HOME Shinjuku Shinjuku, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Keretapi Shinjuku
Shinjuku, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Keretapi Shinjuku

Shinjuku, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Keretapi Shinjuku

Update: 15 Disember 2017

Dengan lebih daripada 10 rangkaian laluan keretapi berlainan, lebih 3 juta orang menggunakan stesen keretapi Shinjuku setiap hari. Ianya seakan-akan berada didalam kebanjiran manusia. Pada waktu puncak untuk ke pejabat atau sekolah, ia boleh melonjak hingga lebih 1 juta orang dalam satu masa dan menjadikannya stesen keretapi yang tersibuk di dunia. Pada siang harinya, Shinjuku merupakan bandar perniagaan yang agak sibuk, tetapi pada malam harinya ia bertukar menjadi sebuah bandar yang meriah dan dilimpahi cahaya neon yang terang-benerang. Semestinya bandar ini dahulunya tidaklah begini. Setelah siapnya stesen Shinjuku pada zaman Meiji, Shinjuku berkembang maju secara drastik, dan menjadi lokasi yang dikunjungi ramai pelancong.

Beberapa tahun kebelakangan ini, bahagian barat Shinjuku atau dipangil Nishi-Shinjuku dikenali sebagai bandar perniagaan, di mana banyak syarikat-syarikat besar mendirikan pejabat di sini. Di bahagian timur Shinjuku pula atau dipangil Higashi-Shinjuku, bandar “downtown”nya seperti Kabukicho menjadi bandar hiburan dikunjungi orang ramai setiap malam.

Sekitar kawasan Kabukicho

Sekitar kawasan Kabukicho

Kabukicho merupakan “downtown” yang paling popular di Jepun. Asalnya, tempat ini adalah tanah paya yang dipanggil Tsunohazu, tetapi pada tahun 1940 ditukar nama kepada Kabukicho sempena bertujuan untuk membuat pentas okestra Jepun di situ. Restoran, kelab malam, bar, pawagam, kafe siber, hotel, dan pelbagai jenis kedai,menjadikannya tempat hiburan yang wajib dikunjungi jika melawat Tokyo.

Beberapa tahun kebelakangan ini, lokasi yang menjadi tarikan di Shinjuku tidak lain iaitu “Restoran Robot”. Robot yang berwarna-warni, unik, dan seksi menjadi daya tarikan restoran ini. Ini merupakan salah satu budaya unik yang ada hanya di Jepun. Melalui pengaruh permainan video dan anime juga, memberi gambaran kepada kebanyakan pengunjung dari luar negara terhadap Jepun sebagai dipenuhi dengan bandar yang sentiasa diterangi lampu-lampu neon. Simbol secocok dengan imej tersebut semestinya Kabukicho.

Kepada yang berminat dengan seni bela diri Jepun, “Samurai Museum” juga lokasi yang sangat disyorkan. Lebih daripada 50 pedang katana, topi dan baju perisai di pamerkan. Pekerja-pekerja yang peramah sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada anda. Selain paparan dalam Bahasa Jepun, paparan dalam bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, China, dan Korea juga disediakan khas untuk pelancong asing.

  • Kabukicho
    • Address Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)
  • SAMURAI MUSEUM
    • Address 2-25-6, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-6457-6411

Pintu Timur Stesen Keretapi Shinjuku

Pintu Timur Stesen Keretapi Shinjuku

Di sebelah pintu timur stesen Shinjuku, menjadi tempat pertemuan popular bagi warga muda, lebih-lebih lagi di bawah skrin besar komersial ALTA. Di area ini terdapat banyak gedung pakaian terkenal berderetan sepanjang jalan Shinjukudouri. Untuk mereka yang ingin mencari buah tangan, disyorkan untuk mengunjungi kedai pastri di Isetan Shinjuku yang terletak di Chikagai (pusat membeli belah bawah tanah) untuk mencuba manisan, teh, dan lain-lain. Di sebelah Isetan, terletaknya Shinjuku Gyouen, taman Jepun yang dikendalikan oleh Kementerian Alam Sekitar. Taman ini dikunjungi ramai orang terutamanya semasa bunga Sakura berkembang di musim bunga. Anda pasti ingin singgah di “Oasis” ini dan lari sebentar dari kesibukan kota sewaktu melancong.

  • Shinjuku ALTA
    • Address 3-24-3, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3350-5500

Pintu Barat Stesen Keretapi Shinjuku

Pintu Barat Stesen Keretapi Shinjuku

Di sebelah pintu barat stesen Shinjuku pula, terdapat hotel-hotel seperti Hilton hotel, Majlis Bandaraya Tokyo, dan banyak bangunan pencakar langit berderetan di sini. Lokasi ini juga terkenal sebagai tempat menaiki bas pelancongan. Di Tokyo Opera City, terdapat dewan konsert, galeri seni yang kerap mengadakan konsert dan pameran, disamping terkenal dengan restoran di tingkat 54 yang mebolehkan anda melihat seluruh bandar Shinjuku. Juga tidak boleh dilupakan kompleks membeli-belah Odakyu yang mengumpulkan 14 kedai khusus, dan kedai peralatan elektrik Yodobashi Camera.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini