HOME Kansai Kansai:Beli-belah Kansai:Beli-belah Lain-lain Kansai:Kedai Batu Permata dan Jam Tangan
Kedai Batu Permata dan Jam Tangan

Kansai:Kedai Batu Permata dan Jam Tangan

Apabila memperkatakan tentang batu permata dan jam tangan, ia boleh dikatakan sebagai barangan yang mewakili hadiah kepada orang yang penting. Di Jepun, kedua-dua merupakan barangan yang dihadiahkan dan dihadiahi pada acara penting dalam kehidupan seseorang seperti hari lahir, penamatan pembelajaran, permulaan kerja, perkahwinan serta ulang tahun perkahwinan. Juga terdapat ramai orang yang membeli batu permata atau jam tangan, yang merupakan gabungan bahan berharga tinggi dan berteknologi tinggi, sebagai ganjaran kepada diri sendiri.
Dengan konsep yang batu permata dipadankan dengan bulan kelahiran, batu permata dikatakan akan membawa tuah baik kepada orang yang memakai batu permata bulan kelahirannya. Selain itu, dengan konsep bahasa batu, iaitu makna bagi setiap batu permata seperti bahasa bunga, orang juga mempercayai makna yang dibawa oleh setiap batu permata.
Terdapat perbezaan antara barangan berjenama dengan barangan atau aksesori biasa yang sama ada mempunyai harga jenama yang mengemparkan dan kegemaran majoriti pembeli selain daripada reka bentuk dan kualiti barangan. Di Jepun, banyak kedai yang menjual barangan berhias batu permata dan jam tangan mewah yang diimport dari seluruh dunia. Disebabkan terdapat banyak sebab untuk membeli-belah barangan mewah, pelanggan lebih mengemari kedai yang boleh melihat, memakai dan membandingkan antara item. Anda disyorkan untuk memastikan bahawa barangan diselenggara dengan baik jika membeli barangan terpakai.

Tempat Pilihan