Sangat menepati masa!? Memperkenalkan jadual seharian orang Jepun

Sangat menepati masa!? Memperkenalkan jadual seharian orang Jepun

Update: 16 November 2016

Artikel ini akan memperkenalkan rentak kehidupan orang Jepun yang unik. Dari sini mungkin anda akan dapat sedikit sebanyak memahami deria masa orang Jepun yang istimewa ini.

Jadual harian orang Jepun (hari minggu)

Jadual harian orang Jepun (hari minggu)

1. Bangun antara jam 6:00 hingga 7:00 pagi. Setelah bangun, bersarapan, salin pakaian, cuci muka kemudian keluar dari rumah.
2. Makan pada waktu tengah hari.
3. Kerja atau sekolah tamat antara pukul 17:00 hingga 18:00 petang.
4. Setelah pulang, kebiasaannya makan malam antara pukul 18:00 hingga 20:00 malam.
5. Waktu tidur pada puratanya adalah antara jam 22:00 hingga 0:00 malam.

Jadual harian orang Jepun (hujung minggu)

Jadual harian orang Jepun (hujung minggu)

1. Bangun pada lebih kurang jam 8:00 pagi, lebih lewat daripada hari biasa.
2. Restoran dan kafe biasanya sibuk pada lebih kurang jam 13:00 petang. Kebanyakan kedai menyediakan menu istimewa yang terhad pada waktu cuti.
3. Makan malam adalah pada jam 18:00 petang. Kebanyakan kedai akan dibuka hingga lewat malam pada hari Sabtu, manakala tutup lebih awal pada hari Ahad.

"Waktu puncak"

"Waktu puncak"

Waktu puncak pada hari minggu adalah waktu pergi dan balik kerja atau sekolah iaitu antara jam 7:00 hingga 9:00 dan jam 17:00 hingga 20:00, di mana berlakunya kesesakan di kemudahan pengangkutan awam. Pelancong dinasihatkan supaya mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam pada waktu ini.

Kerja lebih masa adalah kebiasaan? Pengetahuan umum mengenai waktu kerja di Jepun

Kerja lebih masa adalah kebiasaan? Pengetahuan umum mengenai waktu kerja di Jepun

Kebanyakan pekerja syarikat di Jepun bekerja hingga ke lewat malam. Ini adalah kerana seajack dahulu lagi orang Jepun mempercayai bekerja keras merupakan moral yang baik. Tetapi kebelakangan ini ianya telah berubah dan kerja lebih masa juga semakin dikurangkan.

Ketepatan masa adalah etika

Ketepatan masa adalah etika

Kereta api atau shinkansen (kereta api laju) di Jepun sangat terkenal dengan ketepatan masanya. Orang Jepun gemar menepati masa seperti yang dijanjikan. Kebiasaannya mereka akan tiba di tempat temu janji lima minit lebih awal. Jika terlewat, mereka akan menyampaikan hal berkenaan melalui pesanan ringkas ataupun dengan menelefon. Budaya bergerak mengikut jadual boleh dikatakan sebagai salah satu etika dalam masyarakat di Jepun.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini