HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo Memperkenalkan “Ekiben” Yang Mempersonakan!
Memperkenalkan “Ekiben” Yang Mempersonakan!

Memperkenalkan “Ekiben” Yang Mempersonakan!

Date published: 18 Disember 2018
Last updated: 17 Disember 2018

Di stesen keretapi Jepun, dari “kek sushi” hingga ke “pot sotong kurita”, pelbagai jenis “bento”(bekal makanan) yang menarik boleh didapati di situ.

Merasai Pengalaman Makan Tengahari Dalam Keretapi Di Jepun!

Merasai Pengalaman Makan Tengahari Dalam Keretapi Di Jepun!

Di stesen keretapi mahupun di platform, pastinya kita dapat melihat kelibat pelancong membeli “ekiben”. Apakah yang dimaksudkan dengan “ekiben”? Ekiben merupakan “bento” khas yang boleh dibeli di stesen keretapi Jepun. Maksud perkataan itu sebenarnya menggambarkan gabungan stesen keretapi (Eki) dan bekal makanan (Bento) yang disingkatkan menjadi “ekiben”.

“Ekiben” adalah cukup terkenal kerana dipenuhi dengan bahan makanan mentah dan menu masakan tempatan yang lazat. Kali ini kami akan memperkenalkan beberapa pilihan ekiben yang paling unik dalam beratus-ratus “ekiben” yang ada. Ayuh kita ketahui mengenainya terlebih dahulu sebelum kita memulakan perjalanan menggunakan keretapi dalam negara Jepun!

Long seller “ekiben”

Long seller “ekiben”

“Ekiben” yang masih disayangi walaupun telah melebihi 100 tahun

Tradisi sushi tekan “Horse mackerel” (Ōfuna Stesen)

Walaupun anda mengenali sushi kepal, ada kemungkinan anda tidak tahu tentang sushi jenis ini. Sushi tekan ialah sejenis sushi yang menggunakan beras bercuka beserta isi ikan yang dihiris yang kemudiannya ditekan dan dimuat-muatkan mengikut ruang dalam sebuah kotak kayu. Sushi ini mula dijual pada April tahun 1913, namun, ketika itu hanya 2 ketul sushi berjaya dihasilkan daripada seekor ikan horse mackerel.

“Masu sushi” (Toyama Stesen)

“Masu sushi” yang terkenal dan amat dicintai oleh penduduk tempatan sejak diperkenalkan ini, kewujudannya boleh dikatakan sebagai juara “ekiben” di bahagian barat Jepun.”Ekiben Masu sushi” mula-mula muncul pada tahun 1912. Ianya seakan-akan sushi tekan horse mackerel, namun mereka mempraktikkan cara penyediaannya yang tersendiri. Salmon tebal berbentuk segiempat tepat ditebarkan dan dimuatkan dalam bentuk bulat, kemudiannya dibalut dengan daun buluh. Menariknya, perasaan menjamah masu sushi ini adalah betul-betul seperti memakan kek, kerana ianya akan dipotong menjadi ketulan kecil terlebih dahulu sebelum dimakan.

“Tai meshi” (Odawara Stesen)

[Soboro] iaitu isi ikan “Tai”(kerisi) yang dihuraikan halus-halus, ditambah perasa dengan menggunakan perisa makanan tradisi, sos soya dan “kamaboko”(fish cake) digabungkan bersama, diratakan di atas nasi yang ditanak dengan menggunakan teh Jepun. Kebiasaanya, ia juga disertakan sekali dengan “yuzu”, “wasabi” dan jeruk “umeboshi”.

Bekas Guna Semula

Bekas Guna Semula

Kelebihannya adalah pada bentuk bekasnya yang unik. Cirinya yang boleh diguna semula merupakan suatu amat menarik!

“daruma bento”(Takasaki stesen)
Jika diperkatakan tentang produk tempatan daerah Gunma, maka “daruma” adalah jawapannya. “Daruma”(patung kayu kecil berbentuk bulat) berwarna merah dikatakan suatu benda yang membawa tuah. Ekiben berbentuk “daruma” ada dijual di stesen keretapi Takasaki. Bahagian mulut kotak “bento” ini adalah terbuka, jadi selepas selesai makan ia mempunyai taktik agar boleh dijadikan tabung! Isi kandungan “daruma bento” adalah nasi teh, lauk ayam, sayur-sayuran, cendawan dan lain-lain.

Bento Shinkansen E7” (Tokyo)

Kotak “bento” yang berbentuk Shinkansen (bullet train) Hokuriku yang melalui antara Tokyo dan Kanazawa ini menjadi sangat terkenal di kalangan lelaki dan wanita baik yang muda mahupun yang tua. Terdapat banyak hidangan sampingan klasik yang menjadi isi kandungan bekal makanan ini. Antaranya ialah ayam goreng, udang goreng, bebola daging, sosej, kentang goreng, salad makaroni, jeruk lobak daikon dan lain-lain. Bahan-bahan dalam nasi kepal adalah tuna dan sardin. Kek kecil juga terkandung di dalamnya sebagai pencuci mulut.

“Ekiben” Yang Menakjubkan

“Ekiben” Yang Menakjubkan

nasi “hipparidako” (Hyogo )

Salah satu “ekiben” yang unik ialah nasi “hipparidako”. Nasi dihidangkan bersama sotong kurita dan anago(belut)serta sayur dimasukkan ke dalam pot tembikar. Ini disamakan dengan cara tradisi Jepun dalam penangkapan sotong kurita yang menggunakan pot tembikar.

“Hipparidako” bermaksud “urekko” dalam bahasa Jepun,iaitu sotong kurita dimasukkan didalam hidangan sebagai bahan mentah makanan.

Bahan Masakan Yang Mewah

Bahan Masakan Yang Mewah

50 jenis bekal makanan yang pelbagai

Buat yang ingin cuba menikmati berbagai-bagai bahan mentah makanan Jepun dalam satu masa yang sama, “ekiben” ini adalah yang terbaik. Hidangan ekiben yang diberi nama [50 jenis “bento” yang pelbagai] ini mempunyai ikan bakar, omelet, pelbagai jenis sayur-sayuran, nasi dan lain-lain, 50 jenis hidangan sampingan khas yang begitu besar saiznya.

“Ekiben” Yang Boleh Dipanaskan

“Ekiben” Yang Boleh Dipanaskan

bento” Tangtong (Sendai)

Lidah lembu dan daging babi/khinzir yang merupakan produk terkenal wilayah Sendai diletakkan di atas nasi putih dalam “bento”. “Ekiben” ini direka khas agar ia masih boleh dimakan dengan begitu lazat walaupun makanan telah sejuk, tetapi daging di dalamnya akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Jika dengan fungsi boleh dipanaskan seperti “ekiben” ini, rasa makanan yang baru siap dimasak boleh dinikmati. Cara untuk memanaskannya mudah sahaja. Mula-mula, tarik tali bahagian bawah kotak “bento”.

Kemudian dengan bunyi shuuu berlaku tindak balas bahan kimia membuatkan bahagian bawah kotak bekal makanan menjadi panas. Apabila dibiarkan seketika, bau daging bakar yang wangi akan keluar. 5-6 minit kemudian ia akan menjadi panas maka siaplah “ekiben” yang panas!

Memilih “ekiben” yang lazat dan menarik juga merupakan satu aktiviti yang sangat seronok. Seandainya anda singgah ke Stesen keretapi Tokyo, silakan ke Ekiben-ya Matsuri (Festival Ekiben) dimana di sini terhimpunnya “ekiben” dari seluruh Jepun. Jadi, bento(bekal makanan) stesen yang manakah anda ingin cuba nikmati?

  • Ekiben-ya Matsuri
    駅弁屋祭
    • Address JR Tokyo Station 1st floor, inside the ticket gate area 1-9-1 Marunouchi, Chiyoda, Tokyo
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari