Kedai Sewaan Wi-Fi

Hokkaido:Kedai Sewaan Wi-Fi

Untuk menikmati lawatan ke Jepun dengan sepenuhnya, telefon pintar dan tablet merupakan aspek yang penting sekali. Tidak kira sama ada anda mahu membuat tempahan restoran atau menyiarkan perkara menarik dalam lawatan di media sosial, penghala Wi-Fi pasti menjadi amat berguna kepada anda. Walaupun Wi-Fi percuma semakin biasa dijumpai di Jepun, prosedur untuk mula menggunakannya adalah menyusahkan serta mempunyai batasan kawasan penggunaan. Oleh itu, jika anda mempunyai penghala Wi-Fi, anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja.
Selain daripada menjadi tempat urusan, kedai sewaan penghala Wi-Fi juga sering merupakan tempat untuk mendapatkan pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang dan tempat penginapan. Disebabkan terdapat kejadian kehabisan stok untuk model tertentu, kami ingin mengesyorkan anda untuk membuat tempatan sebelum ke kedai. Oleh sebab kawasan perkhidmatan berbeza-beza bergantung pada syarikat telekomunikasi, sila pastikan sama ada anda boleh menggunakan perkhidmatan di destinasi, terutamanya apabila anda melawat ke kawasan luar bandar.
Walaupun penghala Wi-Fi merupakan peranti yang amat berguna, ia tidak dapat membuat apa-apa jika ia tiada bateri. Oleh sebab ia menggunakan bateri yang banyak, sila mengecasnya apabila anda sampai ke tempat penginapan. Anda juga perlu berhati-hati untuk tidak merosakkan atau menghilangkannya.