Contoh klasik bagi nama makanan Jepun - sushi. Di Jepun sekarang ini, terdapat restoran sushi bergerak yang disediakan dengan cepat dan berpatutan harganya. Konsep restoran sushi bergerak ini juga disukai oleh orang Jepun, di mana laluan sushi bergerak dan sushi selain daripada jenis makanan laut merupakan idea yang menarik.
Sejarah restoran sushi bergerak.
Pada tahun 1958, restoran sushi bergerak pertama di Jepun dibuka. "Mawaru Genroku sushi" di Higashiosaka, Osaka ialah restoran pertama yang ditubuhkan. Pengasas syarikat industri Genroku, Shiraishi Yoshiaki mendapat idea daripada tali pengantar (conveyor belt) yang digunakan di bangunan kilang dan bermulanya penciptaan "kaunter yang mempunyai pengantar". Genroku Sushi juga dibuka di Ekspo Dunia Jepun dan namanya mula berkembang. Selepas tahun 1970, ia menjadi terkenal dengan lebih daripada 200 buah kedai dibuka. Sehingga ke hari ini, ia telah berkembang secara meluas dan disukai orang ramai.
Lapisan atas (Topping) sushi yang unik.
Apabila konsep restoran sushi bergerak dapat diterima umum, terdapat juga kedai yang melahirkan idea baru untuk lapisan atas sushi. Sushi bukan makanan laut atau sushi dengan ciri-ciri masakan Barat mula wujud. Contohnya, sushi dengan mayonis tuna dan mayonis jagung, daging burger dan sebagainya. Silalah mencubanya.
Penghantaran terus sushi menggunakan 3 peringkat laluan yang berkelajuan tinggi.
Ada juga kedai sushi bergerak yang menggunakan panel sentuh untuk memesan makanan. Di setiap meja anda boleh memesan sushi dan sushi akan dihantar kepada anda dengan menggunakan 3 peringkat laluan berkelajuan tinggi. Menggunakan 3 peringkat laluan berkelajuan tinggi ini, kecekapan dapat dipertingkatkan dan sushi dapat dihantar dengan laju. Pengguna restoran akan rasa seronok dengan cara penghantaran sushi yang menggunakan lajuan berkelajuan tinggi ini. Menu sepinggan sushi biasanya berharga 100 yen dan anda mempunyai pilihan lebih daripada 80 jenis! Kualiti lapisan atas atau topping sushinya adalah tinggi berbanding dengan harganya, dan menawarkan banyak pilihan seperti topping dengan lada panggang dan perasa pedas. Restoran sebegini selalu sesak dengan pelanggan termasuk pelancong dari luar negara.
-
Uobei魚べい 渋谷道玄坂店
- Address 1F, Dai6sentoraru Bld., 2-29-11, Dogenzaka, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0043, Japan
Gulungan ala barat dan lapisan atas (topping) yang unik dan berkualiti tinggi.
Kedai sushi bergerak biasanya menggunakan makanan laut segar daripada Hokkaido. Di bahagian dalam laluan bergerak dapat kelihatan pekerja yang sedang menyediakan sushi. Dibarisi dengan sushi yang berharga lebih kurang 150 yen-600 yen sepinggan. Anda disyorkan untuk mencuba sushi lapisan atas (topping) yang berperasa masakan barat seperti "California Roll" yang dipenuhi dengan pelbagai isi, gulungan jenis "roll salmon avokado", "roll udang avokado", lemon garam dan keju panggang.
-
Toritonトリトン 東京スカイツリータウン(R)ソラマチ店
- Address 1-1-2, Oshiage, Sumida-ku, Tokyo, 131-0045, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Sushi mewah untuk dinikmati di Tokyo
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik