HOME Kedai 100 yen
Kedai 100 yen

Kedai 100 yen

Last updated: 28 April 2017

Kedai 100 Yen ("100 Yen Shop") merujuk kepada kedai yang menjual semua barangannya dengan harga 100 yen (tidak termasuk cukai). Sudah semestinya kita ingin mencari barangan yang mampu dibeli dengan murah untuk kepuasan sendiri.

Sejarah kedai 100 yen menjadi kedai barangan yang popular

Sejarah kedai 100 yen menjadi kedai barangan yang popular

Kedai 100 yen mula dibuka di Jepun pada tahun 1985 di Wilayah Aichi. Kini cawangannya terdapat di seluruh negara,dah digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Kebanyakan orang berpendapatan bahawa “Mari kita cuba gunakan barangan 100 yen untuk barangan harian” dan menjadi sebagai satu kewajipan kepada orang Jepun dalam kehidupan harian. Ini adalah sangat mudah kerana kedai 100 yen juga terdapat berdekatan stesen kereta api utama seperti di Shibuya, Shinjuku, Harajuku dan sebagainya.

Disyorkan kepada mereka yang ingin berjimat

Disyorkan kepada mereka yang ingin berjimat

Barangan yang dijual di kedai 100 Yen adalah sangat meluas bermula daripada barangan dapur sehinggalah kepada barangan makanan asas. Jika terdapat barangan yang diperlukan semasa perjalanan, anda disyorkan untuk mencarinya di kedai 100 Yen terlebih dahulu.

Barangan kedai 100 yen

Barangan kedai 100 yen

Anda akan berasa gembira apabila terdapat barangan yang sangat berguna untuk melancong seperti seluar dalam yang tidak perlu dibasuh. Di samping itu, oleh kerana barangan kosmetik mempunyai saiz botol kosong yang besar, maka terdapat juga cecair kosmetik yang padat dan senang dibawa dan menjadi sangat popular di kalangan wanita.

Sejuknya Jepun! Barangan yang harus dibeli jika anda berasa sedemikian

Sejuknya Jepun! Barangan yang harus dibeli jika anda berasa sedemikian

Disebabkan di kedai 100 yenterdapat barangan popular bila tiba musim sejuk, seperti topi, sarung tangan, selendang dan pelbagai barangan kecil lain, maka saya sarankan anda pergilah mencarinya di sana. Barangan sedemikian boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah dari pasar raya yang merupakan satu kelebihan. Adalah penting untuk anda bergembira semasa melancong di Jepun tanpa dijangkiti demam selsema.

Roti dan juga minuman

Roti dan juga minuman

Sekiranya anda kelaparan, kedai 100 yenboleh membantu anda. Manisan, roti, dan minuman juga dijual di sini. Jika di mesin layan diri automatik, minuman berharga 120 yen sehingga 160 yen, tetapi di kedai 100 yen ianya boleh dibeli dengan harga 100 yen. Ianya adalah sangat mudah dibawa bagi anda yang dahaga ketika sedang melancong.

Barangan perhiasan gaya Jepun

Barangan perhiasan gaya Jepun

Di antara barangan yang pelbagai tersebut, terdapat juga barangan ala-ala kejepunan yang sangat digemari dikalangan pelancong asing. Terdapat juga pelbagai barangan kecil rumah lama dan juga gaya kejepunan yang boleh membuat kita gembira dan turut menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai cenderahati. Hadiahkanlah kepada teman anda yang sukakan Jepun.

Ketika anda tidak menjumpai barangan yang dicari

Ketika anda tidak menjumpai barangan yang dicari

Anda mungkin akan terkejut melihat banyak barangan di kedai 100 yen. Adalah lebih baik untuk anda bertanya kepada pekerja kedai tersebut jika tidak menjumpai barangan yang dicari. Jika tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, cubalah anda sampaikan dengan menunjukkan gambar menggunakan telefon atau ilustrasi.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari