HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Kawasan Sekitar Tokyo Ayuh Pergi Ke Stesen Keretapi Paling Comel di Tokyo Dan Bertemu Hello Kitty!
Ayuh Pergi Ke Stesen Keretapi Paling Comel di Tokyo Dan Bertemu Hello Kitty!

Ayuh Pergi Ke Stesen Keretapi Paling Comel di Tokyo Dan Bertemu Hello Kitty!

Last updated: 26 November 2018

Kerjasama di antara Keio Dentetsu dan Sanrio Puroland telah menjadikan stesen Keio Tama Centre dipenuhi dengan watak-watak popular Sanrio seperti Hello Kitty!
Setelah mendapat tahu berita ini, saya telah pergi mengunjungi [Stesen Kawaii] yang dihiasi pelbagai dekorasi daripada mesin tiket sehingga ke platform.

Hello Kitty Sebagai Ketua Stesen Kehormat

Hello Kitty Sebagai Ketua Stesen Kehormat

Sejak Sanrio Puroland dibuka pada tahun 1990, lokasinya terletak berdekatan dengan Stesen Keio Tama Centre, dimana peminat-peminat Sanrio dari seluruh dunia telah berkunjung ke sini sehingga menjadikannya pusat [Kawaii Culture]
Kemudian, projek mendekorasikan stesen dengan karakter Sanrio, kerjasama di antara Stesen Keio Tama Centre dan Sanrio Puroland telah siap sepenuhnya pada musim panas yang lalu.

 Selain dari Hello Kitty, karakter popular Sanrio yang lain seperti [Pom Pom Purin], karakter baru yang bermotifkan telur telah diperkenalkan pada 2013 iaitu [Gudedama], My Melody, dan Little Twin Stars telah mewakili 5 orang staf stesen memakai uniform staf sambil berjalan ke sana ke mari menyambut ketibaan pelawat♪
Tiket masuk memorial dan anak patung berpakaian uniform staf Keio disertakan sempena meraikan Stesen Keio Tama Centre ini bernilai 2,000 yen (termasuk cukai) yang telah siap dihias sepenuhnya ada dijual di Keio Tama Centre sehingga 30 September 2016(Jumaat) pada kuantiti terhad.

Tumpukan Perhatian Anda Pada Siling Kaca Yang Berwarna-warni

Tumpukan Perhatian Anda Pada Siling Kaca Yang Berwarna-warni

Yang paling menarik perhatian adalah stained glass, kaca berwarna di bahagian siling, berdekatan pintu masuk tiket. Kedatangan pengunjung disambut dengan cahaya matahari yang menembusi kaca tersebut.
Sanrio merupakan [karakter pop kontemporari], membawa saya teringat semasa zaman pertengahan dimana banyak gereja dihiasi dengan stained glass, membuatkan saya tertarik dengan kolaborasi ini,

Menaiki Lif Berwarna Wain Kemerahan Menuju Ke Platform

Menaiki Lif Berwarna Wain Kemerahan Menuju Ke Platform

Setelah melepasi pintu masuk tiket, saya dapat melihat beberapa tempat dihiasi karakter Sanrio seperti Hello Kitty dan watak-watak lain membuatkan saya menjadi ‘pemburu’ Hello Kitty yang begitu obses untuk mendapatkan Hello Kitty.
Lif di sini yang berwarna wain kemerahan dan biru gelap pula dihiasi dengan watak-watak Sanrio.

Sanrio karakter berada di sini, di sana dan di hujung sana

Sanrio karakter berada di sini, di sana dan di hujung sana

Walaupun saya bukan peminat tegar, tetapi saya telah melakukan tinjauan keseluruhannya. Saya lihat atas, lihat bawah….sehinggakan saya memeriksa setiap ruang yang ada pada dinding dan lantai. Jam comel di platform pun turut diperiksa♪

Di Bahagian Platform

Di Bahagian Platform

Sebelum menaiki keretapi sila perhatikan lantai. Di bilik menunggu juga terdapat objek yang comel bermotifkan Hello Kitty.

Memandang Ke Atas Di Bahagian Ruang Legar…

Memandang Ke Atas Di Bahagian Ruang Legar…

Bila agaknya keretapi akan berlepas ya? Di bahagian paparan waktu keretapi pun ada Hello Kitty.

Akhir sekali

©'76,'88,'90,'93,'96,'01,'13,'16 SANRIO APPROVAL No.P0808275
©'76,'88,'90,'93,'96,'01,'13,'16 SANRIO APPROVAL No.P0808275

Di perkarangan stesen, ada satu karakter Sanrio bertanyakan “adakah saya telah menjumpai semua karakter?” Jadi, pastikan anda menikmati dunia Sanrio Puroland di sini!

Akses ke Stesen Keio Tama Centre adalah daripada Stesen Shinjuku dengan menaiki Keio Line yang menghala ke Hashimoto dengan tempoh perjalanan selama 30 minit. Daripada exit Odakyu Line di Stesen Tama Centre dan exit Tama Monorail Line di Stesen Tama Centre, ke Sanrio Puroland cuma dengan jarak berjalan kaki sahaja.

  • Keio-tama-center Station
    京王多摩センター駅
    • Address 〒206-0033 Tōkyō-to, Tama-shi, Ochiai, 1 Chome−10−2
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari