Jepun:Beli-belah
Di bandar-bandar besar terdapat banyak kemudahan pusat perniagaan yang besar dan pusat membeli-belah terkemuka. Daripada pakaian, perhiasan hinggalah alatan kosmetik, barangan harian, makanan termasuklah kepelbagaian jenis minuman termasuk minuman keras boleh didapati di sana. Di pinggiran bandar pula masih terdapat kedai-kedai dan pasar-pasar lama, dimana anda boleh menikmati keindahan dan melihat dengan mata sendiri keunikan pekan kecil Jepun sambil bersiar-siar di sekitarnya. Di sini juga kebiasaannya terdapat kedai yang menjual cenderahati sebagai kenangan dan barang-barang runcit yang lain. Selain itu, kedai peralatan elektrik, farmasi dan kedai 100 yen juga merupakan antara tempat membeli-belah yang digemari oleh pelancong asing.
Cari melalui kategori
Latest Spot Info
- Coupons
- Events
- Goods
- Appealing
Artikel Terkini
-
Pusat Beli-belah Terus dari Kilang Eksiklopedia Pelancongan Jepun
-
Gedung Serbaneka Eksiklopedia Pelancongan Jepun
-
Kedai Mudah Beli Eksiklopedia Pelancongan Jepun