Mencuba pakaian

Mencuba pakaian

Date published: 3 Jun 2018
Last updated: 15 Oktober 2018

Memperkenalkan adab dan perkara yang perlu diketahui ketika ingin mencuba pakaian.

Tidak boleh mencuba pakaian tanpa kebenaran.

Tidak boleh mencuba pakaian tanpa kebenaran.

Adab ketika ingin mencuba pakaian adalah anda perlu menyampaikan kepada pekerja kedai. Jumlah pakaian yang ingin dicuba akan diperiksa dan seterusnya anda dibawa ke bilik persalinan. Ini merupakan proses biasa untuk mencuba pakaian.

Penutup muka

Penutup muka

Penutup muka digunakan untuk menghalang produk kosmetik terkena pada baju semasa anda mencuba pakaian yang tidak terbuka di bahagian hadapan seperti baju sejuk. Ia diletakkan di dalam bilik persalinan atau pekerja kedai akan memberikannya pada anda.

Pembaikan

Pembaikan

Jika anda ingin memotong seluar jeans anda, sila panggil pekerja kedai selepas mencuba seluar. Panjang yang bersesuaian akan diukur dan diletakkan pin pada lipatan tersebut. Tempoh yang diperlukan untuk siap berbeza bagi setiap kedai. Sila pastikan terlebih dahulu kerana terdapat juga kedai yang tidak membuat servis pemotongan seluar.

Mencuba kasut

Mencuba kasut

Anda tidak boleh memijak dengan tumit atau mengetuk dengan jari kaki semasa mencuba kasut. Supaya tidak memaksa kaki anda untuk masuk ke dalam kasut, sila gunakan kutsubera (kayu untuk memudahkan anda memakai kasut).

Mencuba cermin mata

Mencuba cermin mata

Jangan menyentuh lens secara terus. Semasa ingin memakai dan menanggalkan cermin mata, sila gunakan kedua belah tangan anda.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari