HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinagawa Menggunakan sepenuhnya masa yang ada sebelum mendaftar masuk ke hotel! Menikmati Shinagawa selama 2 jam
Menggunakan sepenuhnya masa yang ada sebelum mendaftar masuk ke hotel! Menikmati Shinagawa selama 2 jam

Menggunakan sepenuhnya masa yang ada sebelum mendaftar masuk ke hotel! Menikmati Shinagawa selama 2 jam

Last updated: 20 Oktober 2016

"Shinagawa" amat mudah diakses dari Lapangan Terbang Narita dan Haneda dengan hanya menaiki satu laluan kereta api sahaja. Bandar ini amat disyorkan untuk melancong sebagai mengisi masa lapang yang ada sebelum mendaftar masuk ke hotel selain daripada kemudahan pengangkutan dan bilangan hotel yang banyak di sini. Memperkenalkan lawatan selama 2 jam di Shinagawa sambil menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

Aqua Park Shinagawa

Aqua Park Shinagawa

Aqua Park Shinagawa menggunakan konsep gabungan bunyi, cahaya, video dan hidupan yang merupakan sebuah binaan hiburan, melangkaui kategori akuarium pada kebiasaannya. Ia berupaya menghasilkan visual hidupan dengan menggunakan teknologi terkini. Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati program dan isi kandungan yang berbeza mengikut musim dan waktu siang dan malam. Marilah merasai pengalaman bersama hidupan laut di Jepun mengikut musimnya.

  • Epson Aqua Park Shinagawa
    Epson Aqua Park Shinagawa
    アクアパーク品川
    • Address 4-10-30, Takanawa, Minato-ku, Tokyo, 108-8611
    • Nearest Station Shinagawa Station (Tokaido Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Ueno Tokyo Line / Keikyu Main Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-5421-1111

Rasai dunia tanpa berat di kapal lanun yang besar!

Rasai dunia tanpa berat di kapal lanun yang besar!

Para pelancong boleh merasai pengalaman dunia tanpa berat di dalam sebuah kapal lanun yang amat besar yang merupakan tarikan dinamik iaitu "Port of Pirates." Anda akan merasai keseronokan di sini apabila perlu bergerak seperti melompat kerana kapal tersebut akan bergerak ke kiri dan kanan seperti ayunan bandul.

Kagum dengan persembahan ikan lumba-lumba!

Kagum dengan persembahan ikan lumba-lumba!

Persembahan ikan lumba-lumba yang dinamik ini diadakan di sebuah kolam berbentuk sfera yang berdiameter kira-kira 25m membolehkan ia dilihat 360 darjah dari setiap sudut. Persembahan yang menggunakan tirai air dan lampu-lampu yang berbeza di waktu siang dan malam mengikut tema bagi setiap musim pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza setiap kali ditonton.

ecute Shinagawa

ecute Shinagawa

Jika masih ada masa terluang selepas puas berhibur, marilah kita membeli-belah pula. "ecute Shinagawa yang terletak di dalam bangunan stesen JR Shinagawa menempatkan kedai makan, pusat membeli belah dan kedai cenderamata yang terkenal. Para usahawan dan pelancong boleh menikmati masa yang terluang di dalam bangunan yang berkonsepkan "privasi premium" ini. Oleh kerana ia juga dilengkapi dengan sudut penjualan makanan, saya juga mengesyorkan supaya membeli dan membawa pulang untuk dinikmati rasa Jepun di bilik hotel.

  • ecute Shinagawa
    エキュート品川
    • Address 3-26-27, Takanawa, Minato-ku, Tokyo, 108-0074, Japan

Kesemua kedai adalah bebas cukai

Kesemua kedai adalah bebas cukai

Kesemua 52 buah kedai di sini adalah bebas cukai. Selain terletak di dalam bangunan stesen kereta api, para pengunjung juga boleh melihat fesyen terkini yang menarik serta merasai sendiri "makanan dan budaya" Jepun. Kaunter pelepasan cukai terletak di tingkat 2 di ruang acara "Latest From ecute." Gunakan kemudahan ini setelah berseronok membeli-belah.

Perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk pelancong luar negara

Perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk pelancong luar negara

Jika ingin mencari tentang maklumat tentang tempat pelancongan menerusi telefon pintar atau tablet, marilah menggunakan Wi-Fi secara percuma yang disediakan oleh ecute Shinagawa. Peta aras bangunan juga terdapat di dalam pelbagai bahasa yang pasti memudahkan para pelancong dari luar negara.

Bandar pagar besar kepada Tokyo yang menarik!

Kawasan Shinagawa yang dahulunya terkenal sebagai bandar persinggahan juga mempunyai banyak hotel besar pada masa kini yang menjadi tumpuan perniagaan dan pelancongan. Semestinya disyorkan untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin sebelum mendaftar masuk ke hotel atau masa menaiki kereta api dengan melawat tempat-tempat yang menarik.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari