HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinbashi Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ningyocho / Monzen-Nakacho / Kasai Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun
Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun

Ketahui 5 "wabisabi" (ketenangan dan kecantikan) taman di Jepun

Last updated: 22 Mei 2017

"Wabisabi" adalah perkataan yang menggambarkan pencarian keindahan dalam kesunyian dan pengaliran masa. Di sini saya akan kenalkan "wabisabi" taman di Jepun.

1 : Kyu Shiba Rikyu Garden

Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Kyu Shiba Rikyu Garden adalah taman yang dibina dari zaman edo pada tahun 340 lagi. "Seiko no tsutsumi" adalah imitasi dari West Lake di China, anda boleh melihat pengaruh luar negara yang terdapat di sini. Apabila dilihat dari atas, ia seolah-olah "hakoniwa"(taman mini) yang terletak di antara bangunan. Pemandangan pokok-pokok bunga berkembang semasa empat musim juga sangatlah cantik.

2 : Kyu-Iwasaki-tei Garden

Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Di Jepun beberapa bangunan berkonsepkan seni pembinaan barat dibina oleh Josiah Conder, seorang rakyat British. Kyu-Iwasaki-tei juga adalah bangunan yang dilakar oleh beliau. Taman yang terdapat dalam premis tersebut adalah gabungan budaya Jepun dan barat, taman yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

3 : Kiyosumi Garden

Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Diiktiraf sebagai salah satu taman yang paling indah di bandaraya Tokyo. Meletakkan setiap batu unik yang terdapat di Jepun merupakan idea Yataro Iwasaki semasa zaman Meiji. Mengikut jenis batu, ada yang menggambarkan air terjun dan air "karetaki"yang mengalir, bentuk pokok pine yang unik juga adalah patut dilihat.

4 : Hamarikyu Gardens

Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Hamarikyu Gardens dIketahui sebagai taman yang disukai oleh keluarga Tokugawa Shogun. Tasik Shio-iri yang terdapat dalam taman itu mempunyai punca airnya dari Tokyo Bay. Oleh itu, pemandangan tasik itu ketika air pasang dan surut adalah unik. Ia juga adalah tempat Shogun memburu dengan menggunakan helang.

5 : Koishikawa Kōrakuen Garden

Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association
Sumber gambar : Tokyo Foundation Metropolitan Park Association

Koishikawa Kōrakuen Garden adalah taman yang mempunyai pengaruh unsur-unsur kesenian China yang kuat. Kaiyu-shiki Tsukiyama Sensui teien, taman yang mengutamakan tasik, dibina dengan mengimitasikan tempat popular di Jepun dan China. Tempat yang menjadi rujukan tersebut digambarkan semula dengan menggunakan tasik, bukit, sungai, kawasan perkampungan dan lain-lain.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari