Tokyo merupakan tempat di mana anda dapat merasai pelbagai perkara seperti budaya tradisional Jepun, subbudaya, fesyen terkini dan sebagainya. Jika anda merasai sendiri pengalaman di sini, anda berpeluang menemui sesuatu yang lebih menarik dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang Jepun, bukannya sekadar melancong dan membeli-belah.
Nikmati kawasan pusat bandar dengan menaiki beca
Kunjungi kawasan Asakusa Sumida yang popular seperti Kaminarimon dan TOKYO SKYTREE(R). Anda berpeluang mengetahui tentang kewujudan tempat yang tidak dapat ditemui dalam pelancongan biasa iaitu lokasi unik yang jarang dilawati dengan bantuan shafu (penarik beca) yang mengetahui selok-belok kawasan tempatan serta sudi memberi panduan dan mengambil gambar anda. Tempat ini juga disyorkan kepada pelancong asing kerana ada sesetengah shafu lancar berbahasa Inggeris. Bergantung kepada masa dan penggunaan, terpulang kepada anda untuk memilih yang mana, dengan pilihan dari slot 1 seksyen (anggaran 12-13 minit) perjalanan menelusuri kawasan Kaminarimon sekitar 1 kilometer hinggalah kepada slot sewa khas yang sepenuhnya.
-
Ebisuya Asakusa Rickshawえびす屋 浅草店
- Address I-suto Bld.3F, 1-20-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032, Japan
Bagaimana jika anda diberi peluang berjalan-jalan di bandar Asakusa dengan menggayakan kimono?
Dari yukata musim panas hingga furisode (kimono berlengan panjang), terdapat kira-kira lebih 200 helai kimono disediakan di "Sakura Photo Studio" yang terletak hanya 2 minit berjalan kaki dari Kaminarimon Asakusa. Studio ini digemari pengunjung kerana anda berpeluang merasai pengalaman memakai kimono yang dilengkapi segala aksesori yang diperlukan untuk menggayakan kimono. Anda boleh juga memilih untuk mengenakan solekan, meminta panduan berjalan, melakukan penggambaran di studio atau penggambaran di lokasi pilihan sebagai pilihan tambahan. Anda tidak perlu runsing kerana terdapat pekerja yang boleh berbahasa Inggeris di sini. Tempahan diutamakan.
-
Sakura Photo Studioサクラフォトスタジオ
- Address 1-12-12 Suzuki Bld.4F, Kaminarimon, Taito-ku, Tokyo, 111-0034, Japan
Ketahui "wanokokoro" (jiwa Jepun) melalui sado (upacara minum teh)
Sado adalah seni penuh lengkap Jepun yang dikatakan merangkumi seni gubahan bunga, kaligrafi, wagashi (kuih tradisional Jepun), seni bina dan sebagainya. Di "The Koomon Tokyo", terdapat juga latihan membuat teh hijau sendiri selain daripada pengalaman minum teh. Selain daripada boleh memberi layanan dalam bahasa Inggeris, kami juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelancong warga asing yang tidak boleh bersila kerana kami turut menyediakan kerusi untuk kegunaan bilik teh. Gabungan dengan pengalaman memakai kimono juga dibolehkan. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu.
-
-
Address
The second floor of buyoo building, 3-8-16, Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo, 103-0027
View Map -
Nearest Station
Nihombashi Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Tozai Line / Toei Asakusa Line)
2 minutes on foot
- Phone Number 03-5202-5737
-
Address
The second floor of buyoo building, 3-8-16, Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo, 103-0027
Anda bebas mencuba pengalaman "tesukiwashi" (kertas Jepun buatan tangan) tradisional
Tesukiwashi Jepun mendapat penilaian tinggi dari seluruh dunia kerana mempunyai tekstur yang tersendiri dan kukuh. "Ozuwashi" yang terletak di Nihombashi merupakan kedai khusus Washi sejak dari tahun 1653. Kedai yang menjual pelbagai jenis washi ini mempunyai satu sudut bengkel pengalaman tesukiwashi, anda berpeluang merasai pengalaman membuat kertas sambil mempelajari cara membuat kertas dari bahan mentah hingga menjadi washi. Masa yang diperuntukkan ialah selama 1 jam. Penyertaan diutamakan kepada yang telah membuat tempahan, dengan bilangan pelajar bermula dari seorang. Anda boleh membawa pulang washi yang telah dibuat pada hari tersebut.
-
-
Address
3-6-2, Nihonbashihoncho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0023
View Map -
Nearest Station
Shin-Nihombashi Station (JR Sobu Main Line (Rapid))
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3662-1184
-
Address
3-6-2, Nihonbashihoncho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0023
Mencabar diri dalam "pengalaman membuat replika makanan"
"Ganso Shokuhin Sample-ya" dibarisi replika makanan yang berwarna-warni. Di tingkat 2 "Kappabashi Showroom", anda dapat merasai pengalaman membuat replika makanan dengan menggunakan lilin. Program dari hasil buah fikiran seorang artisan yang mahir, anda akan menerima tunjuk ajar tentang teknik tradisional dari para pekerja. Anda diperuntukkan masa selama 1 jam untuk menghasilkan 2 tempura dan 1 salad. Sila ambil perhatian bahawa tunjuk ajar hanya diberikan dalam bahasa Jepun dan tempahan perlu dibuat melalui telefon.
-
-
Address
3-7-6, Nishiasakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0035
View Map -
Nearest Station
Tawaramachi Station (Tokyo Metro Ginza Line)
12 minutes on foot
- Phone Number 0120-17-1839
-
Address
3-7-6, Nishiasakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0035
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Coupons
Japanese Craft Workshop KUROMAMEDO
Culture Experience
Shinjuku
-
Pink. ASAKUSA
Culture Experience
Asakusa
-
PRIVATE SAUNA SUITE TRIBAL
Culture Experience
Shinjuku
-
Events
Asakusa Kimono Rental『DAIKICHI』
Culture Experience
Asakusa
-
Events
SAUNA PASSION
Culture Experience
Shibuya
-
ActivityLab. Sou
Culture Experience
Shinjuku
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Merasai pengalaman cosplay di Akihabara
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
4 tempat pilihan di Tokyo yang membolehkan anda mengembalikan kesegaran badan dan minda dengan JPY 0.
-
[MOVIE] Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam