Karaoke adalah tempat di mana orang biasa, walaupun bukan penyanyi, dapat memegang mikrofon dan menyanyi lagu kegemaran. Karaoke yang dibangunkan di Jepun semakin berubah bagi memenuhi kehendak pelanggan. Artikel kali ini akan memperkenalkan beberapa kedai karaoke unik yang akan menimbulkan rasa ingin tahu anda.
Rasai pengalaman menjadi watak utama di pentas
1Kara merupakan kedai karaoke khas untuk berkaraoke sendirian. Kehebatan kedai ini adalah anda dapat menyanyi di dalam kokpit seperti yang digunakan oleh professional. Di mana ianya dilengkapi dengan fon kepala yang berkualiti, mikrofon pemampat yang dapat digunakan tanpa pegang, serta mesin pencampur bunyi yang dapat melaraskan muzik latar dan suara. Jadi pengunjung dapat menikmati pentas perseorangan tanpa gangguan. Terdapat juga bar minuman disediakan. Cubalah untuk merasai sendiri sempadan baru budaya karaoke Jepun di sini.
-
1Karaワンカラ 神田駅前店
- Address 5F, 2-2-9, Kajicho, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0044, Japan
Merasai nostalgia budaya karaoke di Jepun
Karaoke bar yang tiada had masa, tiada had lagu, tiada had untuk minuman arak (termasuk makanan sampingan) ini mengenakan bayaran 4,000 JPY untuk lelaki dan 3,000 JPY untuk wanita. Pengunjung disambut oleh pemilik berpakaian kimono yang ramah. Kedai yang mempunyai suasana di rumah ini merupakan tempat berhimpunnya pengunjung dari pelbagai lapisan umur. Apabila karaoke semakin rancak, anda akan dapat melihat suasana di mana pengunjung-pengunjung di kedai ini menyanyi bersama. Anda pasti dapat merasai malam yang dipenuhi dengan mood era Showa di Jepun. Pada hujung minggu sahaja terdapat staf berbangsa asing bertugas. Waktu perniagaan adalah daripada jam 19:00 petang.
-
Kagurazaka Snack core神楽坂スナックコア
- Address 5-1 Koa Bld.3F, Kagurazaka, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0825, Japan
Karaoke percuma di pusat maklumat pelancong
Projek yang bernama "Moshi Moshi Nippon" ini dicetuskan oleh ASOBISYSTEM, syarikat yang menempatkan artis seperti Kyary Pamyu Pamyu, bertujuan untuk mengetengahkan budaya pop Jepun ke seluruh dunia. Sejajaran dengan itu, pusat maklumat pelancong "MOSHI MOSHI BOX" telah dibuka di Harajuku pada bulan Disember 2014. Di ruangan "HARAJUKU KAWAii! ROOM" di sini pula terdapat kelengakapan karaoke terbaru yang membolehkan pengunjung menyanyikan sebuah lagu setiap orang di dalam ruangan berwarna-warni hasil daripada idea pengarah seni, Masuda Sebastian ini. Paparan lirik karaoke ini juga boleh diubah menjadi paparan dalam Bahasa Inggeris.
-
MOSHI MOSHI BOXMOSHI MOSHI BOX 原宿観光案内所
- Address 1F, 3-23-5, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
Karaoke izakaya yang unik di Nishi-Ogikubo
Akhir sekali adalah karaoke izakaya (kedai yang menyediakan arak) unik yang berimejkan Jepun. Kedai ini pada siangnya beroperasi sebagai kedai udon (mee jepun) dengan nama "Buta Niku Jiru Udon Be" dan hanya menyediakan 10 hidangan yang perlu ditempah, manakala pada waktu malamnya pula beroperasi sebagai "Karaoke Izakaya Be" yang turut menyediakan udon. Karaoke izakaya ini mula beroperasi pada jam 19:30 malam, dan tutup pada waktu matahari terbit keesokan harinya. Pelanggan kebanyakannya terdiri daripada golongan lelaki dan wanita berumur 30 - 40-an yang menyanyi dan minum dengan meriah. Terdapat pelbagai pilihan arak di sini seperti arak dari barat, shochu (arak Jepun) yang dikumpul dari 7 tempat brew di Nagasaki-ken, serta arak Jepun dari tempat brew di Nagano-ken. Kadang kala terdapat juga pelancong asing yang datang dan menyanyikan lagu dari negara masing-masing, serta beramah mesra dengan pelanggan yang lain.
-
Beカラオケ居酒屋 べ
- Address GShaimuB1, 3-15-9, Nishiogiminami, Suginami-ku, Tokyo, 167-0053, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui