HOME Tohoku Tohoku:Bersiar-siar Tohoku:Lawatan Lain-lain Tohoku:Pejabat Maklumat Pelancong
Pejabat Maklumat Pelancong

Tohoku:Pejabat Maklumat Pelancong

Anda boleh mendapat maklumat langsung yang tiada dalam buku panduan di Pejabat Maklumat Pelancong.
Pada zaman sekarang, dengan memiliki telefon pintar, anda boleh mengetahui laluan ke tempat popular dan waktu operasi bagi tempat yang ingin dilawati. Tetapi, maklumat daripada komunikasi bersemuka dengan orang tempatan di Pejabat Maklumat Pelancong seperti, berita tentang jalan-jalan yang disekat kerana perarakan pesta atau pembinaan, yang pastinya tidak dikemas kini di Internet mungkin dapat membantu lawatan anda.
Selain mendapat risalah tempat popular di sekitar dan peta jalan, anda juga mungkin boleh mendapatkan maklumat lain seperti cara penyewaaan basikal, kupon kedai di jalan beli-belah serta jadual bas panduan pelancongan. Disebabkan banyak kedai yang menutup selepas waktu petang, kami mencadangkan anda melawat tempat-tempat lebih awal dari jadual perancangan walaupun hanya untuk mendapatkan maklumat bagi perancangan lawatan.