HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa Budaya Tunduk Hormat Jepun (Ojigi)
Budaya Tunduk Hormat Jepun (Ojigi)

Budaya Tunduk Hormat Jepun (Ojigi)

Last updated: 8 Januari 2021

Ketika bersiar-siar di waktu malam di bandar Tokyo, Anda mungkin pernah terlihat ahli perniagaan “businessman” atau OL(Office Lady) Jepun memberi tunduk hormat (Ojigi) sesama mereka sewaktu ingin pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimana dan bilakah masa yang sesuai untuk Ojigi yang sebetulnya?.
Konsep Ojigi kadang-kadang mengelirukan kepada orang asing. Sama seperti mana bila bertutur dalam bahasa Jepun, dimana anda perlu gunakan bahasa/perkataan yang sopan bergantung kepada pasangan, Ojigi juga begitu.
Walaupun agak susah untuk membezakan jenis-jenis Ojigi, tidak rugi untuk anda menghafalnya jika ingin mendampingi masyarakat jepun. Kali ini, kita akan memperkenalkan asas etika Ojigi.

Ojigi Dahulu dan Sekarang

Ojigi Dahulu dan Sekarang

Orang Jepun diperkenalkan dengan Ojigi dari ajaran Budha China bermula dari tahun 500-800 Masihi. Di zaman itu, Ojigi menunjukkan darjat seseorang. Sebagai contoh, sewaktu menyambut tetamu yang berpangkat lebih tinggi, postur badan harus direndahkan untuk menunjukkan kita tidak memberi apa-apa ancaman. Adegan sebegini kebiasaannya dapat dilihat dalam filem atau teater. Agar mudah difahami, situasi ini sama seperti postur melutut apabila berjumpa dengan maharaja atau maharani.

Di era Jepun moden kini, Ojigi dipraktikkan dalam pelbagai cara. Ojigi yang mempamerkan tanda berterima kasih, meminta pertolongan, mengucap tahniah, dan memohon maaf kepada orang lain, sangat penting untuk dipelajari dalam tatasusila masyarakat Jepun bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Ciri-ciri Ojigi

Ciri-ciri Ojigi

Ojigi terdapat dalam dua postur, iaitu “duduk” dan “berdiri”. Dalam kedua-dua postur Ojigi, terdapat 3 perkara yang perlu diberi perhatian iaitu badan mestilah lurus, kaki dan pinggang tidak bengkok, tahan nafas sewaktu menunduk kepala, dan lepaskan nafas selepas bangun.

Eshaku (Menunduk Kepala)

Eshaku (Menunduk Kepala)

Ojigi secara mengangguk kepala sedikit sudah cukup kepada rakan dan kenalan rapat, manakala Eshaku dibuat secara formal kepada rakan pejabat ataupun rakan kepada rakan anda. Eshaku dilakukan dengan menundukkan kepala sebanyak lebih kurang 15 darjah dan biasanya disertakan dengan ucapan “Selamat Pagi”, “Terima Kasih” dan lain-lain ucapan ringkas.

Senrei

Senrei

Senrei bermaksud memberi tunduk hormat sambil duduk melutut, dan dilakukan dalam majlis/keadaan yang formal atau separa formal. Etika yang betul adalah dengan menundukkan kepala hampir 30 darjah dan mestilah tunggu lebih kurang 2-3 saat sebelum mengangkat semula kepala.

Keirei

Keirei adalah Ojigi yang paling formal dilakukan sambil berdiri dengan menundukkan kepala hampir 30 darjah. Keirei biasanya dilakukan kepada pelanggan untuk menunjukkan rasa terima kasih, selamat datang, dan lain-lain. Keirei juga boleh dikakukan kepada orang yang pertama kali anda jumpa.

Saikeirei & Syazai

Saikeirei & Syazai

Ojigi berbentuk Saikeirei & Syazai adalah sangat jarang dilakukan, iaitu hanya kepada VIP, ibu bapa mertua, bos dan seumpamanya. Etika yang betul untuk melakukan Saikeirei ialah dengan menundukkan kepala hampir 45 darjah selama lebih kurang 3 saat. Ini dilakukan untuk menunjukkan hormat dari hati mahupun memohon maaf dengan bersungguh-sungguh.

Syazai merupakan Ojigi yang paling sopan dan jarang dilakukan. Etika yang betul untuk melakukan Syazai ialah dengan menundukkan kepala 70 darjah selama lebih kurang 4 saat. Ojigi ini dilakukan terutamanya oleh syarikat-syarikat yang ingin meminta maaf kepada pelanggan setelah melakukan kesalahan besar atau jenayah.

Menguasai Kemahiran Ojigi

Menguasai Kemahiran Ojigi

Ada pelbagai lagi bentuk Ojigi yang wujud, tetapi kebanyakannya lebih kepada upacara keagamaan. Menghafal kesemua peraturan Ojigi secara serentak bukanlah mudah, tapi anda boleh mengingati dua perkara berikut. Pertama, semakin formal sesuatu majlis/acara ataupun semakin tinggi darjat seseorang itu, haruslah semakin rendah kepala dan semakin lama anda tunduk. Kedua, meletakkan kedua tangan di atas dada semasa Ojigi adalah salah. Di zaman Jepun moden kini, cara ini hanya dilakukan semasa bersembahyang di kuil.

Ojigi sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Jepun. Kerana sudah terlalu biasa, ramai juga orang Jepun yang melakukan Ojigi walaupun di dalam perbualan telefon.
Boleh dikatakan budi bahasa dan rasa hormat terhadap orang lain sudah menjadi darah daging dalam sejarah panjang kehidupan rakyat Jepun.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari