yang halus, terbaik untuk menyejukkan dan menegangkan kulit yang sembap dan kusam.
■ ReFa CARAT 25,704 yen

Topeng Muka Yang Comel Dengan Karakter Popular

Topeng Muka Yang Comel Dengan Karakter Popular

Topeng muka yang direka khas dengan watak-watak anime dan kartun ini sangat menyeronokkan untuk dicuba dan ianya juga sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati atau hadiah yang unik.
■ Topeng Muka Narikiri: Hello Kitty Lavender berharga 864 yen, Topeng Muka Doraemon & Luffy berharga 430 yen, Topeng Muka The Rose Oscar & Rosalie Versailles berharga 410 yen.

Mencantikkan Kaki Ketika Tidur!

Mencantikkan Kaki Ketika Tidur!

Anda risau kaki bengkak? Ini penawar yang berguna yang akan memastikan kaki anda sentiasa cantik dengan hanya memakai stokin khas ini ketika tidur. Ianya selesa memeluk pergelangan kaki dan betis anda di tiga titik tekanan. Ia juga mempunyai kesan sampingan positif iaitu membantu pengaliran darah dengan baik!
■ Kutsushita Sapori, 2592 yen

Menghilangkan Ketegangan Pada Leher, Bahu, Kaki, dan Pinggul Anda!

Menghilangkan Ketegangan Pada Leher, Bahu, Kaki, dan Pinggul Anda!

Belai diri anda dengan produk seakan bola tenis ini untuk menghilangkan ketegangan pada leher, bahu, pinggang, dan kaki anda, pastinya sempurna dan sesuai untuk bentuk badan anda!
■ La.VIE, Yawako berharga 972 yen

Sedikit Kehangatan Untuk Mata Yang Keletihan

Sedikit Kehangatan Untuk Mata Yang Keletihan

Apa kata membelai mata anda yang keletihan dengan kehangatan penutup bata elektrik ini. Ia didatangi dengan USB AC-Adapter, ia juga boleh digunakan dengan kabel untuk mengecas sama ada di rumah atau di pejabat.
■ Lourdes, Meme Hotto Cha-ji berharga 5292 yen

Untuk Kulit Yang Halus Dan Lembut

Untuk Kulit Yang Halus Dan Lembut

Dibuat oleh pengeluar jenama kosmetik terkenal Jepun, losyen ini bukan sahaja mempunyai kualiti yang sangat tinggi tetapi juga bebas dari bahan tambahan, menjadikan kulit anda sihat dan sangat lembut.
■ HABA, G-Losyen berharga 1944 yen / 180ml dan 2700 yen / squalene

Produk Penjagaan Kulit Semulajadi Jepun Kuno

Produk Penjagaan Kulit Semulajadi Jepun Kuno

Minyak khas ini adalah produk semulajadi yang boleh digunakan untuk penjagaan rambut dan kulit yang dihasilkan sejak turun temurun di Jepun. Antaranya ialah Oshima tulen minyak Mihara Camellia, minyak penjagaan rambut diperbuat menggunakan formula tradisional dan bahan-bahan yang terbaik. Cuba dan rasai sendiri perbezaannya!
■ Minyak Mihara Camellia, losyen berharga 2160 yen / 150ml

Mari Tangani Semua Bintik Hitam!

Mari Tangani Semua Bintik Hitam!

Ini adalah produk yang pastinya akan menyelesaikan dilema bintik-bintik hitam pada hidung anda! Produk ini juga akan melembabkan kulit anda terutamanya dalam persekitaran yang kering.
■ Ishizawa Laboratories, pencuci muka berharga 1080 yen / 100g; topeng beras berharga 702 yen

Losyen Badan Dengan Wangian Limau Bali

Losyen Badan Dengan Wangian Limau Bali

Matsuyama ialah syarikat membuat sabun yang terkenal dengan kaedah didih secara tradisional untuk penghasilan produk mereka. Sabun dan losyen buatan mereka terkenal dengan kesan lembut pada kulit dan boleh digunakan oleh kanak-kanak serta orang dewasa tanpa kesan merbahaya pada kulit. Losyen Yuzu(limau bali) adalah amat disyorkan.
■ Losyen Badan Yuzu dari Matsuyama berharga 1512 yen / 300ml

Pita Ajaib Membentuk Mata Yang Cantik

Pita Ajaib Membentuk Mata Yang Cantik

Kecantikan bentuk mata merupakan salah satu kemahkotaan wanita – cubalah pita membentuk kecantikan mata yang mudah dan menarik. Produk ini membantu membentuk mata anda kelihatan lebih besar dan cantik.
■ D.U.P. Wonder pita kelopak mata tambahan-N berharga 1080 yen


Waktu operasi : 10:00 a.m. - 09:00 p.m.
Cuti: Tiada jadual tetap
※ Ditutup awal mengikut tarikh tertentu sepanjang tahun.

  • Tokyu Hands Shibuya
    • Address Times Square building 2 - 8F, 5-24-2, Sendagaya, Shibuya-ku, Tokyo, 151-0051
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)
  • Tokyu Hands - Shibuya
    • Address 12-18, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042
      View Map
    • Nearest Station Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
      7 minutes on foot
    • Phone Number 03-5489-5111
  • Tokyu Hands Ikebukuro
    • Address 1-28-10, Higashiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-0013
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari