Tokyo merupakan sebuah metropolitan yang dipenuhi dengan kepelbagaian dari seluruk pelusuk dunia yang bukan sahaja terkenal dengan bangunan pencakar langit moden, tetapi juga kaya dengan bangunan bersejarah dan keindahan semulajadinya. Di sini, akan diperkenalkan restoran terkenal yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan malam yang indah dan taman Jepun dari tingkap tingkat atas sambil menjamu hidangan istimewa.
Santapan Hidangan Mewah Teppanyaki Sambil Menikmati Pemandangan Malam Yang Indah
Kobe Misono merupakan restoran yang dikenali sebagai perintis kepada hidangan stik teppanyaki. Di cawangan restoran ini di Shinjuku, pengunjung berpeluang untuk menikmati bahan masakan berkualiti tinggi seperti daging wagyu Kuroge gred A4 dan A5, dan juga abalone. Pengunjung pasti akan terpegun melihat proses masakan teppanyaki di depan mata mereka sendiri yang semestinya menarik perhatian pengunjung sehingga masakan teppayaki telah siap untuk dijamah. Chef akan menyediakan masakan berdasarkan kelajuan makan pengunjung, dan ketelitian yang diberikan dalam aspek ini pastinya akan membuatkan pengunjung berasa gembira. Restoran ini terletak di tingkat 51 bangunan Sumitomo Building, yang merupakan antara bangunan tertinggi di kawasan ini. Pemandangan malam yang indah, termasuk Bangunan Metropolitan Tokyo dan Tokyo Tower dapat dilihat dari cermin yang terbentang luas dalam bilik persendirian dan juga tempat duduk kaunter. Hidangan daging Kobe ditawarkan dari harga 20,520 yen dan daging wagyu Kuroge berkualiti tinggi boleh dinikmati dari harga 11,880 yen.
Nikmati Hindangan Mewah Jepun Sambil Melihat Pemandangan Tokyo Tower
Restoran hidangan mewah Jepun ini merupakan sebuah restoran yang membolehkan pengunjung menjamah selera sambil bersantai
Taman Jepun Yang Luas Dan Hidangan Kaiseki Yang Elegan
Restoran Kioi Nadaman terletak di tingkat satu lobi Garden Tower Hotel New Otani. Keindahan taman Jepun yang terbentang luas boleh dinikmati dari restoran ini. Di Tokyo, tidak banyak tempat seperti restoran ini yang mana pengunjung dapat menjamah selera sambil dikelilingi dengan kekayaan alam semulajadi dan pemandangan yang indah. Pengunjung dicadangkan untuk mencuba pelbagai hidangan “washoku” (hidangan gaya Jepun) yang terkenal seperti hidangan kaiseki (hidangan mewah Jepun) yang disediakan dengan ketelitian tertinggi dan dihiasi dengan cantik, yang boleh dinikmati dari harga 15,444 yen, manakala hidangan tenpura yang disediakan oleh chef yang mahir ditawarkan dari harga 7,128 yen. Bagi pengunjung yang melawat restoran ini secara berkumpulan, terdapat bilik persendirian yang boleh memuatkan seramai 24 orang. (untuk tempahan bilik persendirian, caj bilik tambahan akan dikenakan, dan menu yang ditawarkan adalah terhad).
Nikmati Keindahan Tokyo Station Dari Restoran Perancis Terkenal
Restoran Nouvelle Ere merupakan sebuah restoran Perancis mewah yang terletak di tingkat 5 bangunan Shin-Marunochi dan berada berdekatan dengan Tokyo Station. Chef Suzuki telah mempelajari teknik masakan Perancis selama 9 tahun. Penyediaan masakan Perancis yang sempurna memerlukan teknik yang teliti dan masa yang tepat untuk memastikan rasa asli bahan-bahan yang digunakan dikeluarkan dengan sepenuhnya. Hidangan di restoran ini ditawarkan dari harga 11,000 yen. Pemandangan indah Tokyo Station, yang telah diubahsuai untuk menyerupai keadaan semasa bangunan ini dibina boleh dinikmati dari cermin restoran ini. Selepas matahari terbenam, bangunan merah Tokyo Station yang diterangi dengan cahaya memberikan pemandangan yang amat mengagumkan.
Written by:山下 貴將
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Oto-Oto Ikebukuro
Japanese cuisine
Ikebukuro
-
MATOIGINZA
Japanese cuisine
Ginza
-
Dynamic Kitchen & Bar Hibiki
Japanese cuisine
Shinjuku
-
NIIGATASADONOSYUNTOJIZAKENODOGURONOAKUBIOKACHIMACHI
Japanese cuisine
Ueno
-
Menu
Ganso Kamameshi Haru
Japanese cuisine
Asakusa
-
NIHONRYOURIJAPANIHZUKYUIJIHNUSAKURAGAOKA
Japanese cuisine
Shibuya
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Nikmati Hidangan Jepun Yang Asli Di Restoran Yang Terkenal
-
Seni masakan mewah di Tokyo
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Seakan-akan Dunia Yang Berbeza. Restoran Terkenal Dengan Bilik Ala-Jepun & Taman Jepun Yang Indah