Jepun:Pesta
Pesta di Jepun amat berkait rapat dengan keadaan empat musim dan Yaoyorozu (Lapan Juta Dewa).
Sejak zaman purba, masyarakat Jepun menjalani kehidupan mereka di samping menerima keindahan dan keburukan musim-musim. Mereka mengharapkan rahmat untuk kemakmuran hidup dan kelumayanan tuaian dan tangkapan laut serta mengharapkan bahawa bencana alam tidak berlaku. Pesta diadakan di serata Jepun sepanjang 12 bulan setahun dengan orang ramai menunaikan ibadah dan penghargaan kepada dewa-dewa. Terdapat pesta untuk peristiwa sepanjang hidup manusia seperti untuk tumbesaran anak dan juga untuk roh orang yang sudah meninggal.
Selain itu, Yaoyorozu juga mempunyai makna sebagai Tuhan yang mendekati ketakterhinggaan. Terdapat banyak acara sembahyang untuk pelbagai perkara, contohnya, semula jadi, sawah, dalam rumah, makanan, yang telah menjadi pesta. Di dalam Jepun, selain daripada pesta yang disebarkan dalam serantaunya, juga terdapat sikap yang menerima berbagai-bagai dewa yang ditunjukkan dalam generalisasi pesta negara luar seperti Krismas dan Halloween. Apabila pergi melihat pesta, mengetahui asal-usulnya lalu mendalami pemahaman budaya mereka pasti merupakan perkara yang menarik. Selain itu, kami mencadangkan anda untuk mengetahui peraturan dan pantang larang pesta sebelum melawatinya. Kita tentu tidak mahu membangkitkan kemarahan dewa dan roh yang dipuja.