Hotel kapsul adalah kemudahan penginapan yang dicipta di Jepun. Ianya terkenal dengan harganya yang murah dan suasana kapsul yang menyerupai kokpit kapal angkasa lepas.
Bermula di Osaka pada lewat tahun 1970-an
Hotel kapsul tercipta di Osaka pada lewat tahun 1970-an. Pada zaman itu, kebanyakan orang yang terlepas kereta api terakhir akibat minum minuman keras selepas waktu bekerja terpaksa menumpang dan menghabiskan masa sehingga pagi di sauna yang beroperasi pada lewat malam. Situasi ini telah memberi ilham kepada pihak pengurusan sauna untuk mencipta kapsul hotel.
Harga yang murah antara 2,000 JPY hingga 4,000 JPY
Keunikan hotel kapsul adalah seperti berikut. Kebanyakannya terletak berhadapan stesen kereta api di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka. Harga antara 2,000 JPY hingga 4,000 JPY. Khusus untuk lelaki sahaja. Terdapat bilik mandi awam dan sauna serta bilik mandi pancuran air. Kemudahan yang disediakan termasuk baju tidur, tuala, berus gigi dan lain-lain kemudahan asas. Sejak akhir-akhir ini, bilangan hotel kapsul yang menawarkan penginapan kepada wanita juga semakin meningkat.
Peningkatan jumlah pengguna daripada pelancong luar negara
Capsule Value Kanda yang berhadapan dengan stesen kereta api Kanda di Tokyo mempunyai 30% pengguna dari luar negara. Kebanyakannya terdiri daripada golongan berusia sekitar 20 hingga 30-an yang berasal daripada 30 hingga 40 buah negara. Faktor kebersihan dan keselamatan amat dititikberatkan. Kemudahan komputer dan Wi- Fi percuma juga ada disediakan di bahagian Business Lounge (ruang kerja).
Lebih selamat untuk membuat tempahan terlebih dahulu
Walaupun pengguna boleh menginap di hotel kapsul tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu sekiranya terdapat kekosongan bilik, adalah lebih selamat sekiranya tempahan dibuat terlebih dahulu secara atas talian memandangkan terdapat laman web yang membolehkan tempahan dibuat dari luar negara. 90% daripada pelancong luar negara yang menginap di Capsule Value Kanda membuat tempahan terlebih dahulu.
Penginapan yang berbaloi untuk sebarang aktiviti
Kedudukan kapsul hotel yang kebanyakannya terletak di tengah-tengah kota metropolitan berhadapan stesen kereta api amat sesuai untuk aktiviti pelancongan di kawasan tengah bandar. Selain itu, kapsul hotel juga amat sesuai untuk pelancong yang ingin berjimat ketika datang ke Jepun untuk aktiviti-aktiviti tertentu seperti acara sukan dunia dan sebagainya.
-
Capsulevalue Kandaカプセルバリュー神田
- Address 1-4-5, Kajicho, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0044, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Naritasan Shinshoji Temple
Temples
Narita
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
The Imperial Palace
Other Architecture
Tokyo Station
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Nezu Shrine
Shrines
Ueno
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Selamat datang para pelancong! 3 pilihan hotel yang penuh dengan budaya Jepun
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya