![5 kedai pilihan untuk merasai okonomiyaki ala Hiroshima di sekitar Tokyo.](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000057/img/basic/a0000057_main.jpg?20190311100109&q=80)
Terdapat dua jenis okonomiyaki, iaitu "okonomiyaki ala Kansai" dan "okonomiyaki ala Hiroshima." "Okonomiyaki ala Kansai" adalah okomiyaki yang dicampurkan kesemua bahan-bahan sebelum dimasak, manakala "okomiyaki ala Hiroshima" adalah okomiyaki yang diletakkan pelbagai bahan-bahan di atas bancuhan tepung yang telah diratakan secara membulat di atas kuali leper. Kali ini, saya akan memperkenalkan kedai yang menawarkan "okonomiyaki ala Hiroshima" di Tokyo.
1. Big Pig Kanda Carp
![1. Big Pig Kanda Carp](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000057/img/ms/a0000057_parts_57a975ba6785a.jpg?20190311100109&q=80)
Untuk mengekalkan rasa dan kesegaran yang sebenar, semua bahan-bahan diambil secara terus dari Hiroshima. Kedai ini amat terkenal di kalangan pasukan besbol Hiroshima, sehinggakan ia kelihatan seperti muzium apabila sagu hati dan gambar-gambar berharga pemain ini dipamerkan di dalam kedai. Apabila terdapat perlawanan, para peminat akan berkumpul di kedai ini. Kedai yang terletak di Kanda selama 20 tahun ini juga boleh memuatkan sehingga 120 kerusi. Sudah pasti okonomiyaki ala Hiroshima harus dicuba, di samping teppanyaki yang menggunakan sayuran-sayuran dari Hiroshima juga perlu dicuba.
-
Biggupiggu KandakahpuhontenBig Pig神田カープ本店
- Address Chiyoda-ku, Tokyo Uchikanda 3-4-6 Fuji Elevator Building B1,101-0047
2. Lemonya
![2. Lemonya](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000057/img/ms/a0000057_parts_57a975c325a58.jpg?20190311100109&q=80)
Menu yang paling popular di kedai ini adalah okonomiyaki ala Hiroshima yang dimasak satu demi satu dengan penuh tertib oleh pemilik kedai ini sendiri. Disini juga terdapat masakan teppanyaki. Hiroshima juga amat terkenal dengan tiramnya. Teppanyaki tiram tidak putus pesanan. Pelbagai jenis minuman keras daripada Hiroshima yang susah didapati di Tokyo juga terdapat disini. Silalah menikmati ia juga.
-
Remon'ya檸檬屋
- Address Tokyo , Minato-ku, Shimbashi 3-2-2,105-0004
3. Pukuichi
![3. Pukuichi](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000057/img/ms/a0000057_parts_57a975c96ffe2.jpg?20190311100109&q=80)
Rasa ikan yang segar tanpa bau yang kuat, daging cincang yang diletakkan dibawah soba, silakan menikmati soba yang rangup bersama-sama fuchuyaki (sejenis okonomiyaki). Disyorkan untuk menabur bawang rangup diatasnya. Sila hadir ke kedai ini untutk memeriksa tahap kepedasan anda dengan sos yang ditawarkan. Semua makanan dimasak oleh tukang masak yang berasal dari Hiroshima, maka sudah pastilah rasanya juga akan dipersetujui oleh orang Hiroshima sendiri.
-
Teppan Hiroshima Fucyuuyaki Pukuichi鉄板・広島府中焼き 福一 -ぷくいち-
- Address Setagaya-ku, Tokyo Sangenjaya 2-11-14 Tsuchiya Building 1F,154-0024
4. Monja Okonomiyaki Hachijuu
![4. Monja Okonomiyaki Hachijuu](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000057/img/ms/a0000057_parts_57a975d9f2801.jpg?20190311100109&q=80)
Merupakan tahun ke-13 penubuhannya di Nakameguro, anda boleh menikmati kesemua suasana di Hiroshima, Kansai dan Tsukishima secara serentak di kedai ini. Ia juga menyeronokkan apabila pergi beberapa orang dan mencubanya secara berkumpulan. Onomichiyaki (salah satu jenis okonomiyaki) menjadi kebanggaan kerana mengekalkan rasa dari tempat masakan asalnya iaitu dari kedai yang popular iaitu "Noguchi." Terdapat pelbagai menu sampingan juga yang pasti menarik perhatian anda. Anda juga pasti mahu melihat salah satu menu iaitu "Keju Chamembert Double Monja (sejenis makanan Jepun yang diperbuat daripada bancuhan tepung) " yang amat terkenal di kalangan pelanggan wanita
-
Monjaokonomiyaki Hachijuuもんじゃ お好み焼き 八じゅう
- Address Meguro-ku, Tokyo Kamimeguro 2-16-14 Chateau Ne Okumura 1F,153-0051
5. Chinchikurin di Shinbashi
![5. Chinchikurin di Shinbashi](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000057/img/ms/a0000057_parts_57a975de29d6b.jpg?20190311100109&q=80)
Daripada bahan-bahan sehinggalah kepada cara masakan, daripada tempat sehinggalah kepada layanan pelanggan, ia merupakan sebuah kedai makan Hiroshima yang sebenar. Ia menghasilkan rasa masakan yang tiada di tempat lain melalui percubaan dan kesilapan yang berulangkali. Makanan istimewa Hiroshima iaitu tiram juga boleh didapati dengan banyaknya. Di samping itu, untuk menikmati makanan-makanan istimewa Hiroshima, cubalah "Hidangan Hiroshima dengan hanya 5,000 JPY" (minuman adalah percuma dan boleh ditambah selama 2 jam). Anda akan menikmati keindahan Hiroshima melalui menu ini.
-
Chinchikurin Shimbashihontenちんちくりん 新橋本店
- Address Minato-ku, Tokyo Shinbashi 3-21-11 Shinhana building 3F,105-0004
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
TOUKYOUMONJAKURAYA
Okonomiyaki, Monja & Takoyaki
Ikebukuro
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Kappabashi Street
Old Towns (Shitamachi)
Asakusa
-
Menu
Tsurujiro
Okonomiyaki, Monja & Takoyaki
Asakusa
-
Naritasan Shinshoji Temple
Temples
Narita
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
10 Asakusa Hotels Featuring Views of Tokyo Skytree®
-
8 Scenic Hakone Lodgings with Breathtaking Views of Mount Fuji from Your Room
-
Make Your Tokyo Stay Comfortable! 10 Convenient Hotels with Airport Shuttle Service
-
10 Open-air bath Onsen Ryokans in Hakone for Ultimate Relaxation
-
10 Family-Friendly Hotels with Comfortable Family Rooms in Asakusa
-
Asakusa's Comfortable Long Stay Hotels: 10 Picks with Complete Kitchens
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Best Picks for Hotels Near Asakusa Station – Top 10 List
-
10 Best Hotels in Tokyo with Gyms for a Comfortable Workout Experience
-
Enjoy a Comfortable Stay!10 Concierge Service Hotels in Hakone
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Okonomiyaki, Monjyayaki dan Takoyaki
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?