Terdapat banyak hotel di bandar yang boleh menikmati pemandangan cantik merangkumi kawasan pelancongan terkenal seperti Tokyo Tower dan TOKYO SKYTREE(R). Memperkenalkan 5 buah hotel yang mempunyai pemandangan yang mengagumkan.
Menikmati pemandangan indah Teluk Tokyo
"Hilton Tokyo Odaiba" terletak di waterfront (tepi laut) Odaiba. Dari lobi utama, ruangan rehat, restoran, spa dan kebanyakan bilik penginapan, para pengunjung boleh melihat Tokyo Tower, Rainbow Bridge dan TOKYO SKYTREE(R). Pengalaman yang sangat hebat apabila dapat menikmati keindahan pemandangan malam dari Teluk Tokyo sambil makan atau sambil berendam di dalam jet bath (sejenis spa)!
Menghayati Tokyo Tower dari pelbagai sudut
"The Prince Park Tower Tokyo" terletak di kawasan 3 minit berjalan kaki dari Tokyo Tower. Tokyo Tower boleh dilihat dari ruangan lobi, restoran serta beberapa bilik penginapan yang lain. "Skylounge Stellar Garden" yang terletak di tingkat teratas iaitu tingkat 33 merupakan tempat yang paling digemari ramai. Pemandangan malam bandar serta Tokyo Tower dapat dilihat sambil menikmati arak yang disediakan oleh pelayan bar yang telah memenangi anugerah Pertandingan Koktel di serata dunia.
Gabungan Sensoji dan TOKYO SKYTREE(R)
"Asakusa View Hotel" terletak berhampiran dengan Sensoji. Pemandangan TOKYO SKYTREE(R) dan Sensoji yang merupakan lambang kepada bandar tradisional di Tokyo boleh dilihat dari sebahagian bilik penginapan. Pasti ia satu pengalaman yang cukup mewah apabila menikmati pemandangan TOKYO SKYTREE(R) sambil bersarapan pagi di Sky Grill Buffet "Musashi" yang terletak di tingkat 26! Tokyo Tower dan Tokyo Metropolitan Government Building (Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo) juga dapat dilihat dari bilik penginapan yang menghadap pemandangan bandar, bahkan Gunung Fuji juga dapat dilihat sekiranya cuaca elok.
Bersesuaian sebagai titik permulaan pelancongan di Tokyo
"Richmond Hotel Premier Tokyo Oshiage" baru sahaja dibuka pada Disember 2015. Terletak berhadapan dengan TOKYO SKYTREE(R), para pengunjung boleh melihat TOKYO SKYTREE(R) sebaik sahaja keluar daripada hotel tersebut. Pasti ia satu pengalaman yang sangat menggembirakan kerana berdekatan dengan kedai makan dan pusat membeli-belah di mana para pelancong boleh melancong sepuas-puasnya dengan selesa.
-
Richmond Hotel Premier Tokyo Oshiageリッチモンドホテルプレミア東京押上
- Address 1-10-3, Oshiage, Sumida-ku, Tokyo, 131-0045, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Kad bank luar negara
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Ryokan (rumah inap)
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo