Hokkaido:Kemudahan pertukaran mata wang
Dengan peningkatan jumlah pelancong ke Jepun, kedai pertukaran mata wang di jalan-jalan juga bertambah. Disebabkan banyak kedai di Jepun yang hanya menerima wang tunai, anda perlu memastikan anda mempunyai Yen Jepun bersama anda. Walaupun jika kad boleh digunakan, hanya sesetengah kedai Jepun yang mempunyai perkhidmatan itu, serta penggunaan kad pada waktu sibuk seperti waktu makan tengah hari adalah tidak dibenarkan. Anda pasti ingin membawa wang tunai untuk tujuan seperti membeli makanan sendiri dan membeli-belah barangan kecil.
Tempat yang mungkin boleh menukar mata wang termasuk lapangan terbang, bank dan hotel. Tetapi, juga terdapat isu seperti had masa dan hari pertukaran mata wang di bank, bayaran urusan pertukaran yang tinggi di hotel serta masa menunggu yang panjang di kaunter. Oleh itu, kedai pertukaran mata yang beroperasi pada hujung minggu dan berada di sekitar jalan-jalan yang popular memang merupakan kemudahan yang baik.
Tidak kira tempat yang anda ingin menukar mata wang, sila ingat bahawa pasport adalah diperlukan untuk setiap urusan itu. Apabila menukar mata wang, anda dicadangkan untuk mempunyai wang kertas seribu Yen berbanding dengan wang kertas sepuluh ribu Yen. Ini adalah kerana terdapat keadaan yang kedai sederhana dan kedai kecil tidak mempunyai duit pecah wang kertas lima ribu Yen dan seribu Yen yang mencukupi. Oleh itu, bayar dengan wang kecil adalah lebih mudah dan prihatin terhadap kedai-kedai tersebut.