Jika sebut sahaja Jepun, pasti terbayangkan "samurai". Ada sesetengah orang yang mula meminati samurai selepas menonton wayang seperti "The Last Samurai" ataupun melalui permainan video. Marilah menjadi samurai sebenar di "Muzium Samurai", Tokyo!
Samurai adalah wira? atau askar biasa?
Pertama sekali, yang dikatakan samurai ini adalah orang yang bagaimana? Pada mulanya, istilah samurai membawa maksud "taat" dan merujuk kepada mereka yang bekerja di bawah seseorang. Pada zaman Edo, samurai tidak pergi berperang, sebaliknya mempunyai pekerjaan sendiri dan diberi tugasan di dalam bangunan diraja. Jauh berbeza dengan samurai yang kita bayangkan. Walau bagaimanapun, semakin ramai samurai yang mahir dalam seni mempertahankan diri dan mereka mula dipanggil "bushi (pahlawan)". Kemudian, bilangan golongan bushi terus bertambah malah petani dan samurai tempatan juga dianggap sebagai "bushi". Sejak itu, istilah samurai merujuk kepada bushi yang berkedudukan tinggi. Inilah samurai yang selalu kita bayangkan.
Ayuh ke Muzium Samurai
Muzium Samurai ini terletak di Kabuki-cho, Shinjuku, yang merupakan tempat tarikan pelancong. Anda dapat merasai budaya samurai dengan sepunuhnya di sini. Muzium yang terkenal di kalangan pelancong dari luar negara ini pasti menarik minat golongan yang sangat sukakan samurai. Kakitangan muzium akan menjawab sebarang soalan yang diajukan dalam bahasa inggeris. Pelbagai barangan dipamerkan di sini termasuklah perisai sebenar, perisai replika, perisai biasa mahupun perisai yang dipakai oleh Shogun (panglima perang). Malah, pengunjung juga berpeluang mencuba sendiri senjata yang dipakai oleh samurai.
Alat senjata samurai yang cantik tetapi menggerunkan
Keistimewaan muzium ini adalah pengunjung berpeluang melihat senjata dari jarak yang dekat. Pedang yang dipamerkan bukan sahaja cantik dan menawan, malah sangat tajam. Menurut kakitangan muzium, pedang yang mempunyai reputasi tertinggi ialah pedang pada Zaman Kamakura. Ini disebabkan oleh penggunaan besi yang berkualiti tinggi dan jumlah pengedaran yang tidak banyak. Selain itu, kakitangan muzium turut menerangkan prosedur pembuatan pedang. Secara umum, bahagian luar pedang adalah keras manakala bahagian dalamnya pula lembut. Jika terlalu keras pedang akan mudah patah, tetapi jika terlalu lembut pedang akan mudah bengkok. Perkara inilah yang menjadi cabaran kepada pembuat pedang. Bayangkan betapa sukarnya untuk membuat sebilah pedang. Harga pedang yang berkualiti tinggi boleh mencecah 10,000,000 JPY!
Pergaulan dengan samurai
Di muzium ini, selain pameran, pengunjung juga berpeluang menonton persembahan oleh kakitangan muzium yang berlakon sebagai samurai. Penonton akan terpukau melihat gerak langkah yang lincah dan pelbagai teknik yang dipersembahkan. Kadangkala, penonton akan berteriak kuat kerana terkejut. Selepas persembahan, penonton akan diperjelaskan tentang teknik dan postur yang telah dipertontonkan. Penonton akan diajar tentang postur asas dan berpeluang memegang pedang. Ini merupakan pengalaman kali pertama bagi kebanyakan pelancong asing yang kebiasaannya tidak pernah memegang pedang. Oleh itu, kebanyakan pelancong asing sangat gembira apabila dapat memegang pedang. Malah, sambil memegang pedang, penonton juga berpeluang mengambil gambar kenangan bersama samurai.
Mari pergi ke Muzium Samurai!
Ianya pasti menjadi satu pengalaman yang amat menyeronokkan apabila bukan sahaja dapat melihat pedang yang digunakan oleh samurai pada zaman dahulu dari jarak dekat, malah dapat menonton persembahan yang disediakan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang mengambil gambar sambil memegang pedang, satu perkara yang jarang-jarang dapat dilakukan. Tidak syak lagi, ianya pasti menjadi kenangan terindah di Jepun. Apa kata anda juga turut merasai daya tarikan sebenar samurai di sini? Satu perkara yang jarang-jarang dapat dilakukan.
-
-
Address
2-25-6, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021
View Map -
Nearest Station
Shinjuku Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)
8 minutes on foot
- Phone Number 03-6457-6411
-
Address
2-25-6, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Shinjuku Gyoen National Garden
Gardens
Shinjuku
-
Senso-ji Temple
Temples
Asakusa
-
Shibuya Crossing
Downtown
Shibuya
-
Mesin jualan automatik
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mencuba pakaian
-
Kad bank luar negara
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Lima pilihan kemudahan percuma untuk menyelami kebudayaan Jepun
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
5 Lokasi Wajib Dilawati Di Tokyo Midtown
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya