HOME Cara memegang chopstick
Cara memegang chopstick

Cara memegang chopstick

Last updated: 11 September 2020

Anda akan berasa kekok pada mulanya jika tidak biasa memegang chopstick tetapi anda perlu tahu cara menggunakannya untuk menikmati makanan Jepun. Disini akan diperkenalkan cara penggunaan chopstick yang betul.

Tentang chopstick

Tentang chopstick

Di Jepun, kebanyakannya hidangan makanan perlu menggunakan chopstick. Terutamanya makanan Jepun, hampir semua masakannya dimakan menggunakan hanya dua bilah chopstick. Bukan hanya nasi dan lauk, jenis-jenis bihun seperti udon dan mee juga menggunakan chopstick.

Mari memegang chopstick

Mari memegang chopstick

Ambil dengan tangan kanan hanya 1 bilah chopstick. Dihujung chopstick, kepit seperti memegang pen dengan meggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.. Ini adalah cara memegang chopstick disebelah atas. Dalam keadaan ini, cuba gerakkan chopstick yang sebilah itu. Adakah ia bergerak dari atas ke bawah. Lagi satu bilah menjadi chopstick bahagian bawah, kepitkan dibahagian bawah ibu jari dengan jari telunjuk, tetapkan hujung chopstick dengan menggunakan kuku jari manis secara mendatar.
Perkara penting adalah 1) Tempat chopstick dipegang 2/3 dari hujung chopstick. 2) Bahagian atas chopstick disokong oleh ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. 3) Di bahagian bawah chopstick pula disokong oleh jari manis dan jari kelingking secara semulajadi menyebabkan hujung chopstick mencengkam. Itulah 3 perkara penting dalam menggunakan chopstick dengan betul.

Cuba gerakkan chopstick

Cuba gerakkan chopstick

Jika sudah boleh memegang chopstick, mari kita cuba menggerakkannya. Pegang chopstick yang ada di bahagian atas dengan jari tengah sebagai penyokong yang pertama. Jika memegang secara betul, kedua-dua hujung chopstick akan bersentuh, dibahagian lain 2 bilah itu akan terasing. Dalam keadaan ini, chopstick di bahagian atas dikepit pada tangan kanan jari tengah dan jari telunjuk, lalu gerakkannya. Semasa itu, chopstick dibahagian bawah seakan tidak bergerak. Jika betul caranya, dibahagian hujung chopstick akan boleh dibuka dan ditutup.

Teknik menggerakkan chopstick

Teknik menggerakkan chopstick

Perkara yang penting semasa menggerakkan chopstick adalah semasa menggerakkan chopstick, chopstick dibahagian bawah tidak bergerak. Jika betul penggunaannya, kacang yang kecil boleh diambil satu persatu.

Penggunaan chopstick yang tidak baik

Penggunaan chopstick yang tidak baik

Disamping itu ada beberapa cara penggunaan chopstick yang tidak baik. Menghulurkan chopstick
pada sekeliling mangkuk atau pinggan, memecahkan chopstick dipinggan-mangkuk dan seumpamanya. Disamping itu, di Jepun semasa majlis pengkebumian, adab untuk memperingati dengan menghulurkan makanan dari chopstick ke chopstick atau menikam makanan dengan chopstick adalah perkara yang tidak baik.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari