Kawasan Shibuya dan Harajuku dikenali sebagai Bandar Muda-mudi. Walau bagaimanapun, terdapat terdapat banyak juga tempat untuk dinikmati oleh golongan dewasa seperti kawasan membeli-belah di Omotesando ataupun kelab-kelab di Shibuya! Marilah menikmati keindahan Shibuya dan Harajuku dengan bersiar-siar sekitar 10 kawasan ini!
Pusat budaya pemuda-pemudi Shibuya.
"Center Gai" merupakan nama lorong yang terletak di seberang jalan melepasi persimpangan Scramble dari Stesen Shibuya. Kawasan ini merupakan bandar meriah yang menjadi pusat tumpuan muda-mudi termasuk pelajar menengah atas. Ramai pengunjung yang datang untuk membeli-belah di kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai ini seperti kedai makan, farmasi, kedai kasut, kedai piring hitam dan sebagainya. Ianya merupakan kawasan di Shibuya yang dikunjungi oleh ramai pelancong asing.
-
-
Address
New Shibuya corporate house 311 (the Shibuya center mall promotion association secretariat), 12-3, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042
View Map -
Nearest Station
Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3461-3314
-
Address
New Shibuya corporate house 311 (the Shibuya center mall promotion association secretariat), 12-3, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042
Menyelami budaya pemudi di 109.
"SHIBUYA 109" merupakan lokasi membeli-belah yang melambangkan Shibuya dan dipenuhi oleh kedai-kedai yang menjual barangan fesyen wanita dengan harga yang berpatutan. Juga dikenali sebagai "Marukyu", di sinilah lahirnya fesyen yang dipanggil "109-kei".
Pilihan bercitarasa tinggi di pusat membeli-belah.
"Jinnai Area" merupakan kawasan yang menempatkan kedai-kedai terpilih dan bercitarasa tinggi, sesuai untuk golongan dewasa namun kurang diminati oleh golongan muda. Terdapat banyak pilihan kedai di sini, dari fesyen asas hingga ke fesyen jalanan. Ambil masa anda untuk membeli-belah di sini.
-
Jinnan Area神南エリア
- Address Address Jinnan, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0041, Japan
Berehat sebentar di Starbucks yang terletak di hadapan Stesen Shibuya
Kedai Starbucks yang terletak di dalam bangunan "SHIBUYA TSUTAYA" berhadapan Stesen Shibuya ini merupakan tempat temu janji yang popular di sini. Terletak di aras tanah dan tingkat 1 di sudut bangunan, pengunjung dapat melihat persimpangan Scramble dari tingkap tempat duduk di tingkat 1. Apa kata anda merasai sendiri pengalaman memerhatikan arus manusia di persimpangan Scramble sambil menikmati kopi dari tempat duduk khas di tepi tingkap.
-
Starbucks Coffeeスターバックス コーヒー SHIBUYA TSUTAYA店
- Address 1〜2F, QFRONT, 21-6, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042, Japan
Jom makan crepe di "Takeshita-dori" (Takeshita Street).
Takeshita-dori adalah pusat membeli-belah yang popular di kalangan muda-mudi. Di sini, anda dapat membeli pelbagai jenis barangan dan fesyen dengan harga yang berpatutan. Makanan sambil berjalan yang popular di Takeshita-dori ialah crape. Kedai yang sudah lama bertapak, "Marion Crepe", ada menyediakan pelbagai jenis crape, dari jenis pencuci mulut hingga ke jenis snek.
-
Marion Crepesマリオンクレープ 原宿竹下通り店
- Address 1-6-15 Zyunesu Bld.1F, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
Mencuba produk Apple yang terbaru
Bangunan kaca yang terletak berhampiran dengan Stesen Omotesando ini merupakan "Apple Store cawangan Omotesando". Walaupun terletak di Omotesando yang menempatkan kedai-kedai barangan berjenama, bangunan ini mudah dikenalpasti disebabkan rupa luar bangunan yang indah dan menonjol. Pengunjung bukan sahaja dapat mencuba produk terbaru telefon bimbit dan komputer, malah berpeluang mencuba produk-produk lain keluaran Syarikat Apple. Anda boleh membeli-belah dengan yakin di sini kerana setiap persoalan berkaitan produk yang ingin dibeli akan dijawab oleh staf yang ramai dan mesra pelanggan.
-
Apple Storeアップルストア表参道
- Address 4-2-13, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
Menonton wayang di UPLINK
UPLINK ialah wayang mini yang menayangkan filem-filem terpilih mengikut perspektifnya sendiri. Hanya filem yang melepasi kriteria tertentu sahaja akan ditayangkan, tidak kira filem tempatan mahupun luar negara. Selain tayangan filem, pelbagai acara lain turut diadakan di sini setiap hari seperti persembahan muzik, teater, tarian, "talk show" dan "rakugo" (seni bercerita). Di UPLINK MARKET yang terletak di tingkat 1 ada menjual pelbagai cenderamata dan buku yang berkaitan dengan filem. Di aras tanah pula terdapat restoran kafe di mana anda boleh bersantai selepas menonton filem sambil menikmati hidangan makanan serta minuman teh.
-
Uplinkアップリンク
- Address Totsune Bld.1F/2F, 37-18, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042, Japan
Bersiar-siar di Maruyama-cho
Maruyama-cho yang terletak di satu sudut di atas Dogenzaka menempatkan kelab-kelab dan "live house" yang sesuai untuk golongan muda. Waktu malam di sini dipenuhi oleh muda-mudi yang berkumpul untuk mencari hiburan. Selain itu, terdapat juga bar-bar kecil untuk dikunjungi, kawasan ini merupakan tempat yang menarik untuk bersiar-siar pada waktu malam.
-
-
Address
Maruyamacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0044
View Map -
Nearest Station
Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
-
Address
Maruyamacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0044
Tempat temu janji yang terkenal, "Patung Moyai"
Tempat temu janji yang terkenal di Shibuya ialah "Hachikomae". Bertentangan dengannya, iaitu di sebelah Pintu Barat Stesen Shibuya, terdapat Patung Moyai yang juga merupakan tempat temu janji yang popular. Kawasan ini mula dikenali kerana orang ramai mula membuat temu janji di Patung Moyai yang kurang sesak berbanding Hachikomae dan ini dapat memudahkan meraka untuk berjumpa.
Menghayati karya seni lukis Taro Okamoto
Di tengah-tengah laluan hubungan Stesen Shibuya, terdapat satu lukisan dinding "Mitos Masa Depan" hasil nukilan artis terkenal Jepun, Taro Okamoto. Lukisan yang bermotifkan tragedi bom atom di atas dinding sepanjangnya 30 meter ini pasti memberikan impak yang sangat besar kepada sesiapa yang melihatnya. Sila luangkan masa untuk melihat lukisan ini kerana tiada sebarang bayaran dikenakan.
-
Appealing
-
Address
The catwalk between JR, Keio, 1, Dogenzaka, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0031
View Map -
Nearest Station
Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
1 minute on foot
-
Address
The catwalk between JR, Keio, 1, Dogenzaka, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0031
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Ryokan (rumah inap)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mencuba pakaian
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Jom terokai Shinjuku buat pertama kalinya!
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
10 cara untuk menjadi arif tentang Roppongi
-
Shibuya, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Keretapi Shibuya