Sistem pengecualian cukai bagi pelancong asing yang melawat ke Jepun

Sistem pengecualian cukai bagi pelancong asing yang melawat ke Jepun

Update:

Di Jepun terdapat sistem pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (gst) bagi pelancong asing yang melawat ke Jepun.

Apakah itu pengguna bebas cukai?

Pelancong asing yang melawat ke Jepun secara sementara secara amnya diklasifikasikan sebagai bukan pemastautin dan mereka layak mendapat pengecualian cukai.

Syarat pengecualian cukai

Syarat pengecualian cukai barang dan perkhidmatan adalah terhad kepada barangan yang diperlukan untuk kehidupan harian individu (barangan am, barangan lupus).

Barangan bebas cukai

Pada amnya semua barang yang ingin dibawa ke luar negara diklasifikasikan sebagai barangan bebas cukai tetapi jumlah minimum dan maksimum pembelian telah ditetapkan. Selain itu, jumlah pembelian barangan am dan barangan lupus tidak boleh disekalikan.

Apakah itu barangan am?

Peralatan rumah, barang kemas, jam tangan, pakaian, beg, kasut, kraf tangan dan lain-lain diklasifikasikan sebagai barangan am. Walau bagaimanapun, jumlah pembelian di kedai yang sama untuk 1 hari bagi seorang bukan pemastautin adalah JPY 10,001 (tidak termasuk cukai) atau lebih. Telah ditetapkan bahawa barangan am yang dibeli perlu dibawa keluar dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian. Selain itu, jika jumlah pembelian melebihi 1 juta yen, salinan pasport akan diambil.

Apakah itu barangan lupus?

Barangan lupus ialah makanan, buah-buahan, kosmetik, minuman, ubat-ubatan, tembakau dan lain-lain. Walau bagaimanapun, jumlah pembelian di kedai yang sama untuk 1 hari bagi seorang bukan pemastautin adalah JPY 5001 (tidak termasuk cukai) atau lebih dan maksima sehingga JPY 500,000. Selain itu, telah ditetapkan bahawa barangan lupus yang dibeli perlu dibawa keluar tanpa dibuka bungkusannya dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian.

Prosedur

Prosedur pengecualian cukai hanya boleh dilakukan di kedai bebas cukai. Dan ia mesti dilakukan pada hari pembelian. Terdapat 2 kaedah prosedur yang utama.

Apabila membeli barang di mana harganya telah termasuk cukai barang dan perkhidmatan

1. Selepas pembelian, pergi ke kaunter perkhidmatan bebas cukai di kedai berkenaan dan kemukakan barang pembelian serta pasport, resit dan kad kredit jika bayaran dibuat melalui kad kredit.
2. Menandatangani surat akur janji pembelian.
3. Mendapatkan rekod pembelian.
4. Jumlah cukai yang telah dibayar akan dikembalikan secara tunai atau dikreditkan semula ke dalam kad kredit (terdapat kemungkinan di mana akan dikenakan cas perkhidmatan).
5. Ketika ingin meninggalkan Jepun, serahkan rekod pembelian kepada pihak kastam.

Apabila membeli barang di mana harganya tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan

1. Apabila anda membeli di kedai bebas cukai, tunjukkan pasport dan pembelian akan dikecualikan cukai.
2. Menandatangani surat akur janji pembelian.
3. Mendapatkan rekod pembelian.
4. Ketika ingin meninggalkan Jepun, serahkan rekod pembelian kepada pihak kastam.

Apakah itu surat akur janji pembelian?

Surat akur janji pembelian ialah surat perjanjian yang menggariskan bahawa barang yang dibeli yang ingin dibawa keluar tidak dilupuskan sebelum meninggalkan Jepun dan barangan lupus yang dibeli perlu dibawa keluar dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian. Pihak kedai akan mengemukakan surat ini dan anda perlu menandatanganinya.

Apakah itu rekod pembelian?

Apabila melakukan pembelian, dapatkan rekod pembelian dari kedai berkenaan. Tampalkan rekod pembelian yang diterima pada pasport dan kemukakan kepada pihak kastam ketika ingin meninggalkan Jepun. Jika rekod pembelian anda hilang atau rosak, pengecualian cukai anda mungkin tidak sah.

Tempat yang mempunyai kedai bebas cukai

Hanya kedai yang mendapat kebenaran dari Pengarah Jabatan Cukai berhak melakukan jual beli bebas cukai. Kedai bebas cukai kebiasaannya akan mempamerkan kain rentang serta pelekat "tanda simbol kedai bebas cukai" yang dikeluarkan oleh Agensi Pelancongan Jepun, dan lokasinya juga boleh dicari di laman web khas yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini