HOME Kek
Kek

Kek

Last updated: 6 September 2017

Bagi masyarakat Jepun, pencuci mulut pada kelazimannya merujuk kepada kek. Terdapat pelbagai jenis kek, daripada jenis untuk perayaan, kek mewah untuk buah tangan sehinggalah kek yang mudah dibeli di kafe dan juga kedai serbaneka. Selain daripada acara khas yang sudah menjadi satu kemestian, masyarakat Jepun dikatakan kerap menikmati kek pada hari-hari biasa juga.

Jenis kek

Jenis kek

Terdapat terlalu banyak jenis kek yang boleh dirasai di Jepun. Salah satu daripadanya adalah “Shortcake” yang mana dilapiskan dan diletakkan diatas kek span dengan buah strawberi dan juga krim. Selain itu, kek yang biasa terdapat di Jepun adalah seperti “Mont blanc” di mana perisa krimnya adalah dari buah berangan yang dicampurkan dengan krim segar dan gula, dan diputarkan dan dihiaskan seperti bentuk benang di atas adunan kek span atau apa sahaja jenis kek, dan juga pelbagai jenis cara masakan “cheese cake” (kek keju) dari tanpa bakar dan juga bakar.

Tempat yang boleh menikmati kek

Tempat yang boleh menikmati kek

Di Jepun anda boleh menikmati kek dengan mudah di mana-mana sahaja. Terdapat banyak kedai-kedai seperti restoran dan kafe yang menyediakan kek sebagai menu pencuci mulut, selain terdapat juga “kedai khusus kek” yang terdapat di bandar-bandar. “Take away” (bungkus) juga adalah perkara biasa. Di pasar raya bahagian jualan makanan terkumpul banyak kedai khusus kek dari chef pastri yang terkenal. Tambahan pula, di kedai serbaneka juga terdapat kek yang diletakkan, dan menjadi barangan yang hit serta boleh merasai kek yang berkualiti tinggi.

Gaya kek Jepun

Gaya kek Jepun

Disebabkan ramai masyarakat Jepun yang menggemari kek, maka terdapat pelbagai jenis kek yang menjadi popular. Sebagai contoh, pencuci mulut Itali iaitu “tiramisu”, dan juga “crepe” (nama sejenis kek lapis) yang dilapis beberapa helai dan diletakkan krim antara lapisannya yang dipanggil “mille crepe” (sejenis kek lapis dalam bahasa perancis), yang mana telah menjadi hit pada tahun 90-an. Dari tahun 2010 “Pan cake” yang topingnya adalah daripada krim dan buah-buahan menjadi semakin popular dan banyak kedai khusus yang dibuka berpusat di bandar Tokyo seperti Shinjuku dan Omotesando, dan Aoyama.

Kek untuk majlis

Kek untuk majlis

Kek adalah perkara yang sangat penting dalam sesuatu majlis. Di majlis perkahwinan, upacara memotong kek diadakan sebagai tanda kerjasama yang pertama kali bagi pasangan suami dan isteri. Tidak dilupakan juga kek untuk majlis hari jadi. Bagi masyarakat Jepun, suasana di mana lilin diletakkan dan dinyalakan api mengikut bilangan usia dan kemudiannya ditiup oleh tuannya mempunyai nilai sentimental yang dalam. Manakala pada perayaan Krismas, kek yang sering dimakan adalah kek yang dihiasi dengan fondan gula-gula berbentuk santa, pokok “momi” (pokok fir) dan sebagainya.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari