Tokyo dan Kawasan Persekitarannya:Kedai Peralatan Sukan
Orang Jepun meminati dan mengambil perhatian tentang sukan dengan ramai orang yang bukan sahaja menonton acara sukan yang besar, malah ada orang yang aktif bermain sukan. Di kawasan desa, sukan seperti fulsal, tenis, berlari, berjalan, memanjat tembok, yoga, dll diminati ramai dan biasanya dijalankan sebelum atau selepas kerja atau pada hari cuti.
Oleh itu, terdapat banyak unsur yang memerlukan peralatan sukan. Produk yang memenuhi permintaan seperti meningkatkan prestasi, keperluan peralatan sukan untuk cuaca yang ekstrim, peralatan sukan yang berfesyen tinggi sedang meningkat di kedai peralatan sukan.
Dalam jenama fesyen sukan Jepun, terdapat nama yang digemari oleh orang negara luar dan juga terdapat keadaan yang pengumpul koleksi akan melawat ke Jepun untuk membeli jenama tersebut. Tambahan lagi, dengan keadaan geografi Jepun yang dikelilingi oleh laut dan memanjang ke arah selatan dan utara, Jepun merupakan tempat yang digemari untuk sukan marin, sukan musim sejuk, mendaki gunung dan juga golf. Bekalan peralatan untuk sukan-sukan tersebut juga diperlukan secara konsisten.